25 Oktober 2011

Zaman Fitnah

Salam,




Zaman sekrang ni zaman fitnah. Berita yang kita tengok hari-hari belum tentu benar. Apatah lagi media barat. Tetapi apakan daya, kita bergantung kat media macam makan nasik. Sehari tak baca rasa tak lengkap hidup. Lama-lama "nasik" tu melekat dalam tubuh jadi "lemak". "bersenam" hari-hari pun belum tentu hilang "lemak" tu.




Begitulah penangan media barat. Ingat ya, walau macamana jahat pun orang Islam itu, janganlah kita terpedaya dengan tipu muslihat orang kafir. Ingat tak macamana Tanah Melayu jatuh kat orang Inggeris dulu? Sebab pemimpin kita bergaduh kan? Masing masing nak kekuatan, panggil orang Inggeris.... lama lama.... kita yang memperjuangkan tanah sendiri dipanggil pembelot. Oh Rosli Dhobi....






Jom baca info menarik di bawah ni, yang disebarkan di Facebook.




Libya & GADDAFI ...FACTS THAT CANT BE DENIED
1. There is no electricity bill in Libya; electricity is free
for all its citizens.


2. There is no interest on loans, banks in Libya are
state-owned and loans given
to all its citizens at 0% interest by law.


3. Home considered a human right in Libya –
Gaddafi vowed that his parents
would not get a house until everyone in Libya had a
home. Gaddafi’s father has
died while him, his wife and his mother are still living
in a tent.


4. All newlyweds in Libya receive $60,000 Dinar (US$
50,000 ) by the government
to buy their first apartment so to help start up the
family.


5. Education and medical treatments are free in
Libya. Before Gaddafi only 25%
of Libyans are literate. Today the figure is 83%.


6. Should Libyans want to take up farming career,
they would receive farming
land, a farming house, equipments, seeds and
livestock to kick- start their farms
– all for free.


7. If Libyans cannot find the education or medical
facilities they need in Libya,
the government funds them to go abroad for it –
not only free but they get US
$2, 300/mth accommodation and car allowance.


8. In Libyan, if a Libyan buys a car, the government
subsidized 50% of the price.


9. The price of petrol in Libya is $0. 14 per liter.


10. Libya has no external debt and its reserves
amount to $150 billion – now
frozen globally.


11. If a Libyan is unable to get employment after
graduation the state would
pay the average salary of the profession as if he or
she is employed until
employment is found.


12. A portion of Libyan oil sale is, credited directly to
the bank accounts of all
Libyan citizens.


13. A mother who gave birth to a child receive US
$5 ,000


14. 40 loaves of bread in Libya costs $ 0.15


15. 25% of Libyans have a university degree


16. Gaddafi carried out the world’s largest irrigation
project, known as the Great
Man-Made River project, to make water readily
available throughout the desert
country.


>>>>>>>>>>>>>>ID


is this..who you call a monster? the news made him look like how most of us do.but the same source as to who the media belongs to are the same people that killed him.half of us could agree that the media's pure bullshit,don't we..i refuse to believe that cruelty is an attribute alongside humanity.today's day an age is an age we call ZAMAN FITAN,the age of LIES.




Dah baca? Amacam? Eh terlupa nak cakap, Gaddafi ni salah satu pemimpin Islam yang digeruni oleh pro barat. Dah lama mereka memusuhi Gaddafi disebabkan beliau mengaku menjadi suara beliau kepada dunia, bahawa beliau telah bangun menentang tentera salib NATO, bangun menentang kezaliman, bangun menentang pengkhianatan, bangun menentang Barat dan cita-cita penjajahan mereka, dan Gaddafi telah bangun menentang bersama-sama saudara-saudara Afrika, saudara-saudara Arab dan Muslim yang sejati, sebagai obor. 



Apabila yang lain membina istana, beliau tinggal di dalam rumah yang sederhana, dan di dalam khemah. Beliau tak pernah lupa masa mudanya di Sirte. Beliau tidak membelanjakan harta negara sewenangnya. Dan seperti Salahuddin, pemimpin Islam kita yang hebat, yang telah menyelamatkan Baitulmaqdis untuk Islam, beliau mengambil hanya sedikit untuk beliau.


.Pesanan Kolonel Mu'ammar Gaddafi.




.Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang..


Selama 40 tahun, atau adakah ia lebih lama, saya sudah lupa, saya telah lakukan semua dengan memberikan kepada rakyat rumah-rumah, hospital-hospital, dan apabila mereka lapar, saya berikan mereka makanan. Malah, saya telah merubah Benghazi menjadi sebuah tanah ladang daripada sebuah padang pasir. Saya telah bangun dari serangan koboi (Ronald) Reagan (bekas Presiden AS), apabila dia telah membunuh anak angkat saya yang yatim piatu. Dia telah cuba membunuh saya. Namun dia telah membunuh anak yang malang itu. Kemudian saya telah membantu saudara-saudara saya dari Afrika dengan memberi wang kepada Kesatuan Afrika.


Saya telah lakukan semua yang saya mampu untuk membantu rakyat memahami konsep sebenar demokrasi, di mana Majlis Rakyat mentadbir negara kita. Tapi itu semua tidak pernah cukup. Seperti beberapa orang telah membertahu saya, walaupun rakyat mempunyai 10 buah rumah, pakaian-pakaian baru dan perabot, mereka tidak pernah akan berpuas hati. Dengan mementingkan diri sendiri, mereka mahukan lebih. Mereka telah memberitahu orang Amerika dan orang asing lain, mereka memerlukan 'demokrasi' dan 'kebebasan' tanpa menyedari ia adalah sistem yang akan 'menyembelih leher' mereka, di mana anjing yang lebih besar akan memakan kesemuanya. Namun, mereka terpesona dengan kata-kata, tanpa menyedari di Amerika, di sana tiada ubat-ubatan percuma, tiada hospital percuma, tiada rumah percuma, tiada pendidikan percuma dan tiada makanan percuma. Kecuali apabila mereka terpaksa mengemis atau beratur panjang untuk mendapatkan sup.


Tidak.. Apa pun yang saya telah saya lakukan, ianya tidak pernah cukup untuk sesetengah orang. Tapi bagi yang lain, mereka tahu saya adalah 'anak' kepada (Presiden) Gamal Nasser, satu-satunya orang Arab dan pemimpin Islam yang kita ada selepas Salahuddin (al-Ayubi). Apabila beliau mengembalikan Terusan Suez untuk rakyatnya, seperti mana saya mengembalikan Libya, untuk rakyat saya, ia adalah langkahnya yang saya cuba ikuti. Untuk memastikan rakyat saya bebas dari dominasi kolonial - daripada pencuri-pencuri yang mahu mencuri dari kita.


Kini, saya telah diserang oleh kuasa tentera terbesar dalam sejarah ketenteraan. Anak Afrika saya yang kecil, Obama mahu membunuh saya, untuk merampas kebebasan negara kita, untuk merampas rumah percuma kita, merampas ubat-ubatan percuma, pendidikan percuma, makanan percuma, dan menggantikannya dengan cara mencuri gaya Amerika, dipanggil 'kapitalisme'. Tetapi kesemua kita di Dunia Ketiga tahu apa maksudnya. Ia bermaksud beberapa pihak mentadbir negara-negara, mentadbir dunia, dan rakyat menderita. Jadi, tiada alternatif untuk saya. Saya mesti mengambil keputusan, dan Insya-Allah, saya akan mati mengikut jalan-Nya, jalan yang telah menjadikan negara kita kaya dengan ladang-ladang, dengan makanan dan kesihatan, dan membolehkan kita membantu saudara-saudara Afrika dan Arab untuk bekerja dengan kita di sini, di Libya Jamahiriya.


Saya tak berhajat untuk mati. Tapi jika sampai ke situ, untuk menyelamatkan tanahair ini, rakyat saya, kesemua ribuan anak-anak saya, maka biarlah.


Biarlah pengakuan ini menjadi suara saya kepada dunia, bahawa saya telah bangun menentang tentera salib NATO, bangun menentang kezaliman, bangun menentang pengkhianatan, bangun menentang Barat dan cita-cita penjajahan mereka, dan saya telah bangun menentang bersama-sama saudara-saudara Afrika, saudara-saudara Arab dan Muslim yang sejati, sebagai obor. Apabila yang lain membina istana, saya tinggal di dalam rumah yang sederhana, dan di dalam khemah. Saya tak pernah lupa masa muda saya di Sirte. Saya tidak membelanjakan harta negara sewenangnya. Dan seperti Salahuddin, pemimpin Islam kita yang hebat, yang telah menyelamatkan Baitulmaqdis untuk Islam, saya mengambil hanya sedikit untuk saya.


Di Barat, sesetengah telah menggelar saya 'gila', 'hilang akal'. Mereka tahu kebenarannya tetapi masih mahu terus berbohong. Mereka tahu tanahair kita merdeka dan bebas, tidak berada dalam genggaman penjajah. Itulah wawasan saya, jalan saya yang telah saya jelaskan untuk rakyat dan saya akan lawan sehingga ke hembusan nafas saya yang terakhir untuk memastikan kita bebas. Semoga Allah Maha Besar membantu kita untuk kekal setia dan bebas.


***********************************************************




Muammar Gaddafi bukanlah seorang pemimpin yang sempurna. Namun, banyak jasa telah dicurahkan untuk memberikan hampir segala-galanya kepada rakyat Libya. Kini semakin banyak manusia di luar sana yang sedar sebenarnya di Libya, rakyatnya menikmati pelbagai kemudahan yang lebih hebat berbanding negara-negara lain yang mendakwa lebih maju dan lebih kaya dari Libya.






Aku mula terfikir, jika dengan pelbagai nikmat yang telah diberikan, apa lagi yang rakyat Libya mahukan? Adakah ini balasan Allah SWT kerana mereka tidak bersyukur? Adakah Libya akan lebih makmur selepas ini?




Wahai orang-orng yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya. (Al-Baqarah: 172)




Wallahualam..




*Tulisan asal berbahasa Inggeris dipetik dari www.mathaba.net
*Diterjemah ke dalam BM dari BI oleh Kamairahsa.
*Silakan share di wall anda.




XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

23 ulasan:

BiQa HatmiN berkata...

sy pun tgh mencari info2 tentang gadafi ni..dari pelbagai aspek.. yelah kdg2 terlepas isu semasa rasa mcm lost jap..haha..thanks info :)

NURUL ASHIKIN berkata...

sana sini blog bercakap pasal ghadaffi.. menitis air mata .. atas kekejaman rakyat sendiri

Namee Roslan berkata...

namee tak faham la psl Gaddafi ni sbb most of the info semua negative. namee pun tak faham sbb namee pun ada baca gak psl yg azza post tu. byk gak kebajikan dia.

chekgu kechik berkata...

kerana fitnah Barat, ada umat islam sendiri yg mganggap muammar ghadafi sbg pemimpin yg kejam..

Paris Lipton berkata...

barat mmg keji....suka putar belit... dunia akhir zaman....eeeeeeee

naim berkata...

:)

Bagus Azza.

lepas ini target. Negara iran pula..

yana halim berkata...

fitnah bermaharajalela di akhir zaman. salah satu tanda2 hari kiamat. al-Fatihah untuk Gaddafi...

Dhia BellamiZam berkata...

ish x phm sungguh psal gaddafi ni..mcm2 cite ade..most story yg Dhia da bce mcm (-) je..hmm

-atiQah- berkata...

mmg ramai yg percaya dengan berita dari barat. pemimpin Islam dianggap pengganas. mak sy bru je bercerita kepada sy ttg Gadaffi. kesian dia..dianianya rakyat sendiri.

FaKArePa!n berkata...

barat telah berjaya membusukkan nama Gadaffi..

sue perbs.. berkata...

hmm.. bahaye nye fitnah ni.. kdg2 tk tau mana satu nak pcaye

salwaismail berkata...

sekarang baru faham. sebelum ni baca, diaorang cakap gadaffi ni jahat sangat. sampai confused, dia ni baik ke jahat sebenarnya.

salwaismail berkata...

sekarang baru faham. sebelum ni baca, diaorang cakap gadaffi ni jahat sangat. sampai confused, dia ni baik ke jahat sebenarnya.

salwaismail berkata...

sekarang baru faham. sebelum ni baca, diaorang cakap gadaffi ni jahat sangat. sampai confused, dia ni baik ke jahat sebenarnya.

salwaismail berkata...

sekarang baru faham. sebelum ni baca, diaorang cakap gadaffi ni jahat sangat. sampai confused, dia ni baik ke jahat sebenarnya.

Cik tikah berkata...

sokong! cik tikah pun asyik kena fitnah je skrg :(

♥ J-ATIEEKA berkata...

serius adik ingat gadafi ni jahat . thanks for info kak :)

Cik Yuyun Nadira berkata...

fitnah sana sini,kekejaman merata2 , skrang mybe fasa islam ditindas . tp bla islam dah bangkit semula masa tu la tanda nya kiamat dah tiba .

thnks follow ya , follow u back :)

Denaihati berkata...

masalah yg aku nampak, media kita pun ikut laporan media luar yg -ve. secara x langsung rakyat M'sia memandang -ve jugaklah.
p/s: cerita yg baik2 aje utk org yg dah meninggal.

Siti Aisyah Alias berkata...

Assalamu'alaikum Azza mintak share..nanti saya letak kredit :)..

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

Boleh aisyah... silakan. Azza tak disable copy paste dan highlight pun. Azza pun amik dari facebok dan penerangan jadi hati nurani sendiri yang tak sehebat mana.

Tanpa Nama berkata...

kalo benar dia baik knape rakyatnye menentang dia... fikir... brapa banyak duit rakyat dia rakus... brapa sgt je rakyat dia dpt... 40 thn berkuasa... akhirnye Allah menghancurkan ditaktor gadaffi...

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

nak tentang tu biasa lah kan. even kat malaysia pun ramai tak suka najib. Tapi sampai hina jenazah dia.... dalam islam tak pernah ajar mcm ni.