Lega, selesai agenda untuk malam ni, Yasin dah, Isyak pun dah. Lepas tu barulah boleh berangan. Berangan tentang pertunangan impian. Orang lain semua duk sibuk berangan pasal majlis kawin, saya duk terbayang majlis pertunangan saya. Hoho.
Tahun lepas, dengar cerita kakak kawan saya buat majlis tunang sampai 6 khemah. Gempak tak gempak. Tengok facebok pulak, kawan-kawan tunang siap ada pelamin. Plus make-up heavy dan ada bunga tangan lagi. Keliru jap ni tunang ke kawen? Pastu tengok kat tenet, ada pulak photoshoot Pre-Engage. Amboi kemain kau. Belum kawen dah peluk peluk tayang kat family hehe.
Gambar hiasan masa muda muda
Tapi pertunangan impian saya bukan macam tu. Nak yang se-simple yang boleh. Buat makan-makan je sesama sedara-mara. Pelamin tak mau, kemas bilik je sikit sikit. Calon suami tak payah dok gedik nak bergambar sekali. Duk luar rumah je huhu.
Gambar hiasan masa muda muda
Apa-apa pun nak berjimat je. Baik duit simpan buat downpayment beli landed property. Berhabis untuk kehidupan selepas kawen lagi baik. Dari nak berhempas pulas kat majlis yang tak sampai 24 jam tu. Kalau majlis kawen baru buat betul-betul. Maksudnya baru beriya-riya tempah kek, photography, bunga tangan, set bilik baru dan pelamin.
Kesimpulannya, majlis pertunangan saya nak buat simple je, tak mewah tapi tak lah buruk. Just nice je. Yang penting kene buat manicure pedicure. Mak mentua nak sarung cincin kang terkejut lak tengok ni tangan pompuan ke jantan ni?
XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE
18 ulasan:
Nampak macam dah sampak seru..
Amin~ :)
Nak Bertunang jugakk...... Tapi takde yang nak masuk meminang pun, Hik3.. sekolah pun tak habis gih.
dah dekat ke? hehe..
Cintaku Bukan Cinta Biasa
heeeeeeee
nak berangan gaklahhhh =]
eh tak lah... xde plan pun lagi, calon pun xde. Cuma terpikir je bila tengok blog orang lain tunang mewah mewah...
sangat sangat setuju! kalau buat meriah n mewah sgt, maunya makan dalam beribu riban jgk. baik simpan duit tu utk kahwin nanti kan?
huhu..xpe..biaq bertunang n kahwin xberapa meriah..asalkan hidup selepas tu meriah smpai bila2..baru berkat..:D
sgt sgt betul tu atiqah dan cik nuwairah.... berkat tu penting kan.
so sweet...ingatkan azza yg bertunang td...
pertunangan ni x pyah la nk buat grand2 sgt.. nnti jd mcm orang tu.. malu bsar woo..
dh smpi masa ke? jgn lpe jemput ye.hihi. :)
ya. saya setujup! saya bertunang dl pun dengan persiapan yang ringkas tapi meriah!!
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: "Tutuplah majlis pertunangan dan hebahkanlah majlis pekahwinan".
(HR Ad-Dailami dan dinilai dhoif oleh Albani)
mine dulu pun simple yg penting memorable ^_^
azza!! bila tarikh ???
majlis tunang dengan kahwin buat sederhana je..insyaAllah lebih berkat.
skrg pra pra perkahwinan dh jadi trend kn.
kawen kena menyimpan banyak kot. mmg macam2 kita nak buat, tak kan nk guna duit mak ayah je kan. ;)
huyooooo..kite pon nk tung jgk ....tp xde calon...crikan muleh>>> hukkkk
Catat Ulasan