28 Julai 2011

Menyalahkan Orang Lain

Salam,





Awak semua pernah tak berhadapan dengan situasi kawan-kawan atau ahli keluarga yang lebih cenderung untuk menyalahkan orang lain bila berhadapan dengan kesukaran? Ceh rasa macam ayat iklan Payuda  kat TV3 pulak.




Hmm kalau sikit sikit takpe boleh tahan lagi tapi kalau dah kerap sangat rasa meluat pulak. Ada tu terlanggar cina kat pasar malam, dia merungut-rungut sampai tak sudah. Jam dia hilang, selumber je tuduh ada orang lain curi.




Paling teruk, bawak kereta nak masuk simpang tak bagi signal. Bila orang belakang hon, dia hon balik siap maki-maki dalam kereta. Penumpang yang lain tadah jelah telinga. Nak buat macamana. Sikap negatif memang susah nak ubah kalau tak pernah nak muhasabah diri. Orang nasihat elok elok tak mau dengar malah dibalasnya balik kat orang tu.


Ingat, satu jari awak tunjuk kat orang lain,
Lagi tiga jari tunjuk ke arah diri awak sendiri.




Teringat satu kisah perbualan dalam phone.

Aku: Hello, ko dah selamat sampai rumah ke belum?
Dia: Dah, baru je sampai. Ish ish ish mane ni....
Aku: Apasal bunyi macam bising-bising, ko tengah watpe?
Dia: Aku tengah kuarkan barang-barang dari handbag ni. Alamak...mana pulak handphone aku ni !
Aku: Ape bendanye yang ko carik?
Dia: Handphone aku!!! Handphone aku takde weyy!! Aku rasa tetinggal kat kedai makan tadi. Kau la ni yang tak ingatkan aku, asyik berborak je manjang.
Aku:
Erm, cuba kau carik kat telinga kau.


Huhu entry ni khas tujukan buat diri sendiri. Persediaan untuk menyambut bulan Ramadhan. Semoga saya sentiasa berfikiran positif sepanjang bulan Ramadhan dan seterusnya. Amin..



XOXO, Chempaka Sari
Jika Bermakna Jom LIKE

7 ulasan:

Aku Ibu Muda berkata...

kisah perbualan di henpon tu menarik!

amni azmira berkata...

penah jgak mengalami situasi oerbualan di henpon tu..tpi bkn henpon la..yg tau mmg nk slahkan org len kan..

-atiQah- berkata...

hahahaha..boleh pulak dia salahkan org padahal henpon kat tgn.. :P

kite pernah dh gantung kad metrik kat leher..pastu bising cari satu bilik. tp takde la salahkan sesape..lepas tu dpt malu free bila kwn2 yg lain tlg carikan jgk. hehehe..

❤ Cik Nissa ❤ berkata...

haha..senget.hp kat tgn ckp ilang.nmpak sangat mmg jenis suka tunjuk kat org lain...

Jay berkata...

jangan nanti suami kat mane pun lupa dahlah..ahaks/....

IEQAH berkata...

suke..yelaa kita mnusia ni mmg suka myalahkan org lain.. tapi kita kna la intai diri sendiri dulu..ye dak

Golden Rose berkata...

ramai tak sedar bila kita tuju satu jari kpd org lain 3 jari yg lain tuju pada diri kita sendiri