01 Julai 2013

Fashion Show Hatta Dolmat Ready-To-Wear!

Assalamualaikum,


Kalau tahun lepas kita berminat sangat dengan rekaan Jovian Mandagie, apa kata tahun ni kita cuna rekaan Hatta Dolmat pulak lah. Cuba lah banyak banyak saya tak suka stiy kat satu benda sahaja.Jadi, pada Ahad lepas kita berkesempatan untuk menghadirkan diri ke Acara Pertunjukan Fashion Hatta Dolmat RTW 2013 yang ringkas tetapi meriah dan menyeronokkan.


Sampai di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur, Jalan Sultan Ismail, KL pada 8PM, kami dihidangkan dengan pembuka selera ala cocktail party. Paling best Red Velvet Cupcake dia, moist, tak manis sangat dan cream cheese as topping dia sedap berlemak gitu. Rasanya kakak Hatta Dolmat yang buat kot baking cupcake ni. Manakala makanan lain ada samosa dan lain lain pastry ringkas.


Dah kenyang sambil cari kawan baru, kita terjah Hatta Dolmat di Wall of Fame. Bila tengok depan depan comel cik abe ni yek. Dia sangat sporting malah dia ingat kat Teha. Yelah dia yang jemput mesti ingat semua tetamu kan? Best la Hatta ni. Kami yang terakhir bergambar, lepas tu semua dijemput ke dalam memenuhi seat yang disediakan. Row kami ditempatkan untuk Fashionista tetapi kami bukanlah Fashionista ye. Tidak sama sekali.



Lepas dapat duduk yang sangat strategik, duduk kat depan, dekat dgn model, dekat dengan ruang depan, kami rasa beruntung sebab tak perlu la terjengah jengah kepala dek kepala orang depan kan. Beruntung kami.

Dapat kawan baru, dari belakang sekali Kak Ana, Kak Kin, Zuren dan Teha. Eh Teha bukan kawan baru. Kikikiki.

Rasanye depa ni terpaksa datang kot no, kena buat liputan gamaknya. Memasing dengan phone. Iolss lak tinggalkan hp kat rumah. Dapat la kita bersosial secara real dengan orang lain kan?


Saya duduk di sebelah Qamy Banks, hehe. Assistant Hatta Dolmat mungkin. Dia nampak macam orang besar juga di event ni. tapi malu la nak ambik gambar sekarang, kita fokus pada Model dan Baju dulu okey.


Baju pertama yang diperagakan. Saya tengok muka model je boleh? Pastu cara dia berjalan bagai. Kagum iolss. Biasa tengok retis je kat majlis Anugerah. Kali tengok model runaway lain macam tinggi dia. Perghhh...

Spotlight..

Yang ni peplum guna broked material (brocade). Tengok depan depan memang cantik. ramai berbisik bisik nak beli koleksi yang brocade ni. Ala ala songket.


Again, twitter, Instagram, Facebook, Keek dan seangkatan. Eh actually nak nak ambil gambar model kat belakang tu. Tinggi kan. Layout Fashion Show ni ada tiga rows. SO semua dapat menghayati kan.


Layan...




Bling! Masa model ni berjalan, berbunyi juga tau kachhing kachhing gitu.


Kurung moden dengan prada lace di tengah. Menampakkan ilusi langsing kepada si pemakai. Tapi model tu mmg dah kuruih ler... :)



Yang brocade tadi tapi rona berbeza. 


Galaxy Motive Printed by HattaDolmatRTW. Tengan in juga corak galaksi sekarang ni tau. Uolss inga legging je boleh bergalaksi bagai, kurung pun nak jugak.


Sebenarnya yang ni yang saya target tetapi dalam color nude. Tak sempat snap sebab tengah mengahayati baju color nude tu. Serius cantik. tak tau la orang lain tapi saya suka yang ni simple!



Lagi Peplum dengan material brocade. Cantik la. Its really caught my eyes la darl !






Koleksi hitam dari HattaDolmatHDC! baru terfikir nak buat baju kurung hitam, jadi kita grab dari sini jelah kalau ada rezeki nanti yek.



Bosar camera awak, kak. Cian orang kat sini nak ambil gambar jugak hehe. Tapi tak apa. Tugas ambil gambar lawa lawa ni photographer, jadi saya pandang je puas puas.


Cik Zuren yang peramah dan easy going! Tapik spring dengan dia sebab dia datang sorong je. Kalau ioslll ni penyegan sangat (segan malu tau bukan malas dalam dialek utara).


MC hari itu, Fiza yang pengacarA Wanita Hari Ini. La kurus je Kak Fiza ni dalam Tv nampak besar. Agak agak kalau saya masuk TV besar mana la agaknya ye.


Lepas bergambar dengan Kak Fiza ni kami masuk dalam sekejap ingat nak jumpa dan tegur pereka Rizaman Ruzaini. Dia pun hadir memberikan sokongan kepada rakan seperjuangan diorang si Hatta The Star malam tu. Tetapi kami ditegur oleh wartawan Safiyya TV9 untuk bagi sedikit pendapat mengenai Rekaan HattaDolmat RTW malam tu. 


Lepas tu ada photographer Rafieq Photo meminta kerjasama untuk diambil gambar. Dan jurufoto lain lain. Lepas tu tak tau la kemana Rizman Ruzaini menghilang kan. Kami terleka jap tengok gambar gambar hasil En. Rafieq di dalam tab nya. Memang gempak uolss. Jom layan gambar di Jurufoto Rafieq ^_^











Dia ada studio di Wangsa Melawati dan insyaAllah akan buka kedai Photo di KLCC. Coloid Photography tak silap namanya.


Last last sempat jugak kita bergambar dengan Qamy Banks. Meriah sangat they'olss bergelak bagai. Kawan kawan dia la lawak sakat kami. 


Dapat jugak gambar yang menjadi setelah berapa kali snap huhu. 



Nah Zuren gambar awak, kita try Pm tapi lambar bebenor la facebook ni yek. Save la save la.. hahaha!


Okey gambar last Si Teha ni nak bergambar dengan SapiDolmat. Abang Hatta yang juga bekerja keras untuk acara ni. Masa berbual sekejap dengan dia, saya tak lepas pandang misai dia. Huhu Hipster sangat tau melentik lentik misai dia macam Mr. Potato!


Jadi sesiapa nak beli secara eksklusive boleh datang ke Sheraton Hotel 6-7 Julai dari pukul 9am ke 9pm. Dan start 8Julai boleh beli di butik First Lady dan secara online di zalora.com. 


Tadaa!



Jemput Like page saya juga The sweet Kurung :)



XOXO, Azza Azman
peluk cium dari azza muah!

3 ulasan:

Teha Nur Fateha berkata...

sopi adik hatta dolmat lah..bkn abg!

qamy tu mmg assistant hatta..

Teha Nur Fateha berkata...

sopi adik hatta la bkn abg! qamy tu mmg assistant hatta pun...

ku-cit berkata...

Cntiknya pic yg photografer tu amik... da mcm dia plak yg model hah...