30 April 2013

Designer Baju Muslimah?

Assalamualaikum, 


I don't know this entry considered appropriate or not. Okay.


We all love to wear beautiful clothes. Kalau tak dapat pakai, dapat cuci mata pun tak apa.


Saya follow kebanyakan designer terkenal tanah air Malaysia, dan saya sangat suka life mereka yang humble, tidak melupakan asal usul kita, inspiring dan motivate. Thus, mereka juga selalu memperlihatkan gambar gambar koleksi mereka yang vavavoom! 


Mereka sangat menghargai pelanggan dan peminat. Rizman ruzaini, Sola, Wan Pa, Jovian, Rizalman, Nurita, bla bla bla... Rico Rinaldi, Alia Bustamam, Innai Red, Fizi Woo yada yada yada...


Dan termasuk seorang designer yang saya follow dari dahulu lagi, beliau membuat baju fesyen muslimah untuk sebuah website pakaian muslimah terkenal. Fashion show yang dikelolakan oleh beliau sangat gempak dan mendapat publisiti meluas dari media cetak mahupun elektronik. Perkataan "MUSLIMAH" dimana mana dengan pereka fesyen ini.


Lantak ler kamu nak ngata saya mengumpat. Whatever it is, saya nak luahkan juga pendapat saya ni.


Somehow this designer, is so disappointed me. Not in his cloth design but the way of his life. Fesyen show baju muslimah tetapi tetamu feshion show'nya berpakaian menampakkan betis dan cleavage. Beliau (his) tidak segan silu untuk menunjukkan "boifriend" nya di laman sosial. Gambar separuh berpakaian (separuh lagi faham faham la apa ya) banyak diuploadnya di Instagram. Teman-temannya perempuannya yang (model baju muslimah) ada yang berbikini sahaja. Malah ada rakannya yang berkempen "NO HUDUD" whatsoever. Okay ni bukan isu politik okay. Dear perempuan, tak perlu tulis besar besar NO HUDUD kami dah tau melihatkan betis panjang kamu yang putih melepak tu (okay tipu berkarat sebenarnya).


Macam ni ke pereka baju Muslimah? I was like, jadi tawar hati nak tengok baju rekaan dia, apatah lagi membeli. Nak tengok website yang bekerjasama dengan beliau pun rasa macam malas. Owner pemilik website baju muslimah tu pun lebih kurang macam ni. Why why...


Kamu semua reka baju muslimah for the sake of your pocket right? Its all about money.


**Do our cloth make ourselves feel good from the inside out?  Ask yourself.


XOXO, Azza Azman 
peluk cium dari azza muah!

2 ulasan:

najwa's berkata...

sape agaknya ye?

Unknown berkata...

Biaselah tu sis..skrg kn busana muslimah tu sndiri pn xbrape nk muslimah sgt.muslimah hnya pd nama..begitu jg org. Yg pnting kita jgn mudah trpngaruh dgn fesyen zmn skrg wlaupn rmai yg gunakan term muslimah tu.

Aurat dijaga, maruah terpelihara :)