19 Julai 2012

Jom Kurus Bersama Kevin Zahri

Assalamualaikum, 


Haritu saya ada pergi talk Jom Kurus by Kevin Zahri tau.
Best gak walau ralat sebenarnya malam sabtu tu ada kendurik kat kampung.
Tapi dah book awal awal dah nak buat macamana kan.
Mama pun balik kampung awal sangat.


Macam macam la boleh belajar.
Nak kira BMI, BMR, DCR, LOA...
Hah juling mata korang kalau saya letak formula dia kat sini tau.
Kekdah nya malas la nak letak formula tu takut Kevin marah pulak.
Sapa nak berlajar beli la E-Book yang dia jual kat blog dia.


Formula Kevin ni mudah je, tak de pantang tak de ikat perut.
I loike! He said he took chocolate almost single day tau.
Teh tarik setiap kali sarapan.
Dia cakap 'nikmat itu penting! hukumnya wajib!'.
Hehe pandai dia tarik perhatian kami.


So petuanya, yang penting kita kena kenal tubuh badan kita.
Kenal apa yang kita makan, dan kira kalori pemakanan kita seharian.


Antara hipotesis yang saya tangkap:

Umur meningkat, metabolisme menurun.
Jantina perempuan, metabolisme kurang dari lelaki.
Berat meningkat, kalori makin banyak diperlukan.
Semakin tinggi tubuh badan, semakin banyak kalori diperlukan.


So semua ada kena-mengena.
Setelah campur darab bahagi ikut formular dia, saya perlukan 1,279.9 kcal untuk seharian.
1,278.9 kcal ni kira kalau saya nak kekalkan berat badan saya lah.
Alamak satu set burger McD pun dah lebih ni. 
So kemungkinan besar berat badan saya akan bertambam tahun demi tahun.


Best la Kevin ni ajar, macam macam la kan.
Kiraan berapa lama kita kena diet pun dia ajar.
Eg : Dengan pengambilan 1200 kcal sehari Azza akan turun ke 42 kg dalam 60 hari.
Semua tu ada la formula dia. yang penting ikut.


Lagi satu ilmu senam dan makanan.
Sebijik karipap sama kcal dengan sepinggan nasik.
So baik makan je nasik terus kan.
Tak perlu la nak alas perut kengkonon alih alih 4 bijik karipap kau bantai.


Senam pun sama macam bawak kereta.
Kalau bawak kat highway kereta tak guna banyak minyak kan?
Kalau banyak berenti-renti kat traffik light confirm cepat je minyak sampai ke E.
So kalau nak lemak dalam badan cepat habis, senam dgn cara Stop Go Stop Go.


EH banyak lagi lah petua dia ajar. Rugi la kalau semua share kat sini.
Hehehe kedekut ilmu lak aku. Padahal malas nak nulis.


Talk Jom Kurus ni bertempat ni hospital Prince Court.
Mati mati saya ingat Prince Court kat belakang Pavilion jah.
So naik tren berenti kat KLCC, jalan ikut bridge ber aircond tu ke Pavi.
Sekali tengok itu Prince Hotel daaaa..... matik lah!


Pastu tanya orang kat situ, dia cakap dekat je prince court ni.
Saya dan Oli pun jalan dah. Sekali jauh gila. 
Sebab nak kejar masa kan tu yang rasa jauh tu. Lecak gak la ketiak.
Masa balik okay jah. tak la jauh mana.


Paling best dia ada citer kes dia macam gaduh dengan HerbaLife dan Alpha Lipid tu.
Dia nak terangkanfakta  je kat fans dia di facebook.
Tapi ada la 2 3 ketul marah sebab apa yang dia cakap bertentangan dengan product tu.
Last sekali dia padam lah sebab tak mau kacau periuk nasik orang.
Yang penting dia kata product tu murah kat kat oversea.
Tapi bila masuk Malaysia, masuk pulak MLM harga berganda.


So pepandailah kita nak makan apa yek.
Mahal ke murah ke.
Pantang ke idak ke.
Banyak ke sikit ke.
Terpulang.


Yang penting....... Kevin panggil saya, Si Manis uolsss..
Melting.....


XOXO, Azza Azman 
Jika Suka Jom LIKE

8 ulasan:

Wan berkata...

peh...kevin zahri.saya pun banyak refer nasihat pemakanan kat website dia.memang menjadi,dengan exercise lah.best2

♛ Dea Arematt ♛ berkata...

wah..share la lagi..share la lagi..;p

naim berkata...

mesti best kan azza.btw

Salam Ramadhan ya, ampun maaf kalo ada tersalah taip ke..

http://pemudattbc.blogspot.com/2012/07/ramadhan-aku-sebak.html

Rapunzeel Cikilolo berkata...

hahaha. nak kurus kurangkan makan. nak mati baru tak payah makan. haha

Azza Azman berkata...

@Rapunzeel Cikilolo hah mati?? huhu.

auni shahira berkata...

waaa,,,..banyk petua...bleh gune..hehe

Dr WM Hafiz berkata...

Haha.menarik! Haha. Tapi saya kurang percaya sikit kalau main hentam je makan,tp badan still maintain. Sbb apa yg saya belajar dri specialist2 lain :)
Maaf sekadar berkongsi pengetahuan.
Btw,nice blog keep it up :)

Jgn lupa visit mine :) wanmohammadhafiz.com

Namee Roslan berkata...

woo terbaek lah !! hihi. thanks azza sbb kongsi !! :)

http://nameeroslan.blogspot.com/