04 Januari 2012

Isu Sebenar Pelajar 17A1

Assalamualaikum, 


Maaf la, saya sebenarnya jarang sangat nak cerita perihal orang kat blog ni. Lagi-lagi  berita yang mengaibkan orang tu. Dan entry ini bukan nak mengaibkan sesiapa. Cuma ini mungkin pendapat kecil dari saya sahaja. Mari kita mulakan sekarang..


Isu beliau tidak lulus di university, saya langsung tidak percaya.
Isu beliau seksi, saya tidak percaya. Mungkin fitnah.
Isu beliau mengalami kejutan budaya juga saya tak percaya. Dia bijak.


Dan..


Kan betul, dia sebenarnya berjaya je, siapa ambik double degree lagi.
Isu seksi, saya boleh terima dia tak pakai tudung, mak dia dah jawab, 
dia memang tak pakai tudung dari dulu lagi.. gambar yang bersepah tu gambar dia di sekolah.
Ala macam kawan kita dulu, ingat tak, mereka yang free hair selalunya pakai tudung bila masuk kawasan sekolah atau universiti. Jadi saya boleh terima. Tetapi...

freehair freehair juga tapi pemakaian tu....
*dianna agron, sori guna pict awak, sebab saya suka sangat kat awak, cantik sangat macam fasha sandha hehe..*


Isunya.. ~Tsk tsk tsk~


Dia ni idola saya kot masa SPM dulu. Dia juga dapat anugerah tokoh Maal Hijrah.
Bila tengok dia pakai "that showing to much skin" kecewa. 
Iya mungkin ada yang kata tak seksi pun, 
even her attires if definitely not revealing but it is a bit daring.
Tambah kecewa sebab ibu dia cakap, pakaian tu dibeli sendiri oleh ibunya.
Juga memakai baju itu dengan posing macam.... okay okay saya stop sekarang. 


Kecewa.


Updated: Pencapaian beliau yang patut kita banggakan

Dia pernah turut menulis penyelidikan bagi jurnal perubatan di negara Eropah.
Dia pernah membuat kerja sukarelawan sbg guru Bhs Inggeris di Tanzania dan Zanzibar
Dia juga Treasurer of Italian Society, University of Edinburgh. A Malaysian.
Dia juga adalah penerima Gold Duke of Edinburgh Award.
Dia mengajar English at Bergama Scuole Elementare, Italy.
Dia, had worked on a project to find signalling pathways and gene expressions on growth plates.



Syabas buat kamu, we all Malaysia should proud of you! 

XOXO, Azza Azman 
 Jika Suka Jom LIKE

17 ulasan:

fiQ'Ra berkata...

aduhaiii.. ingtkan gambar seksi tu ada org edit.. rupanya mak dia yang belikan baju cengitu.. no komen dahhh

ZYASH berkata...

Tau xpe..dulu dia jadi idola semua bebudak sek. Pembakar semangat. sekarnag bakau darah je...huhuhu

.waniey jamaludin. berkata...

sedihkan bila idola kita jadi cmni
she should be a good role model untuk org2 yang kat malysia ni
tapi mungkin ade hikmah sblik tu..

mak die pon...bgusnye.

Niza Romli berkata...

entahlaa...taktau nak cakap apa...??

bella heuheu ❤ berkata...

kecewa bila tgk gmbr yang a bit daring tu kan? (-.-")

syakey berkata...

Allah dah tutup pintu hatinya mungkin.

doakan lah yg terbaik untuk dia...

Namee Roslan berkata...

dah mak dia jelaskan..so takde apa lah. patutnya kalau ye pun dia lupa diri..kita toksah lah duk hentam dia. ye tak ?? ni namee tgk smua hentam dia. cuma buat org salah faham sbb drastic sgt berubahnya. rambut tibe2 color...sexy plak tibe2. tu yg org igt dia lupa diri.

♛ Dea Arematt ♛ berkata...

she was my idol dulu...

Cikpuan rara berkata...

ni lah entry yg sama mcm luahan hati rara tp xterluah.hmmmmmm ntah lah.

naim berkata...

salam

Betul tu azza. malah terkejut jawapan daripada ibunya

Naim ada menulis perkara yg sama:
http://pemudattbc.blogspot.com/2012/01/adakah-benar-amalina-seperti-itu-atau.html

wallahualam.

yana halim berkata...

bila dah terlebih pandai jadi mcm gitu la.

Sha. N. berkata...

Pandai belajar tak semestinya pandai serba-serbi.
Semua org ada kekurangan diri.
=)

Azza Azman berkata...

iya betul tu semua ada kekurangan diri... terkejut aja... kalau feehair je tak heran tapi,,,, freehair dia lain macam...

NUR AMINA berkata...

Doa moga dia kembali menutup aurat dan berjaya di dunia & akhirat.

CikNuwairah berkata...

yang baik kita ikut dan dijadikan contoh..
yang kurang baik minx dijauhkan..
dan doakan yg terbaik untuknya..^_^

naim berkata...

salam azza. malware? sebab ada beberapa wiget 2 ada maslaah coding.. naim dah buang..

"_"

Paris Lipton berkata...

rakan sebayaku....wuuuuuuu
sadis2