Sejak dah graduasi ni, blog mestilah bercakap tentang infomasi je kan. Saya tau generasi dulu mesti tak tau pasal benda ni. Hehe. Info mingu di dibawakan khas dari SARI Buletin.
Semasa beratur nak naik pentas, semua happening gila sampai staf suruh senyap, tapi dia tak marah dia cakap pun macam fun je. Tak tau la lakonan ke tidak tapi semua orang sedang tersenyum je. Mungkin nak raikan kita. Serius hari konvo hari paling bahagia.
Tapi bila dah nak dekat, senyuman yang dari tadi dok tergelak-gelak, semua dah jadi cuak. Tah apa lah yang cuak sangat. Masa tadi boleh lah plan nak senyum ke, nak buat peace masa terima skroll dari Abang Rector tu, tapi bila dah naik semua jadi kelat.
Sebelum kita naik pentas masa upacara konvo, kita akan bagi smart card kepada staf yang ditugaskan. Kad ni yang kita dah collect masa amik jubah konvo seminggu awal sebelum konvo.
Ha inilah infomasi nya, dulu dulu mesti pengacara majlis ke atau petugas khas kene sebut nama sekor-sekor, tapi la ni, tak main dah. Tercabut anak tekak kalau nak sebut nama kita lebih lebih lagi yang susah nak eja tu.
Dengan smart card ni dia dah siap rakam awal awal dah, dia touch je kat mesin khas, terus umum nama kita. Takdelah salah sebut bin jadi binti, Lutfi jadi Lufti. Haha. Lagi satu takyah nak rehearsal bagai, nak susun susun dulu lah macam konvo budak tadika. Tanpa rehearsal pun perjalanan majlis smooth gila.
Info ni khas untuk kakak kakak, abang-abang yang konvo zaman 80-an dulu. Yang muda muda ni mesti lah tau kan. Anyway nak say thanks kat staf staf yang bertugas di setiap check point sebelum naik pentas, ada yang pin kan mortar board atas kepala, ada yang tolong amikkan gambar candid, ada yang sediakan cermin, ada yang tolong kemas kemas kan jubah kami yang senget benget. Thanks semua!
KLIK
Meh tengok gambar konvo saya kat SINI yang sekelas dan sekepala ayuh!
A million thanks kat Mama Papa bagi akak ilmu, akan ku kaut sebanyak mungkin. Doakan master akak berjaya jugak, ye Mama Papa. Kalau boleh nak mampatkan setahun. Mampu ke? Huhu itu yang kita nak kena kaji.
XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE
22 ulasan:
canggih dh skrg kan:)
itulah, dunia kita semakin maju, semuanya dihujung jari
Tahniah..
^_^
p/s: rugi qasa naim x pi konvo kat Polimas ari tu, hehe
owh..baru to'wan tahu (~;~)
wahhh hebat nya skaranggg.
bagus la...senang sikit keja si pengacara tu.
tulah, senang sikit, kalau tak tersembur sembur air liur nak sebut nama semua..
UIA jugak rupenye...adess...
satu kelas ngan pah la nih?
hehehe
aah satu kelas dengan PAH, kenal ke dia? kak pah tu baik sangat...
bestnyaaa akak!! haiyoo, tak sabor nak grad. tp blajo nya lmbt nk habis lg. hahah.
tahniah tahniah!
style giler UIA ! congratz anyway
tahniah azza!! :D hehe. teringat setahun lepas. excited gila grad. :D
tahniahhh :)
dunia dah berubah..zaman dah maju..hehehe..^_^..
terima kasih semua... doakan azza grad lagi tahun depan, malas nk tunggu 2 tahun. Arghh cepatlah siap thesis ni,
ms konvo uitm dulu sebut mulut lg rasanye..lancar mc tu baca.next convo nnt xtau la cmne..kome comfirm konvo kt tganu.uitm tganu,sarawak.perak n perlis je yg ada konvo sendiri.yg lain2 semua shah alam.
xtaula cmne suasananye nanti.harap2 dh upgrade setanding shah alam..huhuhu..tp nnt kt tganu xla sesibuk shah alam...kesian kt org kalo shah alam sesak semacam je.
hari konvo mmg hari plg bahagia.rs hepi semacam je.tgk blk gambar konvo kome rs berseri la plk muka.sbb hepi kot.hahaha!
wah... tak setanding pun xpe..yang penting cukup tempat parking. tempat parking problem la kat mana2 tempat pun. patut buat basement parking kat bawah dewan kan? tapi cost mahal pulak.
wah canggihnye.. bestnye dh grad.. sy pon nk konvo bulan ni
sempoi la..hehe..btw,tahniah ye..
tahniah :)
uia rupanya.. tahniah yaa
azza farah nadia.....sedapla nama ni...sweet jer bila sebut...
Catat Ulasan