05 Oktober 2011

Blogger Poyo Buat Banyak Blog

Salam, 


Orang lain buat banyak blog, kau pun nak buat juga.
Orang lain buat blog contest, kau pun nak ikut.
Orang lain buat blog tutorial, kau tak reti berangan je lebih.





Huhu jangan salah anggap. Kata nista itu ditujukan khas buat blogger poyo Si Chempaka Sari. Nak tau tak, beliau baru baru ni telah membazirkan masanya dengan membuat satu lagi blog. Hmm bukan blog gosip, blog contest atau blog kisah cinta tapi blog berunsur ilmu dan tips tips wajar.





Tujuan utama Azza buat blog ni nak menyampaikan ilmu dari pengalaman Azza sendiri dan pengalaman blogger-blogger lain. Ingat tu, dari pengalaman BLOGGER LAIN juga. Azza belum cukup mahir dalam berbelog, cukuplah dengan buat revision dari blogger lain juga yang telah berjaya.




Motivasi saya buat blog ni adalah kerana dari kekesalan lampau yang mengakibatkan kerugian kepada diri sendiri juga. Masa mula-mula buat blog Chempaka Sari, Azza blur gila main hentam saja. Masa tu serius ingat blog macam diari untuk sendiri baca. Rupanya blog juga boleh di share dengan orang lain dan banyak kebaikan yang boleh dipelajari dari berblog.




Target blog Tips Belog ni adalah khas buat blogger-blogger baru. Ceh macam lah saya ni lama sangat, baru 9 bulan buat blog dah bajet senior. Bukan apa kalau boleh tak nak blogger-blogger baru ulang balik kesilapan Azza semasa membawa hala tujuan blog Chempaka Sari dulu. Serius tak nak!




Kawan-kawan yang sentiasa support Blog Chempaka Sari, marilah support blog Tip Belog juga ya. Cian dia baru ada 11 orang kawan je. Hihi. Dan oh ya! Nak umumkan satu berita penting, sapa yang singgah ke sini dan ia pelawat ke 100,000 sila lah print skrin dan letaknya di entry kamu. Chempaka Sari nak review blog kamu dan nak bagi hadiah iaitu satu set mandian Lavender Purple yang dibeli di kedai Boots, London. Selamat ye. Dan sebarkan...




XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

16 ulasan:

tnZackJ berkata...

teruskan usaha ya cik azza

farhan berkata...

hoho..harapdpt jadi pelawat ke 100,000 tu

FaKArePa!n berkata...

usaha y murni ni Azza.. sharing is caring.. huhuh

Niza Romli berkata...

Oke, jom terjahhh Tip Belog azza!! Hehe...takpe nak buat blog byk2 pun.
Semoga terus maju :)

NUR AMINA berkata...

Ingatkan blogger mana yang poyo tu! hehe kutuk diri sendiri rupanya. OK akak akan kongsi Tips Belog tu dgn kwn2 yang baru nak mula berbelog.

Paris Lipton berkata...

nk jd plawat yg ke 1juta lah...hihi

to'wan berkata...

Hehe.. ingatkan saya yg masuk dalam blogger poyo tu pasai punya banyak blog... Berkesempatan, jemput singgah kat blog saya yg ni:

http://katajiwa-jiwakata.blogspot.com/

sue perbs.. berkata...

tkpe buat2 bnyk2 blog.. sy pon ade buat lgi 2 blog.. tpi tk aktif pon.. gatal nk bnyk2 blog

naim berkata...

semoga manfaat.. ^^

Aimie Diyanna Benignant berkata...

Chill jelahkan.. Aime pun ada buat 2 blog.. hik2..

puanbee berkata...

dah follow sana , follow sini juga.. nak review tu

iedaurora berkata...

da tips mmg bagus for all blogger ^_^

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

itulah harap harp memberi manfaat, saje baut nak asingkan dari blog ni kalau tak serabut sangat. Pada masa yang sama nak jugak share ilmu.

[sutera kasih] berkata...

wowww..bestnya blog tips..blh singgah nti :)

CikNuwairah berkata...

cepat buat..nk terjah nih..^_^

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

hehe cik nuwairah dah buat dah, umuer blog tersebut dah 3 hari.. baby lagi...