27 Disember 2013

Pengantin Hilang Rupanya Di.....

Assalamualaikum,


Seronoknya musim cuti sekolah ni tak putus undangan majlis kahwin. Dapat makan free. Dapat pakai baju baru. Dapat pakai kasut baru *alasan nak shopping*. Tapi jangan lupa doakan si pengantin yek. Tu penting. Kita nak meraikan pengantin tau. Ingat. Bukan pengantin yang nak meraikan kita.


Yela secara logiknya pengantin dua 2 orang je. Kalau campur family dia adalah dalam 10 orang. Tetamu 1000 orang. Dah? Tak ke terkontang kanting tuan rumah nak melayan setiap tetamu. Jadi sebagai tetamu kita kena faham dan bersikap toleransi.


Kalau tak dapat tempat duduk. Jangan buat muka ye. Jangan lepas tu berbisik bisik dengan kawan. Senyum dan tunggulah yang lain  habis makan. Ha yang dah siap makan pulak tak reti reti ke? Bangun ler, ni saya tengok sampai DJ kena buat pengumuman supaya yang dah siap makan beri peluang tempat duduk pada yang baru sampai. Haha.


Macam macam kalau nak cerita ragam majlis kahwin ni. Buat yang tak kahwin jadi takut pulak. Ada kes tak cukup makanan, ada kes banjir, ada kes pengantin lari ler... adoi kesian keluarga tu. Ko jangan nak drama sangat ye. Ko kahwin jela dulu dengan mamat tu walaupun tetiba mamat lain yang muncul dalam mimpi lepas Istikharah. Dah kenapa tak buat Istikharah awal-awal dik non.


Baru baru ni pergi ceramah, Ustaz tu lawak gila. Kadang kadang rasa macam pergi rancangan masak masak pula. Kadang kadang dia bertukar jadi watak lembut lembut haha. Lenguh rahang sebab asyik ketawa je. Dia cakap zaman sekarang ni kalau pergi majlis kahwin lambat sikit je, pengantin pun dah hilang. Dalam pukul 3.30 penganti cabut. Bukan masuk bilik ye tuan tuan puan puan. Tapi lari masuk bendang sebab nak bergambor punya pasal.


Ni sedara mara nak tengok pengantin ni. Tapi batang hidung pun tak nampak. Alahai. Ustaz tu cakap carilah masa lain. Sedara mara nak menyambut kita doakan kita. Tunjuklah diri, kenalkan suami kenalkan sedara mara. Baru best. Ni nak layan photographer je, dia memanglah nak habiskan kerja dia cecepat kan. Ustaz tu la cakap bukan saya.


Tapi ada logiknya, Insyallah saya kalau boleh nak ikut nasihat beliau. Sebab gua pun bengang jugak datang jauh jauh tetiba pengantin hilang. Kikiki....





Oh ya ada iklan sebentar, jemput like Page AZRADIA ye. Ada di kotak sebelah kanan. Terima kasih ;p

XOXO, Azza Azman
peluk cium dari azza muah!



1 ulasan:

zacky786 berkata...

haha pngatin msuk bendang.. jgn kna gigit lintah n pcat sudeyh