15 Januari 2012

Rumahtangga Berkecai Sebab Famili?

Assalamualaikum, 


Kahwin tanpa restu keluarga, kemudian menghadapi pelbagai masalah sehingga membawa pertelingkahan, kemudian bercerai, nauzubillah...


Cerita macam ni bukan asing lagi, malah saya sendiri melihat dengan mata kepala sendiri. Isunya sangat sensitif, tapi semuanya sudah selesai dengan cara yang amat bijak. Ternyata pasangan yang terlibat dalam kes yang saya lihat itu menyelesaikan masalah dengan wajar. Siap ada adegan program Jejak Kasih lagi. ~Tsk tsk tsk~


Sebenarnya kan, bila kita dah buat silap, buangkan lah rasa ego dan amarah. Yelah kita yang buat silap, apa lagi yang kita expect? Tak kan nak orang lain tatang kita bagai minyak yang penuh pastu tunjuk tabik hormat kat kita kan? Kesilapan berkahwin tanpa restu keluarga memang bukan jenayah besar, tapi ia melibatkan hati dan perasaan famili yang menjaga kita sejak kecil.  Mak, ayah, adik, kakak, abang kembar *tetibe* mana yang suka kalau kita kahwin tanpa beritahu mereka, pulak tu bila dah buat silap, kepala semakin ego mendabik dada macam kita ni 'innocent'.


Comel nye couple ni..


Seterusnya, kalau ada masalah akan datang dalam rumahtangga yang kita bina tanpa restu keluarga datang bertimpa, anggaplah itu ujian dari Allah. Penceraian bukan jalan penyelesaian. Mudah sahaja, ambil hati semua ahli famili selama mana yang mereka perlu. Memang lah ia mengambil masa yang banyak, tapi ia menunjukkan kesungguhan. Yang penting buat kerana Allah swt. Kita tak ada hak menyalahkan mereka jika keluarga itu jika tidak berapa sukakan kita pada permulaannya. 


Sebagai contoh dengan kes yang saya lihat depan mata tu, pasangan itu kembali ke famili setelah beranak dua. Walau dulu keluarga tu telah membuat pelbagi spekulasi, dendam amarah, dan macam macam lagi tanda protes, tetapi setelah bermaafaan, dendam itu padam perlahan-lahan.


Mereka juga tidak meminta maaf sambil lewa tapi bersungguh-sungguh. Setiap hujung minggu mereka bawak anak-anak yang comel tu balik jumpa nenek dia, mak sedara dan supupu sepupu yang comel *wink wink wink*. Walau ia memakan masa yang bertahun lama, ia berbaloi. Famili mana yang tak tertawan dengan kebaikan dan kejujuran mereka. Secara tak langsung, percintaan mereka akhirnya direstui keluarga alhamdulillah..




XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

6 ulasan:

usenezant berkata...

...nak kekal lama dalam alam perkahwinan ni memanglah banyak dugaan nya...tak kira lah kita kahwin restu keluarga ke..suka sama suka ke...tangkap basah ke...yang penting bila dah berumahtangga tu kena ubah sikap yang hidup kita sekarang dah ada peneman...jangan perasan bujang lagi...ada tanggungjawab masing2...kalau masing2 buat tanggungjawb masing2 insyaallah kekal lah sampai akhir hayat....

Yana Halim berkata...

tak berani nak komen pasal rumahtangga orang lain. Diri sendiri pun ada rumahtangga yang nak bela. Tambah2 memiliki ipar duai biras yang ramai. Kalau tahu pasal kes rumahtangga orang lain, ambil je sebagai teladan. Kalau berlaku dalam keluarga sendiri, kenalah duduk berkumpul ramai2, bincang sama2. Tak boleh la ada salah sorang adik beradik yang terlebih tindak tanduk. Hal rumahtangga sgt sensitif tambah2 kalau ada anak.

NUR AMINA berkata...

Dah hampir 20 tahun akak berumahtangga, yang penting sabar dan saling menghormati. Pada isteri, ingat syurga di bwh telapak kaki suami. Perkara yang remeh, kecil hati baik kita diam sahaja dulu. Bila dah reda sakit hati baru kita bincang sama-sama. InsyaAllah aman bahagia.

Hawa Ahmady berkata...

kesimpulannya.. selalu la jenguk2 keluarga mertua,,huhu..

Namee Roslan berkata...

em kalau yg kes macam rita tu...dia kena sabar sgt lah untuk amik hati mak mertua. mak mertua dia pun nampak macam masih takleh terima dia dah kahwin dengan anaknya. so susah lah. tu yg tegang tu. hmm. tp kalau boleh jgn lah bergaduh2 dalam twitter. tak pro. hhe

Unknown berkata...

ikut pengalaman sy..mau sabar byk2 & cuba tolak ansur..yg penting doa :)