04 November 2012

Cantik Bukan Lagi Subjective?

Assalamualaikum, 


Tertayang satu rancangan televisyen siaran Korea yang mengisahkan seorang artis perempuan, berbiacara soal kecantikan. Ada seorang penonton di Malaysia ni tiba-tiba terperanjat akibat satu penyataan dari artis tersebut sampai rasa nak humban peti televisyen keluar tingkap. Malangnya beliau berfikir dua kali, menyedari peti televisyen itu adalah hak mutlak milik bapaknya.


Sambil mengurai rambut 'sambung' dan mengedip ngedik matanya yang 'galak', beliau mengatakan "cantik itu subjective..." Bohong!



Kalau kau kata cantik itu subjectif kau tak undergo plastic surgery, bulatkan mata dengan besarkan beberapa milimeter, mancungkan hiding dengan ketinggian yang dirancang, potong rahang bagi muka tirus panjang.


Sebab kau kau dan kau, ia mendorong kecantikan itu sudah boleh dikira.


Hidung mancung %#$# cm : Checked
Mata buat %#$@ diameter : Checked
Muka kurus &@$% mm : Checked
Kaki panjang %^#% inch : Checked


Ahh whatever la kan. Baru baru ni, saya tertonton drama ala ala kisah penerbangan terbitan negara idaman berbulan madu untuk bebudak tak habis lagi sekolah, saya cam wajah pelakon utama sahaja. Sebab rambut dia pendek. So watak perempuan dia semua sama ja. Dah la korang pakai baju stewardess kan. 


So, bagi sesetengah perempuan sekarang ni, CANTIK ITU BUKAN SUBJECTIVE.
2 + 2 = mesti 4 jawapannya.
hidung mancung + mata besar + perut kemek = mesti cantik.


XOXO, Azza Azman 
 Jom Share

6 ulasan:

KAMIHIDUP berkata...

:)

Mieya Atiera berkata...

Betul2.

yana halim berkata...

betul sgt tu azza. Tipu je sape yg kata subjektif tu. Lelaki mesti nak tengok pompuan yg putih mulus dulu, sblm dpt menilai yg gelap dan berjerawat yang dah tentu memakan masa yang lama. hehe

Tanpa Nama berkata...

selain tu kecantikan... boleh diukur melalui cinta. klu dah syg tu bunt pun kita rasa cantik muahaha.

muhammad naim Abdullah berkata...

rajin mengubah ciptaan tuhan.. huhu

http://pemudattbc.blogspot.com/2012/11/nasib-dua-rakyat-malaysia-dituduh.html

ketikketok berkata...

idam cantik? cubalah resipi mudah fungus BBC MARDI Station hanya di MARDI Station CH