23 Mac 2011

10 Sebab Lelaki Sentap Bila Gadis Suka Lelaki Kaya



Assalamualaikum, Cik Chemp nak bercerita.

Dengar tau, eh baca tau


Satu hari ada sorang gadis ni beriya-iya bermanja manja bergurau senda dengan boipren beliau. Sampai topik mengarut ngarut pun dah terkeluar misalnya " Awak, awak, kalau saya izinkan awak madukan saya dengan Kak Limah awak nak tak? Saya sanggup bermadu dengan Kak Limah !"


"Heh tu soalan kacang je sayang oi, tentu la tak sanggup sebab i sayang u sorang je"
Dalam hati, eleh memanglah tak sanggup, cuba digantinya Kak Limah dengan Hanis Zalikha.
Amekau. Then keluar pula soalan mengarut buat yang kali ke 18, "Awak, awak, kalau lah saya dapat kahwin denagn lelaki kaya kan best, kan awak kan?'


Si boipren pun diam. Diam seribu bahasa. Tadi lapar sekarang dah kenyang. Lantas gadis pun bungkus jelah makanan sebab malas lah nak makan sorang-sorang ehehe. Ada sebabnya kenapa si boipren terasa. Pengajaran kepada gadis, tolong ye, diulangi sila jangan sebut-sebut pasal lelaki kaya mahupun mempersoalkan tentang gaji bulanan si boipren. Sebabnya...


1. Dia terasa, sedangkan dia dah kerja rajin dan buat yang terbaik. Rezeki belum sampai lagi.

2. Sebab dia tak hensem, jadi lagi cepat sentap bila poket kosong. Apalah yang ada lagi. Awek pun asyik merungut je.

3. Dia sedih sebab ingat si gadis nak cari lelaki lain. Sedangkan si gadis nak memberi inspirasi pada lelaki tu. Tapi salah cara beb.

4. Sebab dia malas kot? Lelaki kaya lain sibuk masuk MLM, jual insurans, jual One Drp Perfume. Dia hujung minggu habiskan gaji modified kereta. Padan muka kan dah terasa.

5. Dia menyesal. Penyesalan yang tak sudah -sudah sebab masa sekolah dulu tak belajar betul betul. Sekarang kat kolej baru dia rasa Add Math tu kacang je.

6. Dia kene bantu adik beradik dia. Sedih kan. Kau jangan la tambah beban dia lagi. Duit gaji dia banyak jugak tapi kena lah bahagi bahagi kat adik adik yang lain. Mulianya pengorbanan awak..

7. Baru teringat insuran motor tak renew lagi. Spoil mood. Sebab tu dia emo jap.

8. Malu la dengan kengkawan kalau orang tau berapa gaji dia. Tinggi ke rendah tu hak peribadi.

9. Sedih sebab gadis tu tak bersyukur. Tau ada je, usaha lah sendiri kalau nak kaya sangat.

10. Macam biasa untuk sebab yang ke sepuluh lu pikirlah sendiri bak kata Dafi. Hueh hueh hueh, sengau!


Apa apa pun nasihat saya, janganlah sesekali cakap macam ni kat boipren awak. Kecik hati. Kalau nak boipren kaya g cari awal awal takyah lah berkawan dengan dia sementara tu awak dok cari cari yang lain. Ish sampai hati la kalau buat macam tu.


XOXO, Chempaka Sari.
Jika Suka Jom Like



4 ulasan:

nur anis berkata...

lelaki sangat sensitif bab duit..sebab tu dorang terasa..:)

Chempaka Sari berkata...

Kan kan? cian diorang. Perempuan pun patut la berusaha sekali...

tamlegend berkata...

em...bagus la kalo ader pompuan yang kisah...

afqh berkata...

perlu ke touching?
control sudah buat macho