Contohnya semalam saya tersesat balik dari Shah Alam. Tah macamne punya la senang je jalan pulang tu tapi tiba-tibe je saya boleh skit lagi nak sampai Tol ke Kajang & Semenyih. Menggagau jugaklah sebab dah penat sangat dan malas nak fikir kene buat apa. Saya stop depan Kompleks Polis Diraja Cheras. Saya terus call Mr.Nice Guy untuk menyelamatkan saya. Masa tu saya sesat di Cheras dan dia kerja di Kepong.
Walaupun saya tak berharap sangat pun nak suruh dia datang, setakat suruh bagi direction je kat SMS. Tapi tetiba je dia ada. Dalam masa tak sampai 5 minit dia muncul secara tiba di belakang kereta saya. Wow, hebatnya! Ehehe... cis! Perasan lelebih pulak aku. Ala kebetulan je die ada site visit kat kawasan-kawasan tu jugak. Tapi tak pelah yang penting Mr.Nice Guy tetap hebat di mata hatiku. Wohoo...
Gambar tiada kena-mengena
Gambar yang dicuri ambil oleh Mr.Nice Guy
Telinga Mr.Nice Guy inilah yang selalu bawa saya terbang kemana-mana macam Superman. Hebat!
***Sekian sahaja entry yang tak patut dibaca ini, terima kasih.
XOXO, Azza Azman.
____________________________
Tiada ulasan:
Catat Ulasan