24 Oktober 2011

Cantik Bila Marah? Bohong.

Salam,




Pernah dengar kan dalam drama, hero cakap kat heroin "Awak cantik bila marah". Huhu janganlah percaya. Mesti ramai perasan "Oh sweet nya bila aku marah boipren aku" atau pun "Oh mesti aku cantik bila tengking laki aku". Sebab tu diorang selalu marah-marah. Hey, come on, marah sangat hodoh, percayalah.




Perempuan atau gadis atau isteri yang suka memekik bengang hanya disebabkan perkara remeh temeh sangat tak cool okay? Biasanya mereka tak sedar tentang bahaya sikap sebegini.  Orang sekeliling cepat meluat, tahu.




Malah, wajah dia akan kelihatan hodoh. Hilang aura kasihnya. Hilang segala kecantikan. Yang pasti, macam nenek sihir dalam cerita dongeng pun ada jugak. Try bayangkan betapa teruk dan hodoh gila wajah perempuan yang cantik bila marah. Mata membulat, bibir besar kemain, kedut jelas di sana sini, rambut mengerbang.




Okay dah bayangkan? Bila kita bayangkan betapa hodohnya wajah kita bila marah, kita akan berasa malu bila menunjukkan sisi-sisi negatif kita. Seolah olah kita tak dapat kawal diri kita sendiri. Macamana orang nak suka kat kita kalau macam ni.




Marah dan cepat bengang sebenarnya tak boleh menyelesaikan masalah. Muka pun cepat kedut dan hodoh. Bila meletup, yang binasanya kita jugak. Diri sendiri mengidap stress. Bila stress, darah tinggi, jadi terlalu kurus atau gemuk, muka tak berseri, kerektor diri nampak garang dan bengis. Euwww....




Kalau tak rasa puas hati jugak, ingat ayat ni " Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik untuk kamu, dan boleh juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk untuk kamu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" {Al-Baqarah : 216} 




Wassalam.


Jom Bercuti Kat Thailand 4Hari 3Malam dengan hanya RM400 sahaja. Termasuk 3 Nights Accomodation dekat 3-Star Hotel + Tiket Penerbangan Pergi Balik Royal Jordanian Airlines Air + Pattaya Coral Island Tour + Airport / Hotel Transfers . Gila Murah!


XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

30 ulasan:

naim berkata...

^_^

Bagus Azza.

Ada nasihat kalau rasa nak marah sila duduk,

++ ambik wuduk

dan lebih baik
ayat 134 surah Ali Imran

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

betul tu... kalau kat rumah boleh lah amik wudhuk... insyaAllah.

p/s : tak selesa dengan orang yang cepat marah.

Namee Roslan berkata...

hehehe,namee marah paling huduh dan kasar kot. :P tp penat ah marah ni sbnrnya. seeloknya sabar je jgn marah2..bila nk marah je g amik wuduk..

NUR AMINA berkata...

saya jarang marah, kalau marah kat org saya lebih suka diam, tak lepaskan kemarahan tu

FaKArePa!n berkata...

biasa guna ayat ni utk pujuk si dia.. hihih

nabila faryzza berkata...

haha! laki saje nk amik hati je tuu.
dia nk kte snyum dalam2 tgh marah tu. :D

BiQa HatmiN berkata...

sy juga! xselesa sgt dgn org yg cepat melenting.marah dan sbgnya.hehe...azza xcepat marah kan..mesti happy go lucky ni

iedaurora berkata...

selalunya rase nyesal pulak bile marah sebab kesian dengan org yg kene marah tu....

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

@nabila faryzza huhu betul jugak tu, kalau dia cakap mcm tu rasa tak jadi nak marah kan? Rasa nak tersengih pulak.

cuma nanti jangan lah buat lagi. Marah2 tak elok.

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

@FaKArePa!n wah betuahnya si dia....

kan best kalau saya punya pasangan cakap mcm ni bila saya marah. Huhu. baru rasa terpujuk..

Dhia BellamiZam berkata...

utk elakkan jadi mcm nenek sihir, selalu lah gelak mcm paknil..sentiasa awet muda..lari tajuk x??hehe

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

@Dhia BellamiZam True! kalau nak selalu nampak cantik dan awet muda, selalu lah ketawa. ada sorang makcik kat tempat kerja dulu nampak tegang je muka dia, rupanya dia suka buat lawak dan ketawa. kalau cakap bab politik pun, yang lain dah emo, dia ketawa memanjang, ahhaha

Paris Lipton berkata...

marah juz 4minit je, yg selebihnya adlah nafsu semta...

Niza Romli berkata...

akk klu marah mmg hudoh...hidung dh la kembang, bila marah lagi la mengembangg...haha

org kata...klu marah cepat tua. pikir2 betul jugak kan!

wan nurul hezrina berkata...

tak suka org cepat marah@panas baran..baik diam dr marah2..mmg kalau tgk org lawa tapi bila garang nampak tak lawa=)

azrinna berkata...

Dalam sains ada buat kajian yg bila kita marah segala urat saraf akan lbh byk digunakan utk buat muka marah, berbanding jika kita senyum. sbb tu bila selalu maraah, muka nmpak cepat tua.

Rosalia berkata...

konklusinya jgn la mrh2. org ckp cntik sbb nk perli kita atau pn nk wat kita sym dan berhnti mrh :)

fiQ'Ra berkata...

namau marah marah.. nanti cepat tua tauu ;)

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

@Rosalia huhu tau xpe. kalau suami isteri boleh lah guarau macam tu, tapi kalau makcik di kaunter yang marah marah?

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

@azrinna hmm sains pun dah buktikan kan? kita je tak mau ikut.

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

@wan nurul hezrina susah jugak nak tersenyum je sebab kita perempuan. ada waktu tertentu kita emosi, tapi kene kawal lah kan...

Ah!camne berkata...

hehe xde la girl nk marah2 pasni....

nurul nabila bt medan berkata...

sokong cdgn naim uh.. ^^

syakey berkata...

marah lawannya sabar.
banyak2 kan bersabar.
marah2 pon, tak baik, sakit jantung karang


;)

fRaMe+LenSeS berkata...

Nadh setuju ng kamu. :D da la Nadh ta emsemm.. tamo marah2 la camni. ;)

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

@nurul nabila bt medan Betul tu, sokong petua Naim. Hehe. Hey bacalah blog tok wan baru ni dia pun buat entry pasal "marah" sangat tersentuh entry itu.

Tanpa Nama berkata...

gurlz klu mrah memank huduh pun, loya aq nengoks, bajet chentex jerk. tak hingin nuks jadik kan aweks!

Cik tikah berkata...

cik tikah rasa, org yg comel bila marah ialah org yg sejak azali dia dh comel. hahaha

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

@Cik tikah Tapi cik tikah, kita comel je tapi bila marah sebijik nenek tua.

Hoho sory mood perasan. tak comel pun.

nuriz berkata...

marah masam muka tension memang tak baik utk kesihatan selalu lah senyum ceria dan berfikiran positif tu baik utk awet muda hehe...