Assalamualaikum,
Semua orang keluar hari ini. Tak ada siapa yang mengadap skrin laptop pun kecuali saya yang kesorangan di bilik. Hujan hujan begini baik duduk di bilik sahaja layan gosip. Fengsanlah kalau Mama tau, baik baca Quran katanya. Dah lah tak ada mood ni, penat tau buat akaun Instag The Sweet Kurung, follower pun dah capai 600. Tiba tiba sahaja malam tadi dia disable. Semalam jugak baca rules and regulation dia, tak ada yang salah pun. Gila la Instag ni. Ramai customer dari Instag tau. Kesian la macam ni. Hantu betul.
Bercakap tentang Hantu. Saya dengan kawan kawan selalu la berkumpul sampai lewat malam berborak bergosip. Kengkadang di bilik dia kengkadang di bilik saya. By the time dah nak balik, mesti tuan bilik pesan 'jaga jaga ada yang memerhati'. Kecut lah pulak perut nak balik bilik sendiri. Kengkadang saya pun buat kat diorang jugak. Hehe.
Sebenarnya kita ni takut pada benda yang tak nampak kan? Sebenarnya rasa ketakutan sebelum terjumpa benda benda tu lah paling dasyat sekali. Sebab kalau dah nampak tak sempat nak rasa apa apa kot pasal terus pengsan. Daya imaginasi kita sebenarnya adalah terlebih kreatif dari hantu tu sendiri. Memang merepek gila, saya selalu terbayang hantu menyembolkan muka dia di tingkap toilet. Dan bayangan hantu di dalam cermin toilet. Dah dua tahun di blok ni, masih belum nampak lagi.
Lagi satu, orang kata kalau tak nak terserempak dengan dia, jangan takut sangat jangan berani sangat. Alahai... susah tu nak menyeimbangkan perasaan antara tak takut dengan takut. Macamno?
(masa tulis perengan kedua di atas, tetiba pintu balkoni tertutup mengong)
(masa tulis perengan ketiga, handphone atas meja ter
XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE
1 ulasan:
heheh
jangan takot.. hehe
Catat Ulasan