23 Jun 2012

Memori Cekodok Hampas Soya

Assalamualaikum, 


Tetiba mood sedih nak dekat ramadhan ni.
Padahal teringan benda yang sweet. Sweet sangat.
Tadi terfikir nak berniaga la bulan ramdhan.
Mana tau Allah bagi rezeki berlipat ganda.
Tapi tak tau nak berniaga apa.
Takkan nak jual cekodok je kan.


Sweet sangat sebab masa darjah 3 dulu kami sekeluarga pernah berniaga.
Berniaga jual kuih muih je untuk bukak puasa.
Kecik kecik je pun tapi best la.
Walau bukan saya yang masak tapi terasa bahang betapa sibuk nya menjelang petang.
T__T


Mama balik sekolah terus siap siap kan diri dan masak.
Macam macam kuih tau termasuk la cekodok soya.
Air soya jual, hampas soya buat cekodok.
Sedap sangat colek dengan sos pedas manis.
T_____T


Dibantu oleh acik wok, acik ina dan makdak.
Rasanya Mak Andak cikgu sekolah petang.
So dia tolong sikit sikit je. Ye ke eh?
Acik ini sekolah lagi masa tuh.
Sekarang dah ada baby dah tengok kat sini comelsssss
Cepatnya masa berlalu..
T__________T


Lepas masak semua, hangkut la kerusi meja ke jalan besar.
Tak ada payung pun. Bawak plastik je untuk tutup.
Rasanya jalan kaki je hangkut meja tu. Lawak kan?
So yang jaga gerai tu gilir gilir lah.
Mama kadang kadang jaga jugak.
Tapi banyak buat persiapan untuk berbuka pulak kat rumah.
Banyak yang jaga Acik Ina kot sebab dia sekolah lagi.
Lepas masak semua, hangkut la kerusi meja ke jalan besar.
Tak ada payung pun. Bawak plastik je untuk tutup.
Rasanya jalan kaki je hangkut meja tu. Lawak kan?
T__________________T


Bila dah nak maghrib, papa pulak balik kerja.
Papa bawak donut besar besar yang bersalut coklat tu dari tempat kerja.
Bukan macam dunkin donut ke big apple tu. Tu tak wujud lagi.
Yang papa bawak ni gemuk je, lubang tengaj kecik je besar lobang hidung hampa semua.
Nak tau donut tu kami belah kecik kecik dan jual semual. Laku jugak. Sebab salut coklat kot.
T_____________________________T


Motif sedih bagai?
Sedih lah masa ni buat benda leceh leceh macam ni untuk dapat kepuasan.
Rasa puas bila dapat buat makanan untuk orang berbuka.
Mama, acik wok, makdak, acikna bukan nya nak untung pun tapi seronok kot.
Tapi untung bersih ada lah jugak, boleh la bahagi 4 orang untuk duit raya.
Zaman tu, rumah ada 3 bilik je, berhimpit bagai dengan dapur kecik masak macam macam.
Tapi seronok la. Aman bahagia walau tak ada asteruk, tenet, facebook dan lain lain.
Masa tu masa zaman produktif. Sekarang walau family depan mata tapi....
Tapi diam je masing masing ngadap hp, lappy, playstation tak pun duduk dalam bilik masing2.


Sedih..... T________________________________________T


p/s : bukan sedih kecewa tu tapi sedih sayu rindu zaman kecik kecik. sekarang pun bahagia gak :)



XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

3 ulasan:

naim berkata...

first time dengaq. :)

terbaik la azza. :)

Namee Roslan berkata...

hehe. so sweet. namee tak pernah ada sweet memoies pun on ramadhan rasanya. semua berlalu macam biasa saja...azza nak berniaga ?? wah wah.

Rapunzeel Cikilolo berkata...

aku pun tak pernah makan cikodok soya la azza... :)