14 Julai 2013

Motif?

Assalamualaikum, 


Saya kan anak sulung. Ada 4 lagi adik berderet di bawah. So ni nak cerita tentang adik no4. Dia ni blur dan jujur sikit. Jujur banyak sebenarnya. Kesian jugak selalu kena usik dengan kakak kakak, abang dan yang paling tak menahan sekali dengan adik dia pun kena bahan. Padahal adik dia tu baru darjah 5.


Semalam dia ada buat cocktail, ala yang simple tu letak nata de coco, laici dalam tin, dan buah dadu dalam tin. Semalam kami beli nata de coco perisa strawberry. First time.


Lepas balik dari tarawikh, kami mngadap TV sambil makan cocktail desert tu. Sambil tu saya komen komen la sedap tak sedap. "Dalam banyak-banyak ni akak paling suka nanas, sebab dia masam ganding dengan cream manis ni  memang terbaik, then akak suka laici. Paling tak suka nata de coco ni..." komen saya sambil suap desert dia buat tu ke tekak.


Anees jawab "aah la pelik rasa nata de coco ni rugi tak beli yang manggo je" sambil dia pilih pilih nata de coco dalam campuran cocktail tu. Asingkan. Penuh dia sumbat nata de coco dalam satu mangkuk. Pelik jugak, tanya dia awak nak basuh ke nata de coco tu? Awak nak simpan ke nata de coco tu?


Lepas tu dia pergi dapur.


Tak lama pastu saya pergi dapur nak tengok apa dia buat. Sampai je dia cakap "akak dah terlambat..."


What??? Dia buang semangkuk penuh nata de coco yang dia asingkan tadi.


&%#@$%#$@*&%


Saya membebel kecewa.Geram betul!


Walhal bila saya pergi depan semula, adik paling kecik baru nak makan cocktail tu. Dia gigih pilih pilih nata de coco dalam campuran tu sebab dia pulak suka nata de coco. Grrrrr.........


T__________T



Jujur betul la awak ni Anees. Motif sangat.


XOXO, Azza Azman 
peluk cium dari azza muah!

1 ulasan:

ku-cit berkata...

Alahai....sweetnya korg adik bradik ni.