Assalamualaikum,
Tak sampai sebulan saya menjalankan perniagaan kecil kecilan di online, Alhamdulillah. Pencapaiannya melebihi dari yang dijangka. Sekarang tangh bukus 11 pasang baju kurung untuk diposkan esok. Mendapat sambutan juga walaupun kecewa akaun INSTAGRAM TETIBA KENA DISABLE!!! Ha ni lah nak share pengalaman yang saya baru dapat dari perniagaan online. Lain orang lain pengalamannya ya tak? Tapi rasanya, mesti ada kena sikit sikit kan misalnya ragam customer bukan?
Saya tidak pernah berniaga online sebelum ini. Cuma pernah lah bantu kawan, sedara dan ibu saya sendiri berniaga semasa dahulu kala zaman tok nenek. Bukan perniagaan online. Okay terus terang, perniagaan kecil-kecilan yang saya lakukan sekrang bukanlah mengejar untung, tetapi lebih kapada mengisi masa lapang dan cari pengalaman. Bukankah pengalaman itu adalah guru kita. Tetapi jangan risau, kepuasan hati pelanggan tidak akan diabaikan. Saya cuba menjawab segala pertanyaan dan permintaan dari pelanggan yang disayangi ceh wah.
~iklan sebentar~
Untuk batch pertama kami mengambil 6 tempahan untuk warna berikut untuk saiz S
sahaja. Batch kedua akan menyusul kemudian dengan pelbagai warna dan saiz :)
Grey Oliesa by The Sweet Kurung
Color Available : Light Purple, Dark Purple, Mint Green, Maroon and Thulian Pink.
Saiz Avaliable : S only for first batch pre-prder
PRE ORDER UNTIL THIS WEDNESDAY 5 DISEMBER 2012
Then, ada yang nak saiz macam tu lah macam ni lah okay kita bagi jah. Tak ada masalah, ada yang minta baju color tu color ni walau dah terang terang tiada dalam description kami, pun kami layan. Seronok mencari kain mengikut permintaan pelanggan. Rasa macam main treasure hunt dalam kedai Jakel tu. Pekerja Jakel pun dah kenal dah saya ni. Thank Kak Nita dari Jakel sebab sudi layan saya.
Tetapi ada beberapa masalah yang saya tak dapat nak tacle lagi iaitu, permintaan pelanggan yang di luar skop saya. Telah dinyatakan saya bukan fesyen designer mahupun tukang jahit. Tapi still tanya saya ntuk buat baju macam tu macam ni dengan attach gambar sekali.Kemudian ada yang telefon saya yang mahukan baju minggu berikutnya. Urgent nak kahwin katanya. Pening juga kepala. Sebab saya buat bisnes ni part time sahaja, tak dapat la nak layan semua permintaan.
Lagi satu ada pula yang meminta baju Zafra tetapi mahukan perincian manik seperti Zaraa. Tak dapat nak tolong la dik sebab nak jahit manik macam Zaraa tu sangatlah lama dan perukan ketelitian. Mana mana customer awal yang mendapatkan Zaraa dengan harga rm100 tu sangatlah beruntung. Mana tak nya, segaris manik macam tu di Jakel cecar rm350 semeter dik non. Dik dapat rm100 dengan baju siap berjahit lagi. Untung untung...
Murah ke baju baju saya? Murah kan... jadi cuba selak selak page Facebook The Sweet Kurung mana tau saya ada buka Pre-Order. Usually kita ambil dalam dua minggu untuk siapkan baju yang telah diorder.
Oh buat blogger dari Melbourne yang cakap kurung peplum ketinggalan zaman tu, baiklah. Fesyen kami di Malaysia ternyata berbeza sekali dengan di Melbourne Kota Canggih itu. Wassalam.

XOXO, Azza Azman
3 ulasan:
Salam dear...
Cantik baju tu... Macam mana nak tengok koleksi2 yang lain? Balas di 'chat' Sis ye... (^_____^)V
azza!!! dia kata peplum kurung tu macam kampung? ahhahhahhahahhaha
abih dia pakai ape? ahahhahhaha.. aigoooo~ kelakau la.. buat laka2 plak....
btw, kita tak dapat la nak puaskan ati semua pihak... mungkin sebenarnya dia tak tau tu trend kat Mesia kan.. MAKLUMLA duk obersi kannnnnnnnn~
ahahhahhaha.. but seriously it was funny... kalau kat kampung akak pakai peplum.. mau org terbuntang mata kata budak ni sesat sebab baju tu... KAMPUNG SANGAT tu~~~~ ahhahahhahahha
chill k beb.. yang penting akak nak tempah kurung moden tu 3 helai tahun depan.. LoL
Sabar je r Azza..tapi mmg peplum tu sangat in kot kat Malaysia...
Catat Ulasan