10 Jun 2012

Random : Segala Makanan Dalam Handphone

Assalamualaikum,




Motif nak update pasal gambar makan makan?
Memang tak ada motif pun, sesaja ja diari la katakan.
Lagipun gambar2 ni nak dibuang since hp da penuh.




So kat bawah ni gambar makanan pertama kalau ikut turutan.
Pavlova masa Teha mula mula buat.
Hello ni baru percubaan tau.
Dia ingat tak jadi.. sekali amik ko, siap bagi kat jiran sebelah.
Tak tipu seriyes.
 


Hah benda ni mesti ramai dah tau.
Crepe Hot n Roll. Saya suka Pizza Beef.
Asal lalu je kat kiosk dia, saya mesti buat muka comel. *kengkonon*
Dengan harapan ada yang sudi belanja  (^_^)




Masa update entry ni memang craving sangat kat red velvet cake.
Bila tengok gambar red velvet buatan sendiri tetiba hilang selera muahaha!
Main tepek je krim kat kek macam tepek kaya atas roti.
Lantak... sebab bukan nak present kat sapa-sapa pun.



Buat red velvet cake masa mama puasa sunat.
Tengok mama tengah mengaji sementara tunggu azan.




Ohh yang ni paling sedappppp :p
Salmon Steak kat flavour cafe kat awana.
Dengan ice cream robin perisa pistachio.
Dah la masa ni lapar gila.  Lepas main badminton pukul 11.30 mlm.
Saja order ice cream awal sama dengan  main course.
Sebab dari kecik memang suka ais krim cair. tak tau la kenapaaaa....



Paling sadis. Dah la tak ada duit.
Dengan harapan masak maggie untuk alas perut.
Sekali ada serangga kering dalam perisa dia tu. Errr...
Terus la snap apa lagi!

Nampak tak serangga tu? Ala hp murah tak clear.


Breakfast KFC dalam train ke Ipoh.
Err keretapi tak gerak lagi tapi dekat nak habis jugak lah makanannya haha!



Kalau bukan kat hotel memang tak beli la coco crunch kan?
Budak kecik pun dah takda kat rumah.
So setiap kali pergi mana mana buffet mesti ni meal yang first akan diambil.



Tak sedap...!
Tak suka la benda alah ni apa nama  kenny rogers roaster?
Tiap kali makan pun sebab dengan kengkawan je.
Depa suka. Tapi air dia suka lah, siap minta extra whipping cream.
Nasib dia layan je. Tapi dalam gambar ni banyak sebab dah kena sedut. Ngee~~




Epic sangat kot Nasi Ayam Penyet ni kat gombak.
Silalah rasa!! Dengan air sekali baru rm6.00.
Memang Ayam Penyet paling sedap kot saya rasa.
Tambah epik bila minum air Extra Jus Anggur.
Kengkadang singgah kedai ni untuk bungkus air dia je time haus.

Letak kicap bertambah la sedap!


Inilah dia...
Bawang masak paprik.
Bawang masak kicap.
Dan bawang gorang ikan masin.
Nasib dia tak bagi jus bawang.
Pitam...



Tapi walau lauknya sikit, rasa still sedap.




Telur Adam kat Kampung Baru.
Rm8.00 , serius not recommended. Tak sedap pun.
Jangan tanya kenapa nama dia Telur Adam.
Tak payah nak kesian kesian kat Adam.
Masa memula sampai Telur Adam ni   "wahhh sukanya sayur taugeh....!"
Sambil tangan di bahu, mata ke atas.
Erkk.


Sekian entry tak ada motif.
Saja share suka dan duka bersama makanan.
Sekian, dari makcik bedah si kuat makan.




** ada sesiapa tau tak kenapa tulisan kat blog ni kejap besar kejap kecik? rimas la.


XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

8 ulasan:

Teha Nur Fateha berkata...

pavlova-lova.. datangla ke Tehadessert ye! =)

Razman Kamarudin berkata...

wow... suka makan ke? #eh mestilah suka makan kan? kalo xsuka bukan manusia... hehe

naim berkata...

maggi 2 brand apa? ce citer. :P

maszull berkata...

assalamualaikum azza...sedap2nya makanan tu...:)

Rapunzeel Cikilolo berkata...

dlm megi ada ulat?

Puteri Iqa Izyan berkata...

banyaknye makanan. dah la tgh lapar ni. huhuhu ><

Azza Azman berkata...

@naim maggie tu jenama maggie la... haha...

Azza Azman berkata...

@Rapunzeel Cikilolo boleh la dikatakan ulat, tapi yang terbang2 punya... macam serangga terbang, macam kerawal tu.