03 Mac 2011

Bapak Geli Lipas Dalam Kereta

Jangan salah faham kawan-kawan. Keempat-empat kereta kt rumah saya memang tak pernah ada lipas. Tapi just nak share kalau kereta sape-sape ada lipas boleh lah meletakkan daun pandan dalam kereta. Jangan lupa di bonet sekali. Wangi kereta kau tu nanti, disamping lipas-lipas sedunia akan lari sebab lipas tak suka wangi-wangi.

Ada orang segan nak letak daun padan. Macam-macam alasan siap ada kata takut nanti bau macam kereta mayat. Ceh alasan padahal kau malu sebab low class kan? Sanggup beli Glade Sport dekat 20hengget okay. Huhu. Macho katanya.

Ini sedutan sedikit perbualan dekat Cari.com.my aku baca tadi yang sedikit sebanyak menggeletek hati & jantung limpaku...

Maizana : Kereta aku ada lipas macamne nk buat ni? dah bagi makan ubat pun tak kurang jugak..

Forumer 1 : Letaklah daun pandan.

Forumer 2 : Spray je baygon celah2 yg ade lipas.

Forumer 3 : Kau bagi makan ubat...tentu lipas2 tu sekarang dah sihat sejahtera.


Maizana : Main2 ehh... orang tanya serius ni...



XOXO, Azza Azman.




________________________________________

Tiada ulasan: