26 November 2011

Kenapa Minat Twillight.

Salam, 


Kelihatan cliche bukan? Minat Twilight. Tengok Twilight. Baca Twilight.


Saya tulis ni bukan sebab saya peminat tegar pun. Baru ni lah saya google gambar Bella dengan Edward ni sebab nak masukkan dalam entry. Saya tulis pun sebab nak menjawab soalan sinis, "Kenapa Minat Twilight".



Kalau ikut emosional, bolehlah saya menjawab "suka hati lah, korang layan running man terkekeh gelak kuat-kuat ada aku kesah"

Tapi tidak tidak, saya tak pernah tefikir pulak begitu, ini jawapan rasional saya.

Bagi saya cerita ni 'rare'. Kalau filem Melayu biar buat cerita teknologi tinggi , lain dari yang lain baru kita rasa syok. Tapi kalau cerita omputeh, bila dia buat benda lama ni yang saya rasa syok. Kira macam pemikiran lama lah.

Penulis novel dia perempuan. No wonder dia menulis sama dengan hati perasaan kami orang perempuan. Dia tau apa yang perempuan nak dan impikan. Novel dia ditulis dengan kata ganti diri pertama, kira macam novel tu diari Bella.


Macam biasa kalau bagi omputeh peliknya, pakwe makwe masih teruna dan dara. Tapi Twilight iya. Mereka mengekalkan teruna dan dara. Rare kan? Dan ini cara orang lama. 

Pastu, mana ada adegan minum minum arak, hisap rokok, disko... diorang dating dalam hutan celah celah baru dan bunga liar. Pastu diorang borak borak. Pemandangan sangat cantik! Paling suka bila Edward bawak Bella jalan jalan dari pokok ke pokok yang tinggi. 


Borak borak pulak tu tak guna bahasa straight dan kotor macam cerita omputeh lain. Yang ni macam puitis sikit. Maksud mendalam. I like. Lagi satu background muzik pun sedap, terutama lagu Edward Piano dan River Flow In You.

Ni muzik yang edward mainkan kat bella, ulang scene ni 80 kali sehari masa mula mula dulu. Roomate saya pun perasan. Silalah tengok, dijamin tiada adegan terlarang. Klip 3P filem kita lagi teruk. Huhu.


Hero tak gatal, lebih cool, tak buat lawak bodoh dan misteri juga.
Heroin tak seksi, selekeh, cuai, kaku dan pemalu. Semua macam saya je.

Hoho menjawab soalan tak ye "Kenapa Minat Twilight". Okay lah tu kot.
Ok bye.


** Buat hater Twilight jangan komen harsh ye. Pergi cari peminat obses Twilight kalau nak gaduh.




XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

19 ulasan:

.ain. berkata...

ain suke tgk twillight sebab jalan cite die. best.

niezam berkata...

latar tempat sangat menarik. cantik sangat. dorang shooting kat canada kan.

latar masyarakat, pun menarik. masyarakat yang harmoni gitu. dh namenye rural area kan.

bukan sebab jacob ek awk suke twilligt? hehe. *ok, gurau*

sue perbs.. berkata...

masing-masing ada minat sndiri kan.. hmm.. sy nak kata minat sngt tk lah tpi klu ade org nk blanje tngk cite ni sy on je.. hehe

Botak berkata...

cerita kalau penuh dengan aksi plus jalan cerita menarik baru syok tonton., filem m'sia skrg ni hantu je memanjang., hambar woo..

Paris Lipton berkata...

tp kan xpuas hati lah xseindah mcm dlm buku...nk try tgk ombak rndu plak acane...

Saiazuan berkata...

huhu minat yg awl2 je, yg bru ni blum tgk lg.. tp ada minat nak tgk, insyaAllah tgk la nanti :D

missbby berkata...

betul..kita pun nak nengok citer ni hari ni ke esok..penulis citer ni tau kehendak dan imaginasi perempuan..hehehe

Niza Romli berkata...

mmg dok dengar orang sebut Twilight...twilight tapi tak tahu lgsg psal ni. Ingat wayang je semata...hehe jakun tak?

BiQa HatmiN berkata...

breaking down// :) weeeee..hahaha

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

@.ain. azza pun suka, menarik rasanya..

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

@niezam hihi saya tak delah suka kat jacob sangat, biasa2 je.

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

@sue perbs.. sapelah nak belanja tu, bf mungkin.. (best friend)

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

@Botak cerita hantu tu tema dia, kalau jalan cerita hantu tu menarik best apa..

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

@Paris Lipton nak sama dengan novel tu susah lah sikit. kalau seribu orang baca seribu jenis imaginasi. tapi twilight ni not bad lah..

Oh, saya baca ombak rindu dan suka sangat, tapi takmau expect apa2 kat filem dia. serius tak nak..

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

@Saiazuan saya pun minat sangat kat first movie dia..

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

@Niza Romli dia ni movie adaptasi dari novel. cenggitu lah ceritanya..

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

@missbby cerita cinta ni kasi perempuan yang tulis baru best hahaha..

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

@BiQa HatmiN breaking dawn ler... hehehe

Oh Hani Rrisffa berkata...

huiii..sama la kta minat twilight^^