24 Mei 2011

Semua Yang Tutup Aurat, Comfirm Masuk Syurga Ke?

Salam, 

Nak cakap sikit je...ada tiga perkara bermain main dalam kepala. Rasa nak tulis terus tulis. Maaf tau kalau ada yang terasa. Anggap jelah saya cakap sorang sorang.  (edited-sebab kontroversi biar la saya cakap ini adalah petikan dari mulut-mulut masyarakat saya tak komen apa-apa cuma tulis balik)


Semua Yang Study Untuk Exam, Comfirm Lulus Cemerlang Ke? 
Menjawab kepada persoalan di atas, Hmm tak pastilah yang study tu dapat lulus ke tak. Yang pasti, tak pernah study, kompom fail. (ini general, abaikan yang nasib baik atau genius sejak lahir)
Semua Yang Tutup Aurat, Comfirm Masuk Syurga Ke?
Menjawab kepada persoalan di atas, Hmm tak pastilah yang tutup aurat pakai tudung tu masuk syurga ke tak. Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka. (petikan di SOLIHINZUBIR.COM) (kecuali lah yang bertaubat dan diterima oleh Allah SWT) 
 ____________________________________________________________

Allah : Sujudlah kepada Adam
Syaitan : Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia..aku diperbuat dari api, manusia diperbuat dari tanah je.
Ustaz : Tutuplah rambut, pakailah tudung..
Freehair : Walaupun kami tak pakai tudung kami lagi baik dari yang bertudung tau. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. 
____________________________________________________________

Lelaki : Pergi dinner pakai singlet, kemeja, tuxedo, bow tie, stokin kasut penuh, lapis-lapis tak hengat.
Wanita : Sehelai kain kemban dan kasut tali halus kemain. Tu jelah dia pakai.
____________________________________________________________


Okay tak okay tak? Okay lah tu kan.
Ayat yang sedikit ni kita kena faham-faham sendiri jelah.
Cerita panjang pun tak berapa nak best jugak.
Lagi banyak tulis lagi banyak yang menjawab nanti.
 Don't feel offended ya? Adios amigos...






XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Sila LIKE

15 ulasan:

snOw sakura berkata...

sgt setuju!

Azza Azman berkata...

hehe... saya ni cakap ikut sedap mulut je..

Syuk Ry berkata...

nice entry.. huhu..
Windows 8 Akan Dilancarkan Sepenuhnya 2012 !!

Hamba Ilahi berkata...

tak tutup aurat belum tentu masuk neraka.
boleh jadi Allah ampunkan dia di akhir usia sapa tau kan..
kita usaha, Allah tentukan.

btw, saya follow anda. feel free to give me back.

Jay berkata...

bab masuk neraka or syurga ni semua kerja allah..kita sebagai manusia tak dapat nak cakap eh kau masuk neraka,kau nt masuk syurga.memang tak boleh nak tentukan..Cuma allah telah memberi kita pilihan samaada nak ke syurga or neraka.Kalau nak ke syurga kenalah buat semua perintah allah..Kalau nak masuk neraka,buatlah kejahatan di dunia ni..


Jalan menuju ke syurga memang bnyk rintangan yg perlu ditempuhi..Jalan menuju ke neraka kesemuanya senang2 belaka.

Kewajipan seseorang manusia adalah menurut perintah allah..

Unknown berkata...

cik cempaka,

saya dah follow belog awak..

sweettt!

nohoho =) berkata...

betul tu...pompuan tak pakai tudung slalu cari kesalahan pompuan pakai tudung...yang pakai tudung kena la jaga perangai dan tunjuk kan teladan yang baik

! Sam Posmen ! berkata...

syurga atau neraka? aku pilih neraka. otak atau akal? kamu pilih sendiri

missxidi berkata...

Salam...kita kne la laksanakan yg wajib dulu baru fikir syurga neraka...huhu..peace (^_^)y

missxidi berkata...

Xidi follow ye!

Tanpa Nama berkata...

salam...maaf kalau terasa tapi saya cume bg tau pandangan saya..sepatutnya awak tak boleh kate yang tak tutup aurat confirm masuk neraka,kerana ni semua rahsie Allah dan kite tak tahu hubungan org yg tak menutup aurat itu mcm mane dengan Allah..maybe die sempurna solat,n selalu mengaji.tp die tak dapat sempurnakan untuk berhijab maybe disebabkan faktor2 tertrntu..sedangkan ada kisah tentang seorang perempuan penari kelab yang ikhlas bagi minum air kepada anjing pun Allah hadiahkan syurga buatnya kerana keikhlasan hatinya..jadi jangan kite menilai org berdasarkan luaran sebab kita tak tau maybe darjatnya lagi tinggi dr kita disisi Allah..waalahualam

Azza Azman berkata...

Huhu salam semua,,, pasti ramai yang akan tersentap kan baca ni. Ini bukan kata kata saya tapi petikan dari mulut orang di sekeliling kita. Yang syurga neraka tu saya petik di

SOLIHINZUBIR.COM

cuba anda nasihat dia pulak.. huhu

Tanpa Nama berkata...

Dik, jangan nak ingat bila orang komen ni maknanya tersentap. Kita menegur. Jangan main petik aje artikel orang dan share. Kena bertanggungjawab sikit. Siapakah kita nak confirmkan masuk neraka ni. Ini semua urusan Allah. Saya sendiri tutup aurat.

Azza Azman berkata...

@Tanpa Nama Memang sentap bila kita sengaja cakap kat orang masuk neraka, tapi tu je jawapan simple bila mereka mempertikaikan "pakai tudung masuk syurga ke?"

Azza Azman berkata...

Erkk kan dah cakap "(kecuali lah yang bertaubat dan diterima oleh Allah SWT) " adoiyai....