27 Mei 2011

Saya Cintakan En.Ponstan Sangat-sangat !

Salam,




Ini cerita lama, cinta lama tetapi masih memerlukannya sampai sekarang. Walaupun jarang, tapi bila rindu tu menjelma tanpa diundang saya pasti mencari En.Ponstan. Kalau tak dapat, alamat tak keruan lah jawabnya. Sila jangan menuduh saya yang bukan-bukan ye, contoh "kau tu bergantung sangat, sampai bila-bila pun tak boleh survive sebab terlau manja". Siapa yang kejam tu tuduh saya macam tu... Bukan kehendak saya pun bergantung pada En.Ponstan.

  

Sakit senggugut yang setia mendatang hampir setiap purnama bukan dipinta. Itu anugerah Allah. Akibat terlebih hormon prostaglandin, terjadilah symptom seperti cirit birit,rasa mual, muntah, pening kepala, lenguh kaki, cramp perut dan belakang badan. Itulah yang selalu dialami sewaktu zaman remaja dulu. Eh mengaku pun sekarang dah tua. Rasa macam pemerah jus oren yang bergelodak di dalam perut. Perasaan tu datang setiap 2 minit. Berlangsung selama 3 jam secara purata pada hari pertama kitaran menstrual. 



Kacaknya En. Ponstan 



Ingat lagi masa Form 1, first sekali kena premenstrual dysphoric disorder, saya pitam di tepi pintu bilik air. Mamalah yang kejutkan saya dan pimpin saya ke sofa. Akhirnya, hospital menjadi tempat paling heaven buat waktu itu. Sedas injection dadah dan dua botal air disumbat ke dalam badan secara paksa rela sebagai peneman setia. Stethoscope pasti menjengah untuk periksa denyutan jantung. Gatal kau stethoscope, alasan je tuh! Sphygmomanometer pulak erat memaut lengan saya untuk memeriksa tekanan darah.  


Bau ubatan-ubatan di unit kecemasan dan keempukan katil hospital menjadi terapi yang sedap yang pernah dirasai. Malah, sample darah dan air kencing procedure wajib dilakukan. Manalah tau ada penyakit yang serius menjadi faktor. Alhamdulillah tak ada. Benda-benda ni memang saya kena hadapi hampir setiap bulan. Masuk Form 4, aktiviti hospital mospital pun semakin kurang. 



Sekarang, sudah jarang, mungkin saya sudah pandai minum air banyak-banyak dua hari sebelum datang PMS. Kan Rasulullah S.A.W dah cakap awal-awal. Iya, air adalah penawar paling mujarab. Simptom diatas dah kurang, cuma rasa macam ada penggelek doh karipap dok bermain-main menggelek semua isi perut si dalam. Amat nakal penggelek tersebut.  


Tapi masih... saya masih memerlukan En. Ponstan bagi membolehkan aktiviti normal berjalan seperti biasa. Kalau tak, alamat mengerekot di bawah katillah alamatnya. Malas lah nak mengadap semua harta karun eh karut di bawah katil, secara amnya ia adalah habuk halus dan rerambut. Jadi, terima kasihlah kepada pil ponstan walaupun ada yang kata ia akan meninggalkan kesan buruk pada badan buat jangka masa panjang, dah saya terpaksa. Terima kasih sekali lagi En.Postan. 


Sekian,kesian saya.


**Maaflah ayat berterabur sikit, sebab penggelek karipap masih berlumba-lumba nak gelek doh karipap menggunakan isi perut saya.


XOXO, Chempaka Sari 


________________________________________ 
Jika Suka Sila LIKE

5 ulasan:

Jay berkata...

uhuk uhuk...kesiannya cik chemp...semoga sihat selalu ye..:(

iedaurora berkata...

nice header, follow kamu...

http://iedaurora.blogspot.com/

Cikrosecute berkata...

Salam..

selalu senggugut ya..kesian..

follow kamu..

http://hairuliza-anakku.blosport.com/

Afifa Hussain berkata...

salam cik chemp. saya pon ade maksalah yg same mcm cik chemp jgk. mmg teramatlah seksa kesakitan itu. huhu T__T

AuniDelights berkata...

chem..kalau boleh jangan terlalu amal kan amik ponstan ya chem,takut nanti ada effect lain pula,chem cuba la cara tradisional untuk hilang kan rasa sakit tu, mungkin ada.. ;)