15 Februari 2011

Telekung di Surau Busuk?



Assalamualaikum semua, apa khabar jemaah sekalian?




Kali ni Akak Chemp selaku AJK Ibadah Surau, ok gurau je… saya sebenarnya nak berkongsi pendapat lah jugak tentang telekung ‘busyuk’ yang selalu kita guna kat surau.



Ini tahan lagi at least depa sidai jugak..
Ihsan dari Noraini Aron

Dah lama tau saya pendam isu ni sejak first year lagi kat universiti. Surau kat kuliyah saya ni punya lah cantik siap ada ukiran kayu, batu marmar bagi. Tapi....betulah Tun Mahadhir cakap “Malaysia mempunyai fasiliti kelas pertama tetapi dengan pemikiran rakyat kelas ketiga (termasuk la aku).




Masalah ni berpunca daripada sikap sambil lewa kita yang malas sangat nk lipat betul-betul kain telekong tu. Bendatu lama lama jadi busuk lah. Main renyuk je kt rak telekong tu. La…kenapa ni susah sangat ke nak lipat telekong, yelah konon nak cepat kan. Tapi lepas tu pakai selendang lilit-lilit adalah dekat 15mint, touch up lagi ada pulak masanya.




Apa nak jadi la dengan gadis sekarang ni, eh gadis semasa kononnya. Hey kawan-kawan, tak baik tau bermalas-malasan macam ni. Itukan menunjukkan keperibadian kita. Kalau orang bukan Islam nampak perangai kita macam ni malu lah. Sikap manusia memang sukar nak diubah kan. Ni belum sentuh perangai suka buat bising lagi ni. 



Sebagai bukti, sebab tak tahan dengan bauan semula jadi ni, saya ada wakafkan besi penyangkut dan hanger (beriya beli kat Carrefour) kat surau di tempat saya belajar ni. Dengan telitinya saya sangkut satu persatu telekong yang tak berdosa tersebut mengikut jenis dan color. Yang color tu saya tipu k sebab tak logic la kan telekong sume color putih. Tapi serius kemas gila macam kat butik saya buat.


Lebih kurang macam nilah saya susun balik.
Ihsan dari Noraini Aron


Natijahnya, keadaan tu dapat bertahan satu malam je. Zuhur keesokkannya depa dok renyuk lagi kain-kain tu kat rak.Hadoi! no manner betul la depa ni. Last-last sekarang ni saya pun dah jarang-jarang guna surau sebab tak banyak kelas/studio sem ni. Tapi tiap kali saya datang surau, saya gagahkan diri jugak lah sangkut sehelai dua kain telekong tu. Sebab mata rimas tengok telekong bergumpal gumpal dalam rak.




Marilah kita doakan, semoga suatu hari nanti nasib surau tempat saya ni akan berubah. Ameen..




XOXO, Chempaka Sari
Kalau penting sila LIKE



7 ulasan:

Burp berkata...

kihkihkih~ apee punyaa tuurrr~ mls gk org pompuan nih melipat~ :p

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine berkata...

hehehe.. kalau dah tau g mane2 tu, bawak la bekal telekung sendiri kan... :)

tapi kita sebagai orang awam, sepatutnye kena jaga fasiliti yang disediakan, dan orang yang dipertanggungjawab kan ngan urusan surau tu perlu peka kn :)

Zazachan berkata...

rasanya bukan kat surau tempat awak je.kat tempat lain pun sama..

Unknown berkata...

follow cini....:)

ape lagi ambik tolong bsuh laa dpat byak pahala tue...selagi org gune

nuriz berkata...

selalu bawak telekung sendiri..maklumlah byk org guna takda pulak yang basuh lagi ramai guna
tak sanggup le kena peluh ke apa ke kuman ke penyakit kulit org ke huhu tak sangguppp

Azza Azman berkata...

iya saya pun bawak then letak dalam beg kertas dan letak kat rak tu.

Ramai yg tak tahan busuk curi2 pula pakai telekong saya tu.

Bedak talkum yg saya letak kat dalam beg kertas tu pun selalu menjadi mangsa rakan2 heheh.

Walau pun saya tak guna telekong busuk tu, tapi mata ni rimas..tu yang tolong kemas.

Nak basuh boleh tapi tak de kebenaran.

saya hanya mampu sedekahkan hanger dan besi penyangkut jr. Tu pun dorang tak appreciate.

Tanpa Nama berkata...

Betul tu.kebanyakan mmg mcm tu.bsepah2,xberlipat.klau yg tsusun pulak,bau nya..hmmm..phm2 je la kn. sng sy bwk sndri je.telekung travel,kecik je,muat letak dlm handbag.ada jual kat sini,facebook telekung travel sharzlin. Atau pon email sharzlin83@yahoo.com. Murah je rm20.