Salam,
Rossa : Oh kekanda john, boring la tengok sinetron, marilah buat scene dengan dinda.
John : Hey beautiful ladies, can't u speak english? I dont understand.
Rossa : Mencik tau.....!
Ada cerita hot ni, dari hasil pemerhatian saya, Cik Chemp, selama dua hari dari pukul 2 hingga 3 petang kemudian penyiasatan bersambung dari 3 hingga 4 petang, gue ada terperasan babak-babak aneh yang bisa mengotorin jiwa remaja ku. Alamak terpengaruh la pulak. Ini semua babak yang wajib ada dalam Telenovela dan Sinetron yang semua siaran dok rancak tayangkan. Dari hasil penyiasatan yang unggul itu, ada 10 analisis yang telah dibuat. Jom baca dan jangan lupa share di Facebook memasing ye.
1. Pertama yang saya perasan, hey asal mesti ada babak nurse dok mengumpat-ngumpat pesakit kat kaunter pastu dandan lah watak seorang perempuan yang innesen terdengar atau curi-curi dengar. Pastu buat muka kaget tak tentu hala. Huhu. Spell my word......C.L.I.C.H.E !!
2. Masa mula-mula mesti ada yang baru keluar penjara.Yang masuk penjara ni mestilah watak baik yang malang, innesen tidak berdosa. Kalau nak tunggu yang jahat masuk penjara kena tunggu episod yang ke-234. Adoi...
3. Lepas tu parent tertukar anak macam anak tu anak patung pulak. Drama Thailand pun macam ni. Bila dah besar, yang watak jahat baru tersedar dia ni anak orang gaji je, haha!
4. Lama-lama pun yang paling miskin tu, tetiba ada parent baru lantas menjadi kaya-raya. Kaya bebenor tak hengat. Tapi dia still merendah diri dan ingat kat keluarga miskin dia. Ala dia kan perfect mana boleh buat salah.
5. Pasangan hero dan heroin tentulah bermuka kacukan. Even perempuan tu duduk ceruk mana pun,contoh perkampungan asli, ayah mak memang muka keturunan asli like muka berkarah, tapi anak omputeh lak. Heroin dah la baik, cantik, berbudi bahasa kira perfect la.
6. Mesti ada yang masuk hospital, koma pastu lupa ingatan. Ini jelah scene yang membolehkan drama mengarut tu dipanjangkan lagi terutama drama Indon.
7. Hah lagi satu benda yang paling magik, yang dah mati boleh pulak muncul bila masa je. Ni mesti menuntut di sekolah Hogward ni. Ada bela Horcrux kot macam Lord Voldermort. Pastu mesti lah guna nama lain pulak. Menyamar la konon.
8. Keluarga watak lelaki mesti jahat. Tak pun diorang ada musuh dari satu keluarga lain yang jahat. Laki tu tentulah kaya raya. Perempuan pulak miskin dan malang. Ini angan-angan je la, bagi harapan palsu kat rakyat Indonesia dan Filipina. Kesian diorang. Ce tayang kisah benar pulak. Sebab tu perdana Menteri Filipina baru tersedar dia ada lagi rakyat miskin tegar, tak caya gi Google sendiri.
9. Heroin dia kenapa macam lemah semacam eh? Pijak semut pun tak mati. Tak memberi inspirasi langsung. Air mata 2 3 baldi boleh keluar dalam masa sehari. Ayah masuk hospital meraung kat luar pintu wad sampai pengsan. Anjing mati pun, dia macam tu jugak.
10. Adegan culik menculik. Tipu lah kalau tak ada kan? Kira saya nak cakap berita berita gempak yang kita baca dalam Harian Metro tu mesti dilakonkan balik dalam drama diorang nih. Contoh, seperti jatuh helikopter tak pun kapal terbang, accident jatuh gaung, mati terbakar dibom atau ditembak, kena racun dan macam-macam lagilah. Then last sekali, Lu pikirlah sendiri...!
Okay, tu je lah kot. Artikel ni bukan nak mengutuk tau, tapi ni pendapat je. Saya kan peminat drama Melayu. Walau hampeh macam mana pun cerita Melayu saya rela tonto "2 Alam" dari tengok cerita Marshanda tuh. Abes dari korang kutuk cerita Melayu meh saya nak kutuk drama Indon pulak. Saya pantang betul tengok adegan yang zoom muka, sambil mulut tenganga-nganga, yang watak jahat pulak terjegil-jegil mata. What the fish! Untuk itu je dekat 5minit diperuntukkan. Hello buang masa saja. Tapi, apa pun filem berkualiti Indonesia saya layan je.
Pastu, telenovela Filipina memang jadi kegemaran nak nak cuti panjang nih. Petang petang tak ada kerja nak buat sekali sekala layang kisah romantik hero kacak dan heroin cute tu best gak. Well baru seminggu layan Marimar. Harap tak lekat sangat macam 3 4 tahun lepas, tengok cerita Sanay Wala Nang Wakas sampai tak boleh berganjak langsung dari Tv. Kesimpulannya, telenovela Filipina lagi layan kot dari sinetron Indon tuh. Meluat la.
Jangan marah je peminat Sinetron, bye! Jom tengok sini pulak. Best!
XOXO, Chempaka Sari
Jika Rasa Logik Je Sila LIKE
12 ulasan:
hoho ..macam2 dorang ni ~~
folo ^^
HAKHAKHAK...PENDAPAT KITA SAMA..AI SUKA ENTRI NI...
huhuhu... biasalaa tu... konon2 dramatik... hehehe...
Urutan Cakar Harimau
yang paling xsuka,sikit lagi nak jumpe,mesti ada something..arghhh!
Sama la pendapat kita . paling banyak yang , eksiden pastu lupa ingatan =='
hahaaa . yang satu lagi, part , heroin perempuan biasanya ada penyakit dan lemah . ouh , pleasee
kalau cerita indon tak de zoom smpi lubang hidung mmg tak sah.hahah. sbb tu sy tak ske tgk tv. dpn lappy je.
Saya pula bab-bab paling menyampah masa diorang terkejut beruk ke, gelak ke, buat mata terbeliak ke MESTI zoom dekat muka diorang. ohhh, menyampah -.-
Dah namanya LAKONAN..apa nak dihairankan....kalau episodnya sampai beratus-ratus itu maksudnya drama 2 masih mendapat sambutan..takkanlah pengarah 2 nak terhegeh-hegeh nak panjangkan cerita 2 kalau sesuatu drama 2 tak mendapat sambutan????
and then SELERE/SELERA/TEST orang ni kan berbeza2...
Industri perfileman Msia n Indosia masing2 ada identiti dan keupayaan yg tersendiri..
Bersyukurlah "orang korang" hebat dlm menghasilkan filem tapi kalau nak duk hine2 filem indon korang tak dapat untung pun...kalo empunya blog ni berketurunan orang2 mulia sekalipun..macamana buruk/tak best sekalipun filem indon,takkan HILANG KEMULIAAN empunya blog ni...ada faham?
aku sendiri secara peribadi, ada filem2/drama idon yg bagi aku best begitu juga dengan filem melayu..
tapi perlu diingat tak semuanya (kretiviti,teknikal,dll) high quality..
contohnya..movie CICAK MEN...ada golongan yg suka sangat filem2 mcm ni..tapi bagi golongan lain filem ni sangat bodoh..dan contoh yg baik ialah Hikayat Merong Mahawangsa(filem ini menampakkan satu kekreatifan,unik,dan semakin mahir dlm menghasilkan filem).
so kesimpulannya kalu tak suke tak payahlah tengok....
kalau tak suka tak yah lah tengok...
kalau tak suka tak lah baca ini blog... hehehe..
hahaha.. btol sgt2.. naik myampah sbb zoom2 muke tu terlalu la dekat.. suspen lebih tp xde ape pon... neway, my adik fanatic sgt nk tgok cite indon.. hehehe... mcm2 laa...
hahaha sangat nice! ade pulak persamaan tu.. pandai anda carik.. hehe
cellulite dieting As I said originally your cellulite diet must be one that supports walls, thereby preventing
impairment and leaking veins. On that point is also a Wireless relative frequency laser and workout be after,
and regard combining that design with one of the aforementioned treatments.
my web-site; cellulite reduction diet
Catat Ulasan