09 Mac 2011

Bapak Ego : Aku atau Penjual Tudung?



Aku dah buat kerja-kerja tidak bermoral pada hari semalam iaitu balik ke rumah secara tiba-tiba ke Pahang, Berjalan-jalan di Jalan Tungku Abdul Rahman mencari selendang dan majalah comel Dara.com. Memang pelik betul lah dah lama sebenarnya aku tak beli majalah ni sejak 2/3 tahun lepas la jugak sebab susah sangat nak cari. Asal nal beli je mesti tuan kedai cakap dah habis lah, tak juallah, tak ada stok lah… Memang sepanjang Jalan TAR tu memang tak ada. Gigih aku cari tak jumpa-jumpa.

Eh melalut plak tajuk lain, cerita lain. Sebenarnya nak ceritakan perihal aku membeli selendang semalam. Dimana aku dan penjual tudung tu ego. Tapi sapa lebih ego mesti korang pun tak dapat nak pilih. Complicated sikit sebenarnya. Alkisahnya bermula dengan dialog ini…


Azza Azman: Bhaiya, selendang ada tak?
Tokeh Kedai: Ada... ada... (buto ko apo dak ni kat kodai tudung mestilah ado)

Azza Azman: Oh ni ye.. cantik cantik... bagi la purple dgn hijau ni.
Tokeh Kedai: Buleh...buleh..

(Dengan selamba Bhaiya tu bagi tudung biru sebab dia tak tau hijau tu apa)

Pekerja yang Lain : Aiyo itu bukan hijau itu biru.. (walau dia pun pakistan tapi cakap melayu)
Tokeh Kedai: Mana satu hijau? (buat muka terkulat-kulat mungkin bengang jugak kawan dia tak tolong)

Azza Azman: Ok ok tu hijau lah tu. Tambah yang kuning satu lagi. Eh inner cotton ada?
Tokeh Kedai: Ada.. ada... ini dia..

Azza Azman: Oh yang ni lembik tak mau. Saya suka yang tebal skit.
Tokeh Kedai: Ambil la..ambil la.. ini pun okay ni. (sambil menyepah-nyepahkan semua inner kat depan aku)

Azza Azman : Tak mau lah saya tak nak pakai, tak pandai pakai ini.
Tokeh Kedai : Tak apa, tak apa, saya bagi saja, tak perlu bayar.


Azza Azman : Eh tak apa, saya tak mau saya tak pakai nanti.
Tokeh Kedai : Ambil lah, xrugi punya. Adik manis saya bagi free.

Azza Azman : Erk tak apalah, mane selendang tadi? saya nak bayar. Berapa semua?
Tokeh Kedai : Apalah adik manis tak mau free. Semua Rm27.


Azza Azman:  Alamak bagi lah RM23 je, saya ada RM 20 dengan RM3 je ni.
Tokeh Kedai : Okay saya kasi RM20. Nanti datang lagi ya.


** So semua nak tunjuk ego memasing sebab semua nak tunjuk baik hahahah. Comfirm aku datang lagi kedai ni.


XOXO, Azza Azman. 




________________________________

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kau mmng ego....

Chempaka Sari berkata...

haha, aku kenal ko sape...

myra berkata...

kelakar la... :)