07 Julai 2011

Respect & Jagalah Maruah Anak (entry panjang sapa nak baca tah saya tak pedulik huhu)

Salam, 




Awak semua pernah tak terserempak ibu-bapa yang marahkan anak terang-terangan kat depan orang ramai. Terus-terang Cik Chemp cakap, saya tak setuju dengan cara didikan macam ni. Kadang-kadang dengan kesalahan kecik je, tak setimpal dengan serangan laser bertubi-tubi dari Si Bapak. Ada yang kita tengok, kesudahannya anak tu bukan nya jadi baik malah lagi bertambah nakal atau mengamuk time tu jugak. Annoying sangat tapi kesian. Ada yang kita tengok anak tu terus diam, tapi ada siapa-siapa yang tau apa yang anak tu pendam dalam hati? Ada sesiapa yang kisah?




Teringat lagi masa kecik, saya pernah terasa hati dengan seorang yang agak tua jugaklah dalam family saya (family besar). Dia tak marah tapi memalukan saya di tengah orang ramai. Masa tu saya umur dalam 5 tahun rasanya. Saya bangun je tidur (tidur kat ruang tamu tengah alam pasal kat kampung) , saya cuna untuk melipat selimut saya sendiri sebab dicabar oleh orang tua tu. Okay masa tu Kak Teha sepupu saya memang terror gila lipat selimut. Haha. So orang tua tu banding-bandingkan saya dengan Kak Teha. Saya cuba buat sekemas yang mungkin. Tapi tak jadi juagk ish ish ish. Selimut saya still nampak komot. Uwaa....




Then orang tua tu ejek-ejek saya, sedara-mara yang lain ramai-ramai gelakkan saya siap tepuk tangan lagi. Seronok lah meraikan ke'fail'an saya tu. Saya dah berubah muka dah-memek muka dah nak nangis. Saya terus lari kat toilet then nangis senyap-senyap. Mama pun pujuk......sedih kan. Huhu. Ingat sampai sekarang woo... tak marah jauh sekali dendam. Tapi memang tak boleh lupa sampai sekarang.


Adik dengan adik sedara. Omey....

Adeh...panjang kan intro entry ni. Kat atas ni baru intro. Pengajarannya please, kita kena jaga maruah anak kecik sebab diorang tak tau apa-apa. Diorang tak tau even, apa itu gurauan pun. Kesudahan, budak kecik tu nanti tertanam sifat ego melampau sebab dah dilatih dari kecik. Jiwa budak kecik kosong lagi, jadi apa yang mula-mula di taman semasa kecik tu lah terpahat sampai besar. Budak kecik pun ada egonya.




Contoh ye, hari tu saya main dengan dua orang sepupu saya, kecik je lagi 3 tahun kot dan sorang lagi kakaknya 5 tahun.
Saya : Izza, Ameer jom main cikgu-cikgu nak. (sambil conteng ABC kat whiteboard) 
Si Kakak Budak Kecik : Okay (sambil tulis tulis jugak dengan marker) 
Budak Kecik Yang Ego : Tak nak, tak nak tak pandai. (memberontak sambil padam apa yang kitorang tulis)
Then si kakak pun marah, cakap yang adik tak pandai tak yah lah kacau. Adik kecik tu pun mengamuk, barang semua berterabur. Ibu budak ni pun marah dari jauh.
Ibu budak dua beradik : Ameer jangan kacau peri main jauh-jauh, Ameer tu memang tak pandai, tau kacau orang je. Dah budak tak pandai tak payah main!
Lepas tu, budak kecik tu pun diam je tapi kejap je lah pastu buat kacau lagi. Saya ambik langkah psikologi. Saya puji dia.
Saya : Ameer jom tulis ABC, Kak Fara ajar meh. Ameer kan pandai...
Budak Kecik Yang Ego : Tamo, tak pandai tak pandai. (sambil padam semua benda kat whiteboard tu) 
Saya : Ala... Ameer pandai je. Kalau Ameer berlajar mesti bolehnya. Jom ikut Kak Fara.
Saya puji-puji dia sampai lah dia termakan pujuk. Last sekali dia pun ikut tulis ABc. ABC dia memang buruk pun, sampai dia give up nak belajar lagi. Even tak cantik pun saya puji jugak. Pastu die semangat lagi. Gila contoh tak ade adegan mak marah anak kat depan orang ramai pun. Tapi mungkin bagi saya malu gak lah budak kecik tu mummy cakap tak pandai hehe.




So, pendapat yang saya boleh sampaikan kat sini adalah:
  • Jangan marah anak depan orang ramai. 
  • Jangan rendah-rendahkan kebolehan anak sendiri.
  • Jangan mengadu masalah anak kat sedara-mara lain depan anak.
  • Jangan compare anak sendiri dengan anak jiran hehe.

Apa yang kita boleh buat : Pesan kat anak awal-awal tentang apa yang dia patut buat, misalnya sebelum pergi rumah kenduri, pesan kat dia macam ni" Ameer nanti jangan nakal, jangan lari-lari ye, cian mama nak kena jaga adik je. Pastu jumpa tuan rumah salam tangan Auntie & Uncle tau...mama tau Ameer baik budak bijak " (masukkan unsur psikologi). Please jangan cubit anak depan tuan rumah pastu baru nak suruh anak tu salam dengan tuan rumah. Tunjuk awak pandai jaga anak la konon. Ish tak boleh blah la macam ni. Ada pulak ibu bapa jenis cakap besa depan orang lain. Ada yang merendahkan anak depan orang lain. Contoh "anak aku tak serupa orang Leha oi... kau untunglah dapat nak baik.."


Lagi satu contoh pulak kalau anak gadis sunti yang baru nak masuk alam anak dara. Bila tetamu datang mesti anak dara kena buat air kan? Ha jangan lah time depan tetamu baru nak sibuk-sibuk marah anak dara "Hah! Pergilah buat air ke kat Mak Ngah Pak Tam ni, ni kalau tak suruh memang tak pernah nak belajar! " Awak cakap kuat-kuat depan tetamu tak ke malu anak tu nanti. Maruah dia boleh tercalar tau. Then awak dah beri tanggapan negatif kepada tetamu tentang anak awak sendiri. Last sekali siapa yang malu? Jawapan ada pada awak sendiri. 




Zaman sekarang bukan macam dulu lagi. Fesyen mak ayah bawak rotan jemput anak mandi parit. Huhu. Bawak rotan macam bawak handbeg je. Sebab zaman dah berubah. Anak tu diajar lembut je kat tadika. Tengok TV pun mummy daddy "AFI dAN AYAH" dekat astro ceria punyalah baik. Nanti dia memberontak kalau dia rasa mak ayah dia yang yang garang tak bertempat. Okay lah tu je nak membebel. Pengajarannya kalau nak bantai anak pun kat rumah je lah. Bila tak ada orang lain. Ni adalah contoh bergambar, awak semua nak tengok gambar bapak marah anak? Klik situ. Wassalam.




XOXO, Chempaka Sari 
Jika Suka Jom LIKE

20 ulasan:

Jay berkata...

mmg apa yg azza cakap tu betul..bila di marah di khalayak ramai akan memberi kesan psikologi terhadap individu tersebut.jika seorang budak kecik di buat seperti itu,dia akan memberontak dan akan berkekalanlah samapai besar..sebelum marah kita patut fikir apa kesan terhadap psikologi anak2 tu.yang penting marah dengan lembut but tegas.,...tapi jgn deoan org ramai lah ye...

tamlegend berkata...

aku setuju...marah2 anak depan org ramai boleh merencatkan perkembangan otak kanak2

AsyieqiN Rkey berkata...

sangat setuju azza...eheh..aku penah tengok kes camnie sampai tahap budah tu hilang konfiden pade diri sendiri sampai die besa..dasat kan

Unknown berkata...

setuju..tapi bukan x boleh marah langsung...ada cara yang elok nak cakap..kalau x, nanti dia akan beranggapan yang dia bebas buat apa saja di hadapan orang sebab mak bapak x sampai hati nak malukan dia depan orang...

Norhisham Nordin berkata...

mmg parent tak patut buat camtu... kena gunakan cara halus dlm mendidik anak... kalo berkasar, anak mgkin akan memberontak... tegas takpe tp jgn sampai mengganggu perkembangan diorg kan...

Segmen Simple : Jom Komen Entry Saya

Namee Roslan berkata...

azza..emm, namee pun sama. kalau pergi klcc..tengok mak bantai2 anak depan public...kan malu anak tu. walaupun dia kecik..jangan lah aib nya di khalayak ramai. anak2 kecil biasa lah buat perangai, nangis2 buat perangai bila penat berjalan..ini mak nya gi tampar2 anak di depan org. org semua tgk je mak bantai anak dia...so bg namee ..itu memalukan anak nya.

namee pun membesar dlm family yg mcm tu azza. yg jenis bantai2 depan org je. buat muka je, kena je tampar kt kfc tu. haha. so namee xkan ulang lah benda ni kt my future anak. :)

moga kita semua pandai menjaga maruah anak dan suami. eh kalau gaduh dgn suami, xkan nk tampar depan org gak kan. :)

apekzer berkata...

da tengok filem "aku tak bodoh" ? kalau belum sila..

Aimie Diyanna berkata...

mmg pnjg btl entry awk eh :)

boleh aimie mntak tlg untuk komen entry ni? http://imedianna.blogspot.com/2011/07/saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

saya masuk GA CONTEST yg memerlukan your Free Comment :) Thx a lot. hope dpt leave comen byk2

Azza Azman berkata...

Namee.. heheh kalau family azza sendiri tak de lah macm tu tapi sedara sedara lain nilah. Tapi tak teruk cuma kata kata pedas. Malu gak dengar. Kalau penampar tu xde, tak teruk sgt. Teruk yg macam mak bapak cina tu..bukan racist tapi selalu sgt nampak chinese buat macam ni kat anak dia kan kan kan? Klau jiran dgn cina tau lah mcmne diorang marah anak...memekik mekik kat dapur. KIta tgh masak kat dapur n dengar je lah.

Duan : Hehhe malu plak aku dengan kau, kau dah ada anak aku pulak yg mngajar huhu. Tapi tu la pendapat aku bile tengok sekeliling.Hehe.

Aimee : Saya dah drop komen satu hari tu insyaAlah bile broadband laju saya g lagi ye...tggu..

Bella Heuheu ❤ berkata...

sedihnye dapat mak camtu T__________T

THE GREEN berkata...

Assalamualaikum...


semua org ada maruah yg mesti dijaga, tak kira la tua or muda..

happy blogging :-)


regards,
BLADE EDGE

Teha Nur Fateha berkata...

salam hye hello ni die "kak teha" salah seorang watak di dalam entry dah sampai..

eh bile plk kejadian tu?memandai je awk ni.ada ke insiden tepuk2 tgn..btw kome takdela pandai lipat selimut seperti yg digambarkan dlm entry ni.xbaik tau..tp kalo bab banding membanding n kata2 pedas tu i agree it's happen in our fam.*sigh* kdg2 mmg sakit n sedih.

*sama2 la kite menjaga tutur kata.
*saling respek antara 1 sama lain.
*be supportive to our family.
*aggp fmly nimcm kite dgn kwn2 jgk.

cadangan: jom STOP gurauan berunsur perlian? v(^_^)

Azza Azman berkata...

kak teha oit...huhu mane lah awak ingat masa tu umur 5 tahun. Watak utama jelah ingat muahahaa. Anyway cerita kat atas tu xde ape pun cuma contoh je. No hal pun.

Bab gurau unsur perlian tu no komen. Tu biasa lah, belah papa lagi dasyat so just let it be and laugh together je.

Topik utamanya, tu lah kadang mak garang sgt sampai boleh memalukan anak. Yelah kan bayangkan IBU atau BAPA yg malukan ank, ank nak ngadu kat sapa? Bukan ibu bapa ke pelindung kita?

Kalau gurau sesama kawan tu standard lah. Kalau tak mau gurau jugak, jgn terasa nanti kawan kita tu dah tak nak layan kita lagi. Sbb ada kawan lain yg lebih fun!

* sedih tengok ank yg termanggu-manggukene marah depan orang lain.

* Seriously keluarga kita bukan macam ni. Alhamdulillah.

Teha Nur Fateha berkata...

awat plk x ingtnye umur 5 thn.kalo awk leh ingt mst kome pn ingt maa..tp kalo ada tepuk2 tgn mcm klaka je.haha!ingt sarkas ke?ish awk mimpi ni....-_-'


wah tak sgka awk mngeluarkan statement itu.no wonder..haha! best ke gurauan berunsur perlian ni? do u think it's a joke and people can easily just laugh?


ank sapa la tu.kesian~

Azza Azman berkata...

la...kan dah cakap watak utamanya kome... ala masing masing ada kenangan. Kalau kome ada kenangan yg kome ingat sampai harini. 5 tahun kecik sgt lagi, so ada beberapa perkara je yg kita ingat riteZ? awak pun mesti ada benda yg awak ingat tapi kome tak tau. Kenangan setiap org lain lain ma..

la kenapa nak jugak persoalkan benda tu betul ke tak? macam pelik sgt je. Biase jelah benda tu..ke awak yg terbayang yg bukan bukan.

kadang-kadang kita tak perli pun tapi orang yg cepat terasa. Mungkin dia selalu terkena perlian dari org sekeliling so tak dapat beza gurau beramah mesra dgn perli. Kita buat ape lagi, dah tau org tu mcm tu diamkan diri je la... tak kisah.

standard la sesama keluarga, bergurau senda. Tak de maknenye nak bergurau senda manja-manja. Tengok macam ne pak lang bergurau. Pedas, tapi tak terasa ape pun...borak je la mcm biasa. Tak kan diam je kan dgn sedara sendiri. Kena pandailah sesuaikan diri.

tak payah susah susah la ingat pekara lipat selimut tu, awat lipat dan terus simpan dalam bilik. Kome tertinggal kat luar. Seriously ingat detail sampai sekarang. Tapi ingat jelah, jauh sekali nak sedih sedih ke dendam ke hapa.. sedih masa kecik tu je. Sekarang tak pun.

Azza Azman berkata...

benda ni tak pernah hilang dalam family kita pun...sentiasa ada dalam diri masing masing.

*sama2 la kite menjaga tutur kata.
*saling respek antara 1 sama lain.
*be supportive to our family.
*aggp fmly nimcm kite dgn kwn2 jgk.

Sya_Merpati Putih 88 berkata...

betul tue..tak sesuai marah bebudak dpn org ramai..nasihat dorg cra elok & bsopan tue lebih baik..
~last week bru nmpk org marah ank die kat tegah2 shopping complex, pastue smua org tgok....cian kat dak tue..

Teha Nur Fateha berkata...

ish takde pn kome nk pk ssh2 ingt psl selimut.cuma plik je.tah2 imaginasi awk je kot.hahaha..pape jela.kenangan awk kn.

ha awk yg ckp gurauan paklang pedas.mknanye awk pn terasa jgkla kepedasan tu.tp kite ni sesama keluarga jmpe sekali sekala xdela nk amik serius lgpun dh tau die tu cmne.

baiklah awkla betul..

alhamdulillah..

Azza Azman berkata...

tak terasa pun dgn gurauan pak lang... sbb tu selalu je borak borak ke bercerita ke. Tapi tu lah mcm terkeluar tajuk je. Ke nak tgu kome buat entry Gurauan Pedas@Perlian. Tapi serius takde idea... tak paham sgt la gurauan perlian ni.

(tapi nampak tak sape yg perli sapa, macamne boleh buat tuduhan imaginasi pulak ni dari semalam? huhu)

apekzer berkata...

ala, ape nak malu, kira oke ar tu persiapan awal, tapi betul ar cara tu. bagus2..

nabi pun ade bagitau step2 nak didik anak ni, mase kecil manjakan dia. besar sikit mula la tegas dengan anak, bila dah besar dampingi mereka, macam kawan. cuma approach macam mane yang kita nak pakai. itu yang nak kene betul.

semoga sukses dan menjadi ibubapa yang terbaik.