25 Julai 2012

Ingatkan

Assalamualaikum, 




Sempena bulan ramadhan ni, saya teringin nak memperingatkan sesuatu kepada pembaca dan diri saya sendiri. Tentang pandangan kita terhadap orang yang nak berubah ke arah kebaikan. Saya bukanlah pandai sangat bab agama, jauh sekali nak menjadi ustazah jelmaan. Ustazah jelmaan, bak kata sesetengah ummah melayu yang pantang melihat orang nak menasihat orang lain.




Hehe saya juga salah satu dari ummah melayu sebegitu, yang cepat berasa jengkel apabila ada seseorang yang bersemangat menasihati kita supaya membuat kebaikan. Dia berniat baik menyampaikan dakwah, sedangkan dalam hati kita terus berbisik begini "ek eleh berlagak ustazah pulak eh, baru buat baik sikit kemain eksyen".




Tahlah, memang susah nak berhati suci. Sedikit sebanyak mesti ada rasa jengkel, rasa 'eh-ko-pehal', dan rasa macam nak marah kat orang yang nak mnyeru kebaikkan ni. Kita rasa macam eh tak payah lah nak berlagak alim padahal kita kenal la dia siapa dulu. Kalau orang tu memang dah sedia baik kita layankan je, tapi kalau orang tu tak lah baik mana pada asalnya, apabila menasihat kita, kita cepat rasa jengkel. Kenapa ye?




Kebanyakkan perasaan jengkel ni muncul sebab kita tak nak buat. Iya.
Mama saya selalu pagi petang siang malam suruh saya mengaji. 
Tapi saya tak nak buat. Saya nak buat bila saya rasa nak mengaji.
Bukan disuruh atau dipaksa.
Memang jengkel juga. 
Tapi saya cuba diam saja. Mama tak salah apabila dia suruh saya mengaji. 




Begitu juga isu bertudung, legging, tutup aurat, couple, konsert, dan sebagainya.
Masalahnya orang kita ni cepat melenting.
Lepas tu keluar bermacam alasan tidak munasabah.
Lantas jawapan tidak bijak itu memalukan diri sendiri.
Paling teruk apa bila sibuk pula menyalahkan orang lain.


Orang tak pakai tudung: Tau tak, couple tu haram tau. Pegang tangan macam pegang babi.
Orang ada couple: Eleh at least aku pakai tudung. Lagi baik dari freehair.


Orang ada couple: Tau tak, bertudung tu wajib tau. Tudung kan tutup rambut.
Orang tak pakai tudung: Eleh at least aku ni tak ada couple, tak pernah pegang tangan lelaki. Lagi satu tudung tu tak wajib, tutup aurat tu wajib okehh.




Jadinya perdebatan to rotate macam tu jelah. Tak kemana.





So dengan ni, marilah kita ikhlaskan diri kita, terutamanya diri saya sendiri. Saya tulis  ni adalah atas kesedaran saya sendiri. Yang selalu cepat jengkel apabila "orang jahat menasihati kita". Kalau tak nak ikut nasihat tu kita diam sahaja dan bersyukur kerana ada lagi orang yang mengingatkan diri kita. Wassalam...



XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

4 ulasan:

Namee Roslan berkata...

sama sama lah kita mengingatkan. terima kasih azza :))

yana halim berkata...

merasa jengkel itu normal. tapi simpanlah dlm hati, kan. Ini yg perli2 tu yg geram tu.

Awie Omar berkata...

nasihat berguna untuk rakan 2 lain.
salam ramadhan. baru follow sini.
dari :
awieomar.blogspot

p/s: nak tak join game top "BLOGGER" musim 3 ?

segala yang berkaitan pasal game ni boleh tinjau kat blog k :)

Kazen berkata...

insyaAllah terima kasih kerana mengingatkan :)