Assalamualaikum,
Saya dah tua. Jadi mari kita kutuk habis habisan cinta monyet. Huhu. Cinta monyet ni cinta sementara untuk kanak kanak yang baru nampak dunia luar. Sebenarnya bukan dunia luar sangat, kebetulan ada budak lelaki sekor dua berubah suara di kelas mereka, mereka merasakan sangat kagum lalu terjadilah "my future hubby" tercatat di buku latihan amali masing masing.
Sorry akak tak nak kutuk pun saja je intro macam tu. Ramai dah merasa cinta monyet ni. Akak berani potong jari dalam 10 orang belum tentu sorang berakhir ke jinjang pelamin. Akak kenal dengan someone dari sekolah and its like 10 years ago lah kot. Dari 2004. Tapi kami berkawan je masa tu tak ada feeling pun. Dah tua baru rapat. Tapi tak lah sampai kawen pun. Sebab tu tak berani nak cakap.
Well, masa sekolah tu baik fokus je kat pelajaran. Sebab klu fokus kat percintaan nanti sure awak menyesal dik, sekolah tu bukan boleh diulang ulang dik. Sekali je seumur hidup. Sebab tu orang cakap bercinta masa kerja, sebab kerja boleh ditukar diulang dan berhenti sesuka hati kita hehe.
Nak admire boleh, saya dulu pun dari tadika lagi ada je admire kat orang tu admire kat orang ni. So rasa semangat nak pergi sekolah giteww... Tapi tak kemana pun. Feeling sorang sorang je. Masa form 4 ada jugak kirim surat, tapi tak sampai kepada orang yang ditujui, korang nak tau surat tu akhir kemana?
Kepada MAMA.
Its a longggggg story and how pity, its a long journey for that mail too. Poor that mail. Read by everyone. Macamana surat tu boleh sampai kat mama pun akak tak tau. Kekdahnya akak dapat balasan setimpal iaitu dibebel sebanyak 800auns per minute.
Ha itu belum bercinta lagi tu, baru nak kirim surat dik. Tapi surat tu pun bukan akak ajak bercinta pun, akak pun tak ingat apa akak tulis. Pastu taubat tak tulis surat kat orang dah. Jadi penerima je lepas tu.
Buat adik perempuan yang baru meningkat remaja, akak nak pesan. Lelaki memang seronok dijadikan kawan. Tapi sampai di situ sahaja lah ye. Diorang memang ler kelakar, dia buat lawak seposen pun ko gelak mngekek ngekek macam funny sangat kekdahnya. Tapi ingat kawan je. Kalau dah lain lelaki ni banyak racunnya. Bukan nak kata diorang jahat tidak. Tapi tulah mereka sendiri pun tak sedar diorang boleh mngeluarkan racun tu tanpa disedari. Korang rasa apa korang buat dah betu tetapi ia salah dan banyak kesan di kemudian hati.
Percayalah, lepas sekolah diorang boleh tinggalkan korang macam tu je. Masa tu mula lah nak marah " eiii tak guna betoi &^&$#%@%$%*@# kalau aku tak jumpa dia masa lepas sekolah, mesti aku study dengan kawan kawan kat library, tak de lah result aku macam ni"
Masa tu nak salahkan sapa? Diri sendiri je dik.
XOXO, Azza Azman
peluk cium dari azza muah!
2 ulasan:
Skrg akak da besakn, so da bole cintan cintun semula kn....
hehe..
Lumrah manusia la azza.. :D
Catat Ulasan