19 Mac 2011

10 Preview Filem Cun



Assalamuaikum..
Wah baiknya aku bagi salam.
Baik baik ada makna ni.Hueh hueh hueh.
Sebab aku rasa bersalah sangat dengan korang.
Aku memang teringin sangat nak kongsi pengalaman tentang cerita Cun ni.
Tapi.......


Uwaa....penat aku make up semalam. Solat maghrib macam lipas kudung.
Semangat gila. Tak pernah sesemangat macam ni sekali sebab nak tengok Remy Ishak berlakon.
Well aku banyak kumpul drama-drama lakonan dia okay.
Peminat tegar.


Semangat aku beratur di kaunter Tanjong Golden Village tanpa berfikir 8 kali dengan Mr.Nice Guy.
Sampai kat depan, Mr.Nice Guy tanya "filem cun dua orang?"
Kakak tu dengan selamba bagi kami sehelai poster filem Cun bersaiz B5 sambil menunjukkan tarikh yang tertera pada poster itu iaitu 31 MAC 2011.


Macamnilah rupa poster filem Cun bersaiz B5 yang aku ceritakan tu.



Aku telan air liur.
Aku menatap tarikh 31 MAC2011 pada poster itu 8 kali.
Aku menatap wajah pelakon pujaanku Abang Remy Ishak 80 kali.
Aku melangkah pergi.



__________________________________________________________________________




***Peringatan, lain kali semak betul-betul jangan excited sangat.
**Kengkawan yang sporting boleh tak support saya dengan klik LIKE pada gambar INI
*Tapi sebelum undi kena LIKE page INI dulu





XOXO, Chempaka Sari




 ________________________________________

Tiada ulasan: