10 Mac 2011

Tak Habis Isu Perempuan Bertudung


Salam, 

Iye saya bertudung, pahal pandang pandang? 
Jeling laju-laju kang!


Hmm sekarang ni tak habis-habis isu perempuan bertudung tapi pakai seluar ketat, pegang tangan, nampak leher, buat maksiat dan sebagainya. Sekarang ni pulak isu perempuan bertudung yang sanggulnya tinggi macam bonggol unta. Ada pakai tudung jerut kat leher dah macam batu nisan tergantung katanya. Betullah ni tak elok pun.


Tapi Kenapa Highlight “PEREMPUAN BERTUDUNG tapi...”  je?


Ada satu forum kat facebook “bertudung tetapi berpegangan tangan”.
Beberapa gadis yang tak bertudung bagi komen kat situ tentang betapa bertuahnya beliau kerana tidak bertudung tetapi tak berpegangan tangan dengan lelaki. Means, beliau tak pernah buat maksiat lah. Bangga betul beliau. Bila dah jadi macamni, sampai ada yang tutup aurat rasa bangga sebab mereka tal pakai tudung tapi berkelakuan baik.


Adakah perempuan yang bertudung tapi buat maksiat, dia sahaja berdosa? Saya tanya sebab dakwah sekarang asyik aim "perempuan bertudung tapi..." je. Seolah olah, perempuan yang tak bertudung tak apalah buat maksiat sebab dia tak pakai tudung. Its look okay for people to see it. So orang tak boleh cakap apa-apa.



Dekat formspring pulak ada yang bertanya kenapa perempuan bertudung tapi pakai spaghetti kat majlis-majlis wedding saya faham maksudnya, dia pakai spagetti dalam kebaya  yang jarang tapi tudung pun dia pakai. Saya manusia yang bertudung tak puas hati gak lah sebab orang sekarang mesti nak highlight juga "perempuan bertudung tapi..." Boleh tak nak je saya jawab...

“itu bukan perempuan bertudung tapi pakai spaghetti, tetapi perempuan ber’spagetti tapi cuba memakai tudung” 

Simple kan. 
Perempuan yang pakai tudung elok-elok kat luar sana tak lah terasa sangat.


Apa yang mereka nak highlight ialah perempuan baik tapi buat jahat. Padahal yang selalu berlaku adalah yang jahat cuba nak berubah perlahan-lahan. Okay contohnya, seorang perempuan yang sosial tahap urban, tahap gaban, tahap dewa yang memang meninggalkan ajaran Allah. Beliau nak berubah sedikit demi sedikit. So dia still pakai baju ketat yang sedia ada, tetapi memakai tudung.



Yelah perlahan-lahan. Jangan lah kutuk sembarangan. Nanti orang macam ni rasa down. Masa beliau sosial dulu tak ada pun orang kutuk dia. Tapi,time dia pakai tudung ini lah, dia rasa terpinggir. Terpinggir dikalangan kita yang dah sedia pakai tudung yang bajet baik sangat ni. Amek kau bajet baik bajet alim. Lepas tu, dari niat dia nak pakai tudung dan menutup aurat terhenti macam tu sahaja sebab rasa tak cukup layak untuk pakai tudung.


Kan dah rugi? Kita juga penyebab ramai orang tak pakai tudung sekaligus tak tutup aurat.
Sekian topik ini akan bersambung. Tak mau pembaca pening kepala baca buah fikiran saya yang berbelit ni.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".

Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah....
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).
4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.
6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.
7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
9. Orang yang suka makan riba.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."

Bersambung di   <<Entri>>   ini.


XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom Like

3 ulasan:

yaumil hidayah berkata...

best entri ni :)

Penjejak Cakerawala berkata...

Sokong artikel ni 100%. Lepas ni kena ubah pendekatan nasihat & teguran. Bagi saya wanita bertudung itu masih kelihatan lebih baik dari yang tidak bertudung..

Tanpa Nama berkata...

nina says:
begnila pndangan org zman skarang. Hnya fkir kan yg baik d mata mnusia tpi d mata Allah...?jgnla mudh brbruk sngka..