11 Mei 2011

Semangat Yang Hilang

Salam, 




Tiada apa yang penting yang saya nak cakapkan hari ini melainkan tentang semangat saya yang memudar. Saya tak tahu kemana semangat saya yang sentiasa berkobar-kobar selama ini. Sejak akhir ni, janji pada diri sendiri pun susah untuk saya kabulkan. 




Saya dah lupa di mana sumber inspirasi saya, apa cita-cita saya, bagaimana dengan perancangan saya pada masa hadapan. Sejak sebulan yang lalu, selesai sahaja final exam sehinggalah hari ini, sem baru pun sudah nak bermula, semangat saya kabur. Rasa semangat saya mati.




Lima tahun sudah, setiap kali mahu memulakan semester baru, pasti bersemangat hingga tak menang tangan nak buat itu dan ini. Lakar jadual cantik-cantik, beli pen baru, buat buku nota sehabis baik, download nota secepat mingkin. Tapi sejak sem lepas, saya dah tak macam ni. Malah rasa trauma pula nak meneruskan perjuangan yang memakan tak sampai dua bulan.




Saya rasa kabur, merendah diri, sunyi bila memikirkan saya harus menyambung semula perjalanan di universiti. Mungkin saya perlu minum air penawar, atau mendapatkan kaunseling dari ustaz atau lecturer saya. Walaubagaimanapun sekarang pada saat saya menulis, semangat saya semakin hampir, setelah mendapat kata-kata semangat dari papa dan mr. nice guy.




Baik, saya akan mula mengemas barang apa yang patut. Rancang secara teliti untuk sem ini dan mulakan hidup di asrama dengan semangat baru. Ingatkan balik semula apa cita-cita saya, rumah idaman saya, pekerjaan saya dan janji saya pada mama dan papa. 




Thanks buat kedua-dua lelaki yang selalu memberi perangsang kepada saya.








XOXO, Chempaka Sari








________________________________________ 
Jika Suka Sila LIKE

12 ulasan:

fisa othman berkata...

adat seorang yang bergelar pelajar...ada ketika hala tuju macam dh jelas...ada kala nya terasa segala nya kabur...insyaAllah...kena tekad dan nekad pasti ada jln yg terang..;)

phycrewz berkata...

teringat balik lagu XPDC 'semangat yg hilang' . layan tu~

Chempaka Sari berkata...

thanks kawan..

SyerAgh berkata...

buat kedua dua lelaki? wah~~ nak jadi yang ke 3 leh? :p

wsk~ lawa kasut kuning.. pinjam

Sha. N. berkata...

Gud Luck azza!!Marilah kita sama-sama berusaha.

Jay berkata...

berzikirlah untuk menenangkan fikran yg x menentu,solatlah utk menenangkan jiwa dan bacalah al-quran bg menaikkan semngat dlm meneruskan perjuangan hidup.insyallah allah xkan mensia-siakn usaha bg org yg ikhlas dan sentiasa mengingatinya walau dlm apa jua keadaan sekalipun.semoga allah merahmati azza.amin yarabbal allamiin.

Tanpa Nama berkata...

insyaallah..betul ckp Mr.Jay tu fara....so selamat kembali ke sekolah..hehehe..

Ain Atika Zailani berkata...

good luck awak...kena selalu kuat semangat...kena ingat perents baru semangat membara...kan?

Chempaka Sari berkata...

iyelah.. saya pasti akan kuat semangat. Teruskan perjuangan abis abisan! cyaiyok!!

SANDRA AZWAN berkata...

Jangan sesekali patah semangat...perkara2 macam nie biasa berlaku dan kita perlu kuat untuk mengharungi segala rintangan yang mendatang!! Apa yang paling penting ialah kita nak buat mak/ayah bangga dengan pencapaian kita! Semoga Berjaya!

Deq's Qienz berkata...

aloo..salam perkenalan..nice blog :)

zaRain berkata...

Biasela tu aza... takpe..u can do it! good luck! bangge ngn kawan2 yg sambung..do ur best!