02 Januari 2012

Terlalu Berharap

Assalamualaikum, 




Hari ini saya makan burger McD Prosperity, makan benda ni pertama kali dalam hidup. Serius tak tipu. Lepas tu saya rasa sungguh menyesal, dan sudah tentu-tentunya kerana saya merasa gemuk. Lantas, senaman laju laju pada malam hari. Senaman peha 10 kali, di setiap peha kanan dan kiri. Then, senaman pinggang ramping 100 kali. Dengan rasa bangga dan tidak bersalah, terus mengharapkan esok bangun pagi kurang 5 kg. Sungguh keji.




Tadi masa on the way pergi kenduri, belek belek tangan. Oh tak sangka sudah kecut tanganku ini. Ibarat kulit menginjak usia ke 40. Kulit kering, tak bermaya, kuku juga kusam. Tidak semena-mena malam ini juga, kuselongkar segala jenis toiletries dan barang penjagaan perempuan yang lain. Hampir berhabuk. Sungguh tidak nais (nice). Ku sapu losyen anti-aging Nivea ku keserata kulit. Dia tulis untuk tangan je, tapi ku balun sampai ke ibu jari kaki. Dengan harapan, esok juga kulitku gebu macam Bunga Citra Lestari.




Paling tidak boleh diterima akal, study. Aku selalu berangan untuk jadi pandai barang sejam dua. Kemudian cepat cepat study dengan harapan aku akan menjadi genius. Tapi tidak sampai 15 minit, laptop yang di atas meja, kuangkut ke atas katil, layan facebook, 9gag, facebook, 9gag, facebook, 9gag, facebook, 9gag,.....tidur...zzzzzzz.....




XOXO, Azza Azman 
Jika Suka Jom LIKE

10 ulasan:

Hotz Mumma berkata...

Kepada tuan punya status, dengan ini saya meminta izin daripada anda supaya saya boleh mengomen status anda. Suka atau tidak terpulang kepada anda untuk membacanya dan berharap anda dapat memahami apa yang saya komen. ... Sebenarnya saya tidak ...tahu apa yang saya komenkan di sini, tapi sebagai tukang komen status, bahawasanya status anda terpilih untuk dikomen oleh saya, sesuai dengan kerja saya sebagai tukang komen. Sekali lagi saya menyatakan bahawa diharap anda dapat memahami komen saya kerana apa yang saya komenkan disini amatlah panjang. Tapi tidak salahlah jika komen saya panjang jika isinya padat dan lengkap memenuhi informasi semasa. Mungkin anda hairan apa yang saya komenkan disini, tapi ternyata status anda memang tiada kaitan dengan apa yang saya komenkan kerana secara tidak lansung komen saya ini akan memberi manafaat kepada status anda supaya status anda lebih menyerlah berbanding biasa. Dengan itu teruslah membaca komen saya kerana apa yang saya komenkan disini akan memberi inspirasi kepada anda untuk mengupdate status baru yang lebih informatif, kreatif, progresif dan innovatif. Namun cerita saya disini belum habisnya, masih ada banyak lagi kesempatan yang saya ingin komenkan disini selagi facebook masih online selagi itulah saya tidak hentinya mengomen status siapa-siapa saja yang saya mahu komen. Jadi anda harus berasa bertuah kerana anda bukan saja terpilih, tetapi status anda menang menjadi kesukaan saya, ya saya suka dengan status anda dengan itulah saya tidak henti mengomen tentang kesukaan saya terhadap status anda. Namun komen saya belum lagi berakhir disini. Mungkin anda berasa pening mahupun juling kerana membacanya tetapi tangan saya masih mampu untuk menaip komen untuk anda biarpun apa yang saya fikirkan di benak fikiran hanyalah kosong tetapi tangan ini terus menaip komen. Alangkah sukanya saya jika dapat mengomen status anda di hari-hari yang berikutnya selagi facebook masih online, maka disitulah saya mengomen dan terus mengomen siapa saja yang saya suka. Jikalaulah anda tidak meneruskan membaca komen saya disini, mungkin anda telah pengsan, mahupun sedang dibawa ambulance pergi hospital, tetapi jika anda sedang membaca apa yang saya komenkan disini, maka tahniah!! kerana anda seorang yang penyabar. Kerana itulah saya menyukai anda dan juga status anda. Maka dengan itulah lah saya akhiri komen saya disini. Tidaklah saya mampu untuk menaip dengan lebih panjang lagi kerana apa yang saya komenkan tidaklah saya sendiri memahaminya, adalah kemungkinan anda seorang yang gila membacanya. Namun ketahuilah anda bahawa dalam pada saya sedang menaip komen anda, telah habis Mee Sedap 3 bungkus dikala mencari idea untuk menaip komen status anda. Ya itulah kesanggupan saya mengomen status anda, dan dengan itulah berakhirnya komen saya disini.. ^_^

niezam berkata...

huhu. mmg pun. kite slalu nk bnda segera. mcm mee segera.

jemarisuri berkata...

haha, mcm2..kadang2 keazaman lbh tinggi dr pengamalan..JS pun suka camtu..hehe

Niza Romli berkata...

agaknya setiap pompuan sama kot kan...contoh mcm tgn yg bkedut...cepat2 sapu dgn harapan esok hilang tapi utk mlm berikutnya MALAS dah nak buat...haha..

Rosalia berkata...

hahaha.cian azza. jg dri ye kesihatan skali. :) jangan mls2.

maszull berkata...

assalamualaikum...sedapnya bila azza menyebut burger Mc D Prosperity tu rasa lapar plak perut ni...:)

bella heuheu ❤ berkata...

azza ! 9gag tu hape? haha. kite kan #noob (-.-")

Miss Padora berkata...

Aku pon cm tu gak kadang-kadang..Bila rasa muka dh berkedut (biar umur 20an hahaha) siap selongkar almari cari masker...cari krim muka,sapu sana sni biar tak berkedut, bila rasa malas, tengok jer botol krim tu...huhu...

Miss Padora berkata...

Aku pon cm tu gak kadang-kadang..Bila rasa muka dh berkedut (biar umur 20an hahaha) siap selongkar almari cari masker...cari krim muka,sapu sana sni biar tak berkedut, bila rasa malas, tengok jer botol krim tu...huhu...

Namee Roslan berkata...

perempuan dan sifat tu macam dah sebati lah azza. kalau buat apa pun , hasil nk cepat hope tu tinggi. tp bila tak dapat / capai macam yg kita hope..maka kecewa :(