05 Jun 2012

Convocation Fateha

Assalamualaikum, 


Agak agak dalam 2 minggu lepas kot, pergi Awana Kijal kat Terengganu
Pukul 6ptg bertolak dari KL, sampai dalam 11.30 macam tu
Lambat jugak sebab singgah Kepong amik Makde
Pastu singgah Bentong pulak, amik barang semua kat rumah
Ada yang kena sumbat dalam kereta yang saya bawak ni
Nak bagi seimbang, kata Mama.
So bawak dua kereta, konvoi la kengkonon *padahal berlumba*
Mpv ada tapi roadtax mati,plus dah lama tak service


So malam tu mata cerah je, pukul 4 baru tido
Dengan Makde sekali join tengok movie The Thing
Lawak la tengok citer kat laptop je tapi effect nya macam tgk kat pawagam
Semua menggelupur, semua meroyan hahaha
Siap reverse ke belakang pulak tu bila tak paham.
Ada satu part tu semua tak paham, so 5 kali repeat yang sama
Mana yang dah paham marah lah kononnya bazir masa
Eleh dia pun faham sebab 2/3 kali repeat, ceh!



Sok paginya, yang tak berapa nak awal pagi sangat
Sebab Makde tak nak masuk dewan
So sampai je cari la munge, amik gambar munge
Saja nak tau munge tu nanti cantik ke idak dalam gambor
So boleh tahan la, grab terus yang ini
Sementara tunggu Teha keluar kan


Masing masing dah kepanasan, cari air dulu
Try la mocha blended, tak sedap!! Ais dok berketul lagi dalam tuh.
Nasib Rm2.50 je, tapi tak aci la kami dah la hausss
Maybe macam tu kot cuaca yang berdekatan dengan pantai 
Kalau panas, panas sangat
Kalau sejuk, sejuk sangat


Eh asal tadi perenggan kat tepi sekarang kat tengah pulak??
Nasib la.. malas nak edit
 

Dera Anis sebab dia bukan boleh nak buat decision
So saya cakap, dia tulis. tak cantik pun tak pe sebab semua dah rimas ni
Nani amik gambar, maklum lar dia ada DSLR. terpaksa lah..  

 
Pastu Teha pun kuar. Eh tak tau lah dia kuar ke tak.
Ramai tengah kuar ni, kami tunggu je depan pintu tu tapi tak de pun
Duk kejap kat tepi still tak jumpa.
Then kami bertiga pun cari Mama dan Makde
Makde kata Teha tengah amik gambar dengan kengkawan.
Fine, duk kejap. Semua kepanasan, lap lap peluh.
Pastu Teha pun datang. Amik gambar bagi.


Pastu, kawan Teha datang.
Saya cakap kat Makde "inilah Tikah tu, kan" 
Makde jawab "bukan ni, ni sorang lagi tu"
Saya "yeke?Tikah la ni..."
Pastu Teha cakap ni Tikah.
Yesss saya menang.
Sempat salam je.

weolls memang tembam2 uollss...

Mood dah tak berapa nak ada, sebab rimas dan mengantuk.
So tak borak sangat pun. Sengih je. Nasib ada Makde dan Mama.
Orang tua ni pandai sikit beramah. Saya pandai jugak tapi ikut mood je.
Yang Mama usyar tunang si Tikah je.
Voleh?


Then amik gambar lagi bebanyak. Its already in the blood la. From Mama.
Mama ni pantang jumpa camera. Semua sapu. Ngeee ~~~

Ala tak ready lagi muka busyukkk


Macam pas nikah kan, pun boley..


Teha and Tikah, dua dua blogger senior kalau nak banding dengan saya.


So that was it.
Pastu lepak tepi pantai, ala sekangkang kera je dari pintu kecik UITM Dungun tu.
Masa ni penat tak hengat... dengan heels nya.
Depa suh melompat, saya angkat kaki sebelah je.


Pastu balik, singgah Mesra Mall. Jumpa papa. Oh ya Papa tak ikut pergi konvo.
Ala macam kat setiap Petronas kan ada kedai Mesra tu.
Tapi yang ni versi mall la. Besar macam giant.
Kami semua makan, then nak tengok wayang.


Semua undi Avengers termasuk Makde. Proud of you la.
Paan je nak tengok citer Tim Burton tuh.
Mama pulak nak tengok Mantra tak pun Ngongkrong.
Tapi xde sapa nak teman, terpaksa tengok Avengers.
So saya tengok kali kedua la Avengers tu, still awesome.
Tak rugi....bestttt!


Sekian berita convocation si Teha Molat. Bye!


XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

4 ulasan:

Onitsuka_hana berkata...

melompat-lompat.huhu jeles ni

azrinna berkata...

Konvo tu kenaangan terindah untuk sesiapa yang pernah melaluinya.

maszull berkata...

assalamualaikum azza...suka tengok hepi jer...:)

naim berkata...

Tingginya lompat.. :D