22 September 2011

Tragedi "MakCik The Gangster"

Salam, 

Lokasi : Depan Masjid Besar Jerantut, Pahang
Masa : 2 Pm, Lagi Dua Hari Nak Raya

Apa nak jadi dengan Orang Tua zaman sekarang ni. Orang Tua zaman sekarang dah tak macam dulu lagi. Orang Tua dulu-dulu lembut, peramah, penyayang dan ASAL-JUMPA-JE-NAK-TIMANG macam arwah uwan kesayangan saya, Wan Cu Midah.


Ni kisah sengal dimana ada perempan tua drive pastu langgar kereta saya pastu marah saya sekali dengan pakej tuduh+maki+sembur grr grr grr.  Malas nak cerita lebih sebab tu sanggup buat animasi macam di bawah ni. Hik hik tak sia-sia belajar AutoCad, Photoshop dan Photoscape. Mau menangis lecturer saya tengok ni padehal thesis tak siap lagi.

Kereta Merah : Kereta Gen2 MakCik the Gangster
Kereta Hitam : Kereta Naza Saya yang Berhati Nurani


Sejurus kejadian di atas ni berlaku, saya berhentikan kereta. Konon macam... yela bukan ke semua orang buat macamni (berhentikan kereta) bila eksiden. Tapi serius saya tak de niat pun nak marah dia atau mintak ganti rugi. Saje nak turun tengok apa yang patut. 


Selepas tengok kecederaan di kereta Naza Ria tu, saya menuju ke arah MakCik tu. Wah dalam hati bersyukur sebab orangnya, Melayu, Tua, Perempuan, pakai tudung labuh pulak tu. So saya pikir mesti senang je nak deal ni.


Tapi bila sampai je....Pergghh! 
Toink!!! kat saya jugak. Dia membebel-bebel macam tak bersalah je. Dengan mulut terjuih-juih kat saya, tuduh macam-macam. Saya diam. Tak lama pastu konco-konco geng saya turun dari Naza. Saya biarkan mereka je bincang. Saya tak ada mood nak bertekak dengan dia.


MakCik the Gangster cakap...
@ Saya pandu laju nak mapuh
@ Saya memotong dia ikut kiri
@ Saya kejar dia macam budak tak sabar
@ Pot pet pot pet tak kuasa aku nak taip bebanyak


Eleh makcik tu berangan time memandu, signal pun tak bagi, aku tak potong lah! Aku memang nak ke kiri pun. Aku ikut lane aku, pehal makcik sesuka hati nak masuk lane orang tak tengok kiri kanan. Ish pehal ni pehal ni. Dah la  dia yang langgar kereta orang. Nasib baik orang tua, aku mampu merungut dalam hati jelah.

Serius kami turun bukan nak marah pun, tapi bila dah kena tuduh, kami back up lah diri. Eh pelik betul patutnya kami yang marah dia. Panjang kot calar kat Naza tu. Acik (makcik saya) sambil tu tepuk tepuk bahu MakCik The Gangster suruh dia bersabar. Pastu Acik juga suruh aku mintak maaf (tak tau maaf sebab apa maaf je lah). Saya hulur je tangan,  ada ke MakCik The Gangster tu  tarik badan dia kebelakang. &*%#^@!!


Last sekali anak dia lelaki dia datang tak tau dari mana, datang macam gangster gak. Tapi bila sampai kat kami, dia tanya Mak dia dulu dengan nada marah. MakCik The Gangster diam seribu bahasa. Hoho, kan dah kena marah dengan anak sendiri. Anak lelaki dia tanya kami pula. Kami pun cerita lah hal sebenar. Lepas tu anak dia buat keputusan yang tepat "Tak pelah, macamni jelah, kita settle kat sini jelah, korosakan kami biar kami yang baiki, kerosakan kereta awak, awak baiki okay?"


Eleh memang itulah yang kami nak cuba sampaikan pun. Kami bersetuju je dan saling bersalaman sambil bermaafan. Yela bulan baik, raya pun dah nak dekat. Tapi kalu nak diikutkan, mengenangkan perangai tak semenggah makcik tu rasa nak settle je kat balai polis. Bukan nak duit ganti rugi sangat pun, cuma nak dengar kata maaf dan pengakuan dari MakCik The Gangster tu je. 




** RM22 instead of RM40 for Any Dishes from the A la Carte Menu at Sawasde Thai, Subang Jaya. 1 Pax. Buffet-Style. Pork Free [45% OFF]


XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

17 ulasan:

Niza Romli berkata...

sekeh je pala dia..kih3

Namee Roslan berkata...

wahaha, betul2 ganster ! azza , cuba check time zone blog azza, betul tak? sebab namee salu dpt update dr azza lambat sikit. taktau kenapa.

Myza Sam berkata...

ish apalah Mak Cik tu . grr ! opps emo pulak . :P

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?609ea9613f49647daaf8d86712b02443

Arai Lekir berkata...

depan masjid besar jerantut ? ..dekat jer tu dgn rumah aku.. nasib baik makcik gangster tu bukan mak aku.. heishh..ingatkan mak aku tadi..cuak sekejap.. lepas ni bhati2lah dijln raye yerk..

tamlegend berkata...

kalo aku dah lama dah aku settle kat balai jer....

ku-cit berkata...

geram aje kn kalo jumpa org mcm ni...

Chempaka Sari berkata...

Namee: Namee kita dah betulkan! Yeah!

Arai lekir : Makcik tu orang temin... memula dia ngaku orang temerloh pas kitorang cakap kitorang orang pulau tawar, baru dia cakap orang temin je. Motif makcik tu?

yana halim berkata...

orang tua sekarang jangan dibuat main, berangin lebih bab bawak2 kete nie. orang tua dulu2 mana tau drive. hehe...

naim berkata...

sabar...

Jom Klik

aimaniman berkata...

sabar je le resepinya, dah mak cik tu 'gangster' kalu dibalas dengan cara 'gangster' sure la adik pun keluarga 'gangster' ibarat api dilawan ngan minyak.. makin besar dia, tp kalau dilawan ngan air.. padam terus apinya.. kan

El-Janna berkata...

erk awatnya macam tuuuuuuu

FaKArePa!n berkata...

bahaya btol mak cik the gangster tu..

░♥si lampu neon♥░ berkata...

comel gile makcik gengster tu hahahaha

Ihsan Arifin berkata...

piat je telinga makcik gangster tu ;)

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata...

betul tu.... sabar jelah ubatnya. Makcik tu tenang sikit bila makcik saya gosok bahu dia. Makcik saya cakap dia ada baca-baca doa gak masa gosok bahu makcik tu.

msredcheesecake berkata...

makcik skang ni ramai yg cengitu... macamana nak hormat....

salam kenal yea...

Tanpa Nama berkata...

Tapi kalau mengikut pandangan bernas aku, makcik Gangstarz @ ala-ala gengster tu kena bayar jugak ganti rugi kat ko, sebab dia langgar ko.
Setidaknya bayar dalam 35 peratus dari jumlah kerosakan.