Tajuk tah pape macam tak best. Tapi tak apa, sebab saya dah tak kisah pasal blog saya sekarang. Blog yang terbiar sepi. Ceh tetiba. Okay, tadi saya ada makan dengan kawan, Wani dan Aida. Macam macam topik di'bincang'kan. Biasalah perempuan bertemu perempuan. Tiga orang je cukuplah. Dah boleh buat siaran langsung MAJALAH TIGA. Pastu tibalah di satu topik, yang setiap kali saya ingat saya jadi sayu dan sedih sangat. Kisahnya tahun lepas, lagi dua hari nak Raya Haji
Kisah- kami- baru- tau- kena- tipu- duit- tiket- kapal terbang- bila- sehari- lagi- nak- gi- London.
Tak tau nak cerita dari mana. Malam sebelum saya sepatutnya bertolak, kawan saya, Farah tepon saya beritahu kami tak jadi pergi. Saya ingat dia bergurau, saya cakap "ohhhh" je. Pastu tanya "jadi bila kita g?" dia jawab, "separuh pergi esok, separuh pergi dua hari kemudian" dengan nada serius.
Hati saya rasa tak sedap.
Adakah saya group yang pertama atau kedua?
Kalau group yang kedua, rugi lah.
Rasa dah tak semangat.
Down gila.
So saya beritau parents, flight postpone.
Tak lama pastu, dah nak dekat pukul 12 malam, Farah telepon lagi, dengan nada marah, dia bagitau, memang tak de siapa akan pergi esok, sebab kami dah kene TIPU.
Masa tu saya marah sangat sampai menangis. Kecewa. Geram. Sedih. Pastu saya tepon Atul, my beloved roomate beritahu benda ni. Nada dia pun of course la macam nak nangis kan. (sebak time tulis entry ni). Pastu saya rasa semua saling telepon menelepon sebabadayang kat rumah dengan parents ada yang kat hostel sebab rumah jauh, parent tak dapat hantar ke lapangan terbang. Yang penting, eemua macam terkesima tak tau nak buat apa kecuali maki hamun sahaja. Pastu berdoa balik, pastu maki balik, pastu doa balik.
Doa- Maki- Doa- Maki- Doa- Maki- Mesej sana- Mesej sini- Tepon Sana- Tepon sini...
Masa tu lagi dua hari nak Raya Haji, mana yang stay kat hostel sebab program London ni semua dah sedih gila. Tak kan nak raya kat hostel dengan satu cafe pun tak bukak. Saya telepon mana-mana kawan yang tinggal di hostel. Malam tu mereka semua stay up kat balai polis. Saya rasa macam nak je pergi teman kawan kawan lain kat bali polis tu boleh nangis sama-sama. Tapi dah malam, jauh pula tu.
Serius saya rasa macam mimpi gila.
Betul ke kami tak jadi pergi?
Impian setahun kami pendam.
Lagi sehari?
Lagi beberapa jam nak pergi?
Atas tindakan bijak rakan rakan, ada yang contact MAS, rayu kat Air Asia tentang kes ni. MAS dapat murah tapi seminggu selepas nya lah. Tak boleh, sebab kami dah plan macam-macam, hotel penginapan pun dah bayar. Deal dengan Air Asia, walaupun nama kami tiada langsung dalam sistem diorang, diorang baik hati nak membantu kami. Price murah gila kentang dia bagi.
Masa ni mana yang tiada duit on the spot, rakan yang senang bantu. Ada yang hulur rm10 ribu, ada yang support rm8 ribu. Ada ibu pada yang datang dari jauh semata-mata nak jumpa dengan pihak atasan untuk support kami. Masa ni baru tau erti persahabatan. Tak lupa jugak kat Ibu Bapa kami yang sangat sangat tsk tsk tsk memahami. Ya Allah, hanya ALLAH saja yang dapat membalas jasa mereka. Mama Papa terima kasih sangat sangat. Sayang mama papa.
Alhamdulillah, dalam masa 2 hari kami settle kan masalah ni dan berangkatlah kami ke LCCT di pagi Raya Haji tu. Kecian, yang stay di hostel, mereka naik LRT. Beg besar besar parent Aisyah&Aina yang tolong bawakan ke LCCT. Masa ni semua bantuan datang dari semua penjuru. Ya Allah, terharu sangat. Semua saling membantu.
12 jam kemudian , tibalah kami di Stansted, London. Syukur...
Buat si PENIPU, ingatlah, di dunia ni kamu tidak akan tenteram. Halalkah 56 ribu yang kamu makan tu, masyallah.
Bila kenang balik semua kenangan pahit dan manis ni, rindu pulak kat rakan rakan studio dulu. Mungkin tak larat nak sebut nama satu satu. Ada lebih kurang 60 orang semuanya. Semua best best. Ada yang lawak, ada yang serius, ada yang spontan, rindu semua kenangan dalam studio. Rindu kena marah dan nangis sama-sama bila kena torture dengan lecturer. Arghh rindu semua benda!
Dan nak ambik kesempatan juga, ucap tahniah kat Munshi (bacalah blog dia best sangat) atas pertunanangan dengan kekasih tercinta yang comel, Hana. Semoga jodoh korang dipercepatkan. Ameen....
XOXO, Chempaka Sari
Jika Sedih Jom LIKE
27 ulasan:
gileee. sampai ke 56ribu die tipu? huhuhu. gile gillle.. saba ek? :D
New Entry : Patut Ke Bercinta Dengan Bekas Kekasih Kawan Baik Sendiri?
sabo jelah.. dekat setahun dah benda ni berlalu huhu... penipu tu asyik menyorok je.
Penuh khusyuk dan tawadhuk aku membaca pagi pagi buta cerita ni...rupanya tahun lepas punye ke.....hahaha.
perghh....byk tu..mmg x mmpu la kami...
takkan aman hidupnya sbb menipu...
pehh...banyaknya smpi 56ribu dia rembat!! memang patut nangis, geram n kecewa. Sabar la azza...tak senang hidup dgn menipu.
Salam..
orang suka menipu nie dia tak ada lepas.
Sama ada di dunia dia kena tau pun akhirat dia akan kena.
semoga penipu cepat2 tobat.
^^
polis tak tangkap ke si penipu tu?ish berani betol dia buat mcm tu...
Ya Allah kesiannnya. sedih bce citer ni. nk ngs serious. tp Allah tu maha kuasa prtlgn sntiasa ada utk org teraniya. Utk yg makan duit korg tu tak kn hidup sng jawab la kat akhirat apa dia buat kt duit tu.
perghh.. kejam gila babeng penipu tu..
banyak tu dia makan .. rm 56 ribu bukan nya cket..
tu la..bukannya sikit..macam macam teori kami buat nak tau sebab dia buat mcm ni kat kami.
Memang rasa sebak bila ingat balik. Malam raya tu saya ada di rumah kawan sebab nak uruskan benda ni. Sebak gila.
kesiannya. mujur semua work together selesaikan benda ni.
terharu sangat bila kenang balik terutama kat jasa semua parent yang memahami. duit on the spot semua boleh sediakan...
kalau orang lain mungkin dah putus asa, tapi semangat kami terlalu kuat... azam tingi tanam sejak setahun sebelm pergi.
kesian korg. tu ah ada dengar gak shafa cerita pasa korg kena tipu tu. jahat gila. tp itu yg buat korg bersatu !! :D dah grad dengan jayanya pun.
susah nak pcaye org skrg ni kan.. harap2 yg menipu tu dpt balasan setimpalnya..
hehehe..tu la yg slalu org kta..setiap apa yg jadi n berlaku sama ada manis or pahit mesti ada hikmah selepas tu kan..^_^..
gila laorg tu..sesedap rasa dia ja menipu smpai ribu raban mcm tu..isy3~~~
pahit manis kehidupan, ada hikmah disebaliknya.
jahatnya org yg tipu tu? travel agency ke mcm mana? jahatnya! jahatnya!
p/s: lepas rayu2 tu airasia bg tiket brp rm sorang pergi balik? hehe..
bestnya! jeles :p
salam perkenalan!
tahniah terpilih sebagai blog pilihan ben ashaari..
Penipu tu makan duit haram .. bukan takat penipu .. tapi pencuri !
Allah akn balas .
singgah dari blog Abg Ben !
sekarang ni yang selalu masuk suratkhabar kisah kena tipu agent buat umrah... ada pakcik/ makcik tu bertahun simpan duit sb bukan orang senang... cuba bayangkan kekecewaan mereka...
dasyattt lahh. takpa, selamat ada jalan penyelesaian walaupun kena bayar balik.
lagipun, semua perkara terjadi pasti ada hikmahnya, kan? :)
malam raya tu saya di rumah kawan lagi di sungai buluh, tengah malam pukul 12 baru balik pahang BF hantarkan. masa kat rumah kawan tu tolong la potong2 sayur sebab esokkan raya haji. Sebak gila. dah lah tak jadi pergi, kene tipu, duit lesap, malam raya tak dengan family pulak tu.
Malam tu lah saya tepon papa. papa cakap bersabar sebab ada orang tak jadi pergi haji sebab kene tipu, duit dah kumpul sejak berpuluh tahun. MasyaAllah saya bertambah tenang tapi sedih pulak juga kat mangsa penipuan haji tu. mungking yang buat touching bila jauh dengan family nak uruskan benda ni. masa duk rumah x sedih pun, cuma marah je.
sabar yek
Catat Ulasan