06 Mac 2011

Wedding at Kelab Tasik Putrajaya

Kali ini entry tidak berapa berguna sebab tiada gambar. Ah ada aku kisah? cak cak cak cak (tiru azwan ali). Menyesal sangat tadi, apehal lah aku pergi tinggal camera dalam bonet kereta. Bonet kereta mana reti pakai camera.  Betapa tak cool nya aku pergi wedding serba mewah dan comel ini tanpa camera. Make up dekat sejam, gosok baju setengah jam dan mandi dua jam, bersiap bagai nak rak tapi sekeping gambar pun tak ada. 


Apa-apa pun aku nak share jugak tentang wedding Nani & Khairul ni....

First pergi dewan tu ada kereta naza forte sebijik kat lounge.

Masuk je dengar penyanyi nyanyi lagu feberet aku,  My Endless Love by Diana Ross and Lionel Richie. Uuu bestnya.

Penyanyi tu comel sangat rasa kalau ada camera aku snap gambar beliau je dari pengantin.

Prop cantik giler, ros merah di merata-rata tempat, lilin wangi bersepah-sepah.

Dewan terbuka, di tepi tasik aduh cantiknya, belakang Pejabat kerajaan je.

Makanan yang lazat, daging kurma dia lembut, nasi sedap. Selera aku.

Kek wedding dia cantik dan sedap. Ada pompuan cantik hidang meja ke meja.
Rasa macam nak ambik jugak gambar dia. 

Ah cakap banyak pun tak guna sebab aku tiada bukti - gambar.


 Inilah dewan yang digembar gemburkan tu. Gambar dipinjam dari Flickr.
 Contoh wedding yang pernah buat kat sana. Tapi serius yang aku pergi lagi cantik.
Erm pelamin tadi lagi cantik kot tapi temanya sama lah kan? Mesti nak ada chandelier, mesti nak ada ros. Cis cliche. Tapi dah trend nak buat lagu mana.



Oklah tu saja kot, bye salam, good nite.
XOXO, Azza azman.




__________________________________

Tiada ulasan: