28 Jun 2012

Fakta Diputarbelitkan Oleh PETKNODE by Shah Dolores

Assalamualaikum, 


Saya tolong share sahaja artikel dari Shah Doroles 
Sebab bersimpati sangat kat nasib kucing-kucing ni. 
Tah berapa hari diorang tak makan minum, 7 ekor mati dalam kedai PetKnode.
Ini tulisan dari Shah Dolores si Pencinta Haiwan.

............................................................................................................................................


Terdahulu, peguam mereka, Syariful Nizam Shahruddin ketika mengemukakan rayuan berkata, perbuatan dilakukan Shahrul Azuwan dan Yushairi cuma satu bentuk pengabaian dan bukannya kezaliman atau penderaan.

 “Tiada penderaan fizikal terhadap semua kucing di bawah jagaan mereka, sebaliknya pengabaian berlaku hanya kerana kekurangan kakitangan ketika cuti hari raya tahun lalu.

“Mahkamah juga perlu mengambil kira soal tanggungjawab moral yang dilakukan mereka kerana ketika kedai lain tidak boleh menerima kucing untuk dijaga, mereka tidak sampai hati menolak permintaan pelanggan,” katanya. PETIKAN DARI HARIAN METRO.


          Pengabaian & bukan kezaliman..anda dpt terima statement ni??? Seminggu sebelum tarikh perbicaraan kes kekejaman petknode boarding centre, hati saya berasa gusar. Gusar kerana memikirkan 1 lagi kes kekejaman haiwanakan dibawa ke mahkamah tetapi hukumannya pasti hanya denda maksimum rm200 atau penjara 6 bulan atau kedua2nya sekali. Akta haiwan 1953 memang langsung tidak boleh digunapakai lagi. Adakah nyawa seekor kucing/anjing atau haiwan lain bernilai rm200??? Bil2 rumah saya yang dibayar setiap bulan pun lebih dari itu! Bukan kita mau menilaikan harga nyawa seekor haiwan tetapi apabila denda hanya serendah rm200, makin byklah berlaku kekejaman haiwan di malaysia krn saya percaya budak sekolah pun mampu utk bayar denda tu!


           Berblk kepada perbicaraan kes petknode pada 12 june 2012, untuk pengetahuan semua, mereka telah menukar pengakuan dari tidak bersalah kepada bersalah, 5 hari sebelum perbicaraan dijalankan. Saya ada di dlm court room semasa 30 pertuduhan dibacakan kepada mereka. Sikit pun tiada raut sesalan di muka mereka. Muka relax habis. Saya plak 2-3 kali bergenang airmata bila pertuduhan dibacakan sbb teringat peristiwa 4 sept 2011 & betapa susahnya nak membela nasib haiwan yang teraniaya di malaysia ni. Hanya 7 org saja dari pihak kami yg berpeluang masuk ke dlm court room smlm dsbbkan tmpt yang terhad & 7 org ni hampir pitam bila banyak fakta diputarbelitkan oleh lawyer mereka.


SALAH SATU FAKTA YG DIPUTARBELITKAN OLEH MEREKA & LAWYER MEREKA ADALAH "TIDAK ADA SEEKOR PUN KUCING YANG DITEMUI MATI SEMASA PREMIS DIPECAHKAN. KUCING-KUCING ITU MATI SELEPAS DIPULANGKAN KEPADA TUAN MASING-MASING & PETKNODE TIDAK BOLEH DIPERSALAHKAN SEPENUHNYA DALAM HAL ITU"


          Apa perasaan anda? Saya berada di tmpt kejadian & melihat dgn mata kepala saya sendiri kucing2 itu mati dlm keadaan yg sgt mnyedihkan. Pada hari kejadian, saya juga yg meminta seorg volunteer lelaki menyimpan 2 ekor kucing yg mati di dlm fridge sementara menunggu tuannya dtg. Saya sendiri yg bawa tuan kucing2 itu ke fridge utk membuat pengesahan adakah kucing2 yg mati itu milik beliau. Saya jugalah yang telah mengambil nama, i.c & no tel tuan kucing2 malang itu dan menasihati beliau untuk mendapatkan laporan bedah siasat dari veterinar.

 Ibu & anaknya yang telah mati mengadap & berpelukan antara satu sama lain. Mereka dikeluarkan dari dalam premis Petknode selepas dipecahkan. Owner telah datang untuk menuntut kucing2 ini pada petangnya.


          Selain 2 ekor kucing yg mati di dpn saya (ibu & anak kucing yg mati mengadap & berpelukan antara satu sama lain dalam keadaan yg memilukan), ada lagi 5 ekor anak kucing yg mati. 4 ekor mati di dlm premis & ada di antara mereka yg badannya dah melekat di atas lantai kerana mungkin telah mati lebih dari 3 hari, seekor mati di dlm cage (ibu & 3 ekor adik beradiknya masih hidup di dalam cage yg sama) & badan anak kucing itu pun telah melekat di besi cage. Dapatkan anda bygkan betapa sebak & hancurnya hati kami apabila 7 ekor kucing yg tak berdosa ini mati di dalam jagaan petknode dan mereka menafikannya di dalam court room dengan mengatakan tidak ada seekor pun kucing yg mati di premis mereka pada hari kejadian??? Ini yang 7 ekor, ada beberapa ekor lagi mati apabila sampai di rumah tuan masing2 menjadikan jumlah kesemuanya berbelas ekor yang mati akibat ketahanan badan yg semakin lemah kerana tidak diberi makan & minum dalam tempoh masa yg lama dan juga virus yg diperolehi dari petknode.

 Seekor kitten bewarna putih mati di dalam cage. Ibu & 3 ekor adik beradiknya masih hidup.


          Adakah ini yang dikatakan pengabaian & bukan kezaliman? Tapi di mana hak kami untuk bersuara? Di mana hak kami untuk membela nasib kucing2 yang diseksa kejam ini? Kami buntu bagaimana untuk mendapatkan keadilan bagi kucing2 comel yg tak bersalah ini. Kucing2 ini tidak boleh bercakap, jadi kamilah yang menjadi suara mereka, kamilah ibubapa mereka, kamilah yang ingin menuntut keadilan buat mereka biarpun kebanyakan pemilik kucing tidak mahu memberi kerjasama sewajarnya sepanjang kes ini berlangsung. Dari 60 pemilik kucing, hanya 10 orang saja yg benar2 mahu menuntut keadilan bagi si comel mereka. Bukan duit yang dipersoalkan di sini tetapi tempoh penyeksaan & trauma yang dilalui oleh kucing2 yang terlibat mesti dituntut bela seadil-adilnya.

 Kitten yg mati di atas lantai di dalam premis Petknode


          Ya, hukuman allah lah yang maha adil tetapi hukuman dunia juga haruslah setimpal dengan perbuatan yg telah dilakukan. Maaf, hanya ini yang mampu saya ceritakan setakat ini kerana hukuman belum lagi dijatuhkan & saya tidak mahu mengganggu proses mahkamah. Insyaallah, selepas kes ini selesai, saya akan menceritakan semua fakta yang diputarbelitkan oleh mereka di mahkamah.saya menyeru kepada semua pencinta haiwan, pemilik haiwan, volunteers, rescuers dan semua rakyat malaysia yang benar2 mahukan keadilan untuk si comel yang tidak bersalah yang menjadi mangsa dalam kes ni & juga untuk membela nasib haiwan2 lain yang dizalimi di luar sana supaya datang memberi sokongan pada 28hb jun 2012, pukul 9 pagi bertempat di mahkamah majistret petaling jaya dengan memakai baju merah.

 Kitten yg mati di atas lantai di dalam premis Petknode


          Pada hari itulah nanti hukuman akan dijatuhkan. Ini antara kes kekejaman haiwan terbesar di malaysia & adakah anda hanya memilih untuk duduk di dpn pc/laptop/ipad untuk membela nasib mereka? Luangkanlah masa anda beberapa jam untuk memberi sokongan di mahkamah nanti kerana dengan beberapa jam itu anda mungkin boleh mengubah nasib haiwan2 di malaysia pada masa hadapan. Kepada 2 owner petknode, tipulah selagi kamu blh tipu. Mgkn kamu lupa allah maha mengetahui, allah maha melihat. Mungkin kamu juga lupa kucing2 yg mati itu blh bercakap di sana nanti. Muka kamu jelas menunjukkan yg kamu lgsg tidak ada rasa bersalah dlm kes ni.

Kitten yg mati di atas lantai di dalam premis Petknode.


          Saya memerhatikan kamu sepanjang perbicaraan smlm. Kamu & ahli keluarga kamu menjeling & memandang sinis pada kami. Salah seorg ahli keluarga kamu juga telah berlaku biadap pada kawan kami kerana mengambil gambar kamu. Ahli2 keluarga kamu yg lain juga telah menolak semua camera dari media yang mengambil gambar. Tapi takpe. Sikitpun semangat kami tak tercalar dalam perjuangan ini. Macammana pun kamu sakiti hati kami, takkan sama dengan penderitaan & trauma yang dialami oleh kucing2 comel yang dizalimi oleh kamu!


            Takkan sama dengan nyawa kucing2 yang tak bersalah yang diragut kejam oleh kamu!  Hanya kerana mereka makhluk yg lemah & tidak boleh bercakap, kamu aniaya mereka sesuka hati kamu.  Kamu boleh tersenyum riang sepanjang berada di mahkamah seolah2 kamu gembira dengan perbuatan kamu yg keji itu. Tidak ada langsung permohonan maaf diungkapkan kepada semua yg hadir semalam sedangkan kamu boleh berbuat begitu kalau kamu mahu.

 Kitten yg mati di atas lantai di dalam premis Petknode


           Perasaan marah atas apa yg kamu lakukan pada kucing2 itu akan saya pendam sehingga nafas saya yg terakhir. Di sini saya sertakan bukti gambar2 kucing yang mati semasa premis petknode dipecahkan pada 4 sept 2011. Anda nilaikan sendiri. Kalau hati dah hitam, dalam mahkamah pun boleh menipu.KEPADA MANGSA2 PETKNODE YANG TELAH PERGI MENINGGALKAN KITA, DAMAILAH KAMU SEMUA DI SANA SAYANG, DI SISI PENCIPTA YANG MAHA AGUNG..MAAFKAN KAMI SEMUA SEKIRANYA KEMATIAN KAMU TIDAK DAPAT DIBELA DENGAN SEADIL2NYA TAPI KAMI AKAN MENCUBA SEDAYA UPAYA..KAMI SEMUA TAKKAN PERNAH DAPAT MELUPAKAN KAMU..



          Ibu & anaknya yang telah mati mengadap & berpelukan antara satu sama lain. Mereka dikeluarkan dari dalam premis Petknode selepas dipecahkan. Owner telah datang untuk menuntut kucing2 ini pada petangnya.Kitten yg mati di atas lantai di dalam premis PetknodeKitten yg mati di atas lantai di dalam premis PetknodeKitten yg mati di atas lantai di dalam premis PetknodeKitten yg mati di atas lantai di dalam premis Petknode
Kitten yg mati di atas lantai di dalam premis Petknode

Source by Shah Doroles



............................................................................................................................................



Pada pendapat saya tak tak berapa gemarkan kucing tapi idak le sampai benci, biarlah Mahkamah lakukan kerja mereka. Mereka lebih berpengalaman. Kalau betul Petknode bersalah, mereka akan dihukum. Kalau hukuman yang dijatuhkan tak cukup berat hanya RM200 sahaja, tak apa hukuman Allah bakal menanti. Kucing ni haiwan kecintaan Rasulullah dah sahabat sahabat baginda. Kalau bukan kucing pun, haiwan lain pun tak sepatutnya diperlaku sebegini. Wallahualam.


XOXO, Azza Azman 
Jika Suka Jom LIKE

6 ulasan:

Ikr@m berkata...

kucing pon makhluk Allah jugak.kesian kat kucing2 tu.

Kazen berkata...

kesian tgok kucing2 tu....hurmmm dah laa comel ..

AsyieqiN Rkey berkata...

bukan pecinta kucing...tapi tak sanggup la kot naye binatang kan..kesian sangat2 tengok...

maszull berkata...

assalamualaikum azza....sedih dan kesian nyer tengok kucing2 tu mati mcm tu je...hanya Allah yg maha mengetahui segala-galanya...:(

Hani El Zahra berkata...

i heard denda cuma 12k...maybe 6k each kot but i think this isn't fair at all...kalau 12k plus jail 10 tahun ke...seumur hidup ke ok gak...

naim berkata...

ish2

manusia x pandai jaga, kesian binatang 2, bila akhirat kelak, mesti kucin2 comey akan menuntut hak mereka di hadapan Allah