13 Oktober 2011

Keluhan Si Hodoh

Salam, 


Wahai si Kacak,
Awak tahu tak saya kecik hati,
Sebab tak setaraf dengan awak,
Bukan bermaksud awak boleh cakap apa je,
Si Hodoh pun ada perasaan,
Tak perlu puji, tapi jangan la kutuk...




Wahai si Kacak,
Jerawat tumbuh bukan saya mintak,
Tak pandai jaga? Itu dah tuduh,
Saya basuh muka, macam orang lain juga,
Mungkin jenis darah je yang tak sama...


Wahai si Kacak,
Kulit tak mulus bukan salah saya, 
Saya pakai baju tutup aurat tak bagi terdedah kat cahaya,
Pakai losyen pemutih konon-kononnya, 
Tapi dah lahir macam ni nak buat macamana,
Allah dah bagi kulit tak berpenyakit pun syukur tak terkira,
Cuma kecik hati, pedih dengan kata kata,
Kalau tak nak puji pun tak apa,
Cuma jangan lah mengata...




Wahai si Kacak,
Perut buncit, lengan menggelebeh, pinggul besar,
Gemuk macam tong gas, siapalah saya,
Teringin jugak nak slim macam model Dara,
Tapi susah tau tak nak paksa-paksa,
Saya masih belajar perah otak kena ada tenaga,
Nasi sepinggan dua untuk sehari tu memang biasa,




Wahai si Kacak,
Hidung ni tak cantik,
Sebab saya melayu pure,
Kalau boleh urut dah lama hidung ni mancung,
Kelemahan orang memang senang nak lelong,
Cuba bukak dada sikit saya nak tengok pekung,
Bila orang lain cakap pasal awak baru awak melopong!


Wahai si Kacak,
Tak kira cantik, huduh, hitam ke putih,
Semua gadis tak suka dikritik,
Lebih lebih lagi dari soal paras rupa,
Semua tu dia ingat tau, jangan ambil mudah,
Kesimpulannya tegurlah dengan cara berhemah...




XOXO, Chempaka Sari 
 Jika Suka Jom LIKE

34 ulasan:

Dhinai berkata...

adusss.....ni keluhan ke bersajak,aku nak komen pun tak tau nak komen cara bersajak ke atau berpantun

MakNgah berkata...

orang huduh pun ada perasaan bukannya kayu.huhu

rj Etika berkata...

Alaaa....kenapa Abang Aaron Aziz takde? T.T
hahaha. ;p

Ini Kisah Tia berkata...

sebab tu manusia ni tak sempurna .. dan takkan ada yang sempurna .. so , cari lah si kacak yang sudi menerima seadanya ..

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

Dhinai : Geli kan? Tah la sajak ke puisi semua xkene haha!

Tia : Tak nak pun si Kacak, sebenarnya word KACAK tu nak perli je, padahal diorang yang suka mengata ni bukan kacak pun.

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

Mak Ngah : Tu lah, orang cantik je nak jaga hati, orang tak cantik suka2 je mengata depan depan.

Raja Etika : Aaron aziz dah kawen!! Hahah

Niza Romli berkata...

tapi lelaki jarang nak mengata tapi klu lelaki dh mengata tu kira betullah kot sbb mengikut pandangan mata dia kat kita... huhu..sedihnya klu lelaki mengata psl paras rupa mahupun fizikal kita.

tp tak penah kena lagi...:)

NURUL ASHIKIN berkata...

yalah kan!! lelaki hensem (konon)memang demand tinggi ,request banyak

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

azza penah kene tegur sebab ada misai..dengan classmate masa sekolah dulu..tsk tsk tsk!

Atiqah Wadiah berkata...

juta2 like diz entry..nk carik yg chantek jea..cermin diri dulu b4 kutuk2 org lain..btw,kecantikan luaran tuh sementara jea..pinjaman Allah jea..yg penting inner beauty tuh..ssh nk carik tau.. :)

Miss Padora berkata...

Biasa lah orang hensem mmg macam tu,demand tinggi...Perasan hensem ja

naim berkata...

Bahasa kiasan dalam sajak nie. Boleh asah lagi Azza.

:)

fiQ'Ra berkata...

ish3, meh bg tampo dia sikit.. hehe

Rosalia berkata...

fuh~! suka sajak ni:) btul2 tgur kene berhemah.

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

huhu tak tau nak cakap sajak ke apa, tapi yang saya tau saya tulis straight dari hati, laju je. Mungkin dari pengalaman kot.

Namee Roslan berkata...

mana ada org hodoh dalam dunia ni. laki tu bangang lah complaints. hehe. azza, nk tanya mcm mana nk buat kotak iklan? :D

salwaismail berkata...

kretifnya entry ni. :)

Hawa Ahmady berkata...

saya setuju..!!

NisaAdnan berkata...

BIAR HUDUH RUPA JANGAN HUDUH AKHLAK ^^

ahmad berkata...

haha ~ kacak ke tak kacak ke , semua kan manusia .. sama je :)

Dhia BellamiZam berkata...

mksud yg mendalam..like this!! :D

Ah!camne berkata...

cntik dalaman yg penting,,,,,

PaK PiS berkata...

hensem ke.. x hensem ke... kte tetap makhluk ALLAH yg hebat.. :)

Juey Ha berkata...

terbaek. best2 :)

hamzah ian berkata...

aku tak kacak..

Faizah Aziz berkata...

Salam. Jemput datang ke Luna Shoppe yea. Diskaun dan mystery gift dari Australia menanti:)

lunashoppe.blogspot.com

chekgu kechik berkata...

dear..
terbaeekkk la entry neh..
setuju sgt..:)

CikNuwairah berkata...

nice entry..kacak n lawa kt luar je buat apa..dalam pun kna cantik dan hensem jgak kan..:D

EJA berkata...

wah suka entry ni best..
salam ziarah minta pendapat awak blh disini
http://menulisdenganhati.blogspot.com/2011/10/dilema-lelaki.html

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

wah..40 like biar betull... rasanya ping 2 kali je kat kelab blogger dan sahabat blogger.

hayatunfadzila berkata...

aslkm..
salam perkenalan
terjah dari blog ben..

syakey berkata...

rupa paras atau fizikal perlu ke dikritik? tak kot. sebab setiap orang pasti berbeza,walaupun kurang sempurna tapi bersyukurlah dgn apa yang ada.

ada orang badan cacat, muka takda, tapi masih hidup. jangan terlalu pandang yang sempurna. betul tak?

tegur akhlak takpa. itu memang sepatutnya di lakukan ;)

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

kalau imej, atau perangai boleh lah ditegur. klau tegur "HIDUNG KAU KEMEK" kita nak buat apa? huhu.

Shazali berkata...

salamun a'laikum

kikikikiki bayangkan..boleh gelak terjoget baca puisi nan roti nan xD

adoiiii xtahan sungguh !



fi aman Allah
L.N


psss..."Hidung ni tak cantik,
Sebab saya melayu pure,
Kalau boleh urut dah lama hidung ni mancung" tang ni joget terlebey xD