25 Mei 2011

Lagi Isu Tudung Yang Tak Kesudahan

Salam, 
Chik Chemp nak share something. Kat atas ni bukan saya ye.. huhu. Kepada penulis asal, sila beri link anda kepada komen di bawah ye. Saya tak tau siapa penulis sebenar sebab artikel ni berleluasa di Facebook. Juga membalas semua komen kepada post sebelumnya.
__________________________________________________________________________

1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?

”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”

Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling
_________________________________________________________________________

2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?

“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!”
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”

Jawapan:

Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?

Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.

Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (H.R. At-Tirmidzi)
___________________________________________________________________________

3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?

“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”

Jawapan:

Allah s.w.t dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.

Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.

Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.
__________________________________________________________________________ 

4. Menunggu seru untuk bertudung?

“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”

Jawapan:

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang..
_______________________________________________________________________
Wallahualam.... 

XOXO, Chempaka Sari 
Jika Suka Sila LIKE


19 ulasan:

Jay berkata...

sokong entry cik chemp ni...tutp aurat kat wajib bg umat islam..bukan saja permpuan.lelaki pun sama juga.hhehhe

Cik Puan Izan❤ berkata...

suka entry ini.... cukup marah bila seseorang yg taktau tentang agama tapi memperkotak katik org yg bertudung...

Namee Roslan berkata...

azza...sebab tu lah namee tulis entry ni... http://nameeroslan.blogspot.com/2011/05/kalau-lah-dosa-dan-pahala-dikira-guna.html

kita tahu apa salah dan dosa. kalau yan g tak bertudung nak tegakkan benang ug basah. aku tak pakai tudung tp hati baik...mana boleh. same goes tu yg bertudung.. masing muhasabah diri.

azza..terima kasih bg semangat. best ada haters? x best lah. x pasal je kena kutuk padahal kita x ganggu org pun...hati2 azza. maybe x lama awak pun kena.

::dAuZsHaNLeY:: berkata...

betul! like..

sarah mohamad berkata...

betul. saya sokong :)

Syuk Ry berkata...

btol2 sokong..
Bersedia Untuk Bertukar ker Windows 8

zarul farhana berkata...

setuju sgt...brtudung tue kn wajib...

HaFizaH aYu berkata...

setuju bebeno ngan en3 ni

KAMIHIDUP berkata...

oh, hai, KAMI follow sini. :)

snOw sakura berkata...

salam, sorry x da kaitan pn, just nk bgtau anda ditag.. sy cr shout box x jumpa.. huhu.. join la klu rajin.. =)

http://snowsakura91.blogspot.com/2011/05/sunshine-smile-contest-starts-now.html

khalila ishak berkata...

suka ini ^_^

hyhhh berkata...

bes2....mmg bes...

Azza Azman berkata...

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".

Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

9. Orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."

Cerah Jeff berkata...

lagi baik klo prmpuan xtunjuk lansung gambar kat internet walupun bernikab sbb org laki punya fikiran xdpt digambarkan...

Muhammad Naim Abdullah berkata...

Bagus.

sekarang fesyen tudung sekarang dah tak tutup bahagain dada..

ish2

btw. nice entry

* A N A N * berkata...

alhamdulillah..nice entry nee ^^..

Faieza Maddaru berkata...

Suke sesangat n3 nie.....kena ingat dan sedar..bagi wanita islam dah sampai seru ataupun belum, suka ka tidak ikhlas ke tidak hukum menutup aurat adalah WAJIB...

Dosa mendedahkan aurat dan dosa melakukan kejahatan adalah 2 dosa yang berbeza.....

sama2lah kita dijauhkan dari sifat2 yang dikeji Allah swt...=)

indahhiasan berkata...

Saya suka entri ni..time kasih share info..

IDA MANSOR / IENA MANSOR berkata...

suka entry ni walaupun dh pernah baca byk kali kt fesbuk :)