01 Ogos 2012

Wahai Shopping Complex

Assalamualaikum, 


Kehadapan management shopping complex yang gah buat untung jota-jota tetiap hari,


Disini ingin daku titipkan beberapa permohonan yang dapat menyenangkan kami yang selalu melambakkan duit gaji kami setiap bulan kepada akaun anda. Permintaan yang tak seberapa ni seharusnya membuat kami akan lebih bersemangat membuang duit hasil kerahan titip peluh kami di premis anda tanpa rungutan, bebelan serta caci makian. 


1. Surau yang selesa.
Sudilah kiranya pihak tuan menyediakan surau yang luas, wangi dan cukup kemudahsampaian. Janganlah sampai letak surau di basement parking, panasnya Allah sahaja yang tau. Iya itu mungkin ujian buat kami tapi.... kan lagi best kalau surau letak tempat yang sesuai. 

Kami tak perlukan aircond yang tak seberapa yang hidup segan kamti tak mau itu. Kipas. Iya kami perlukan kipas supaya bau carpet tak hapak, pengudaraan yang sesuai supaya surau tak lembab, dan telekung yang basah dek air wudhuk cepat kering.

Lagi satu, letak la tandas untuk memudahkan kami bersuci sebelum solat. Ini toilet tengah-tengah alam, surau hujung dunia. 


2. CCTV di parking kereta.
Kalau setiap pelusuk premis anda boleh letak CCTV risaukan pencuri mungkin, apalah salahnya bagi kami sedap hati juga ketika meninggalkan kereta di kawasan parking anda. Apalah salahnya. Takkan harta anda je yang kena jaga. Bukankan kami juga sumber kekayaan anda yang perlu diambil kira.


3. Kerusi
Bukan sofa empuk yang kami impikan, cukuplah bangku tanpa tempat penyandar pun tak apa. Kecian ibu mengandung yang berdiri lama ketika membeli keperluan baby. Kecian kat warga tua yang sengal sengal kakinya berjalan jauh. Kecian kat para remaja yang 2 jam awal dah keluar naik train, bas dan jalan kaki semata mata mencari sehelai dua baju di premis anda.


4. Charger Handphone.
Kan bagus kalau boleh sedia mesin charger handphone. Kalau mesin ATM boleh, kenapa mesin charger handphone tak boleh. Kalau kedekut sangat, boleh lah charge RM2.00 ke stiap kali charge. Letak berhampiran ATM. Atau boleh sediakan service ini di kaunter pertanyaan/concierge desks


5. Tanda Halal.
Kalau boleh tayanglah tanda halal di food court tu besar besar. Maklumlah orang islam kita ni makan semborono saja. Asal ramai melayu dia hentam saja. Puas ku belek kedai Subway yang glamour itu tak ada pun tanda halal Jakim, kedai Little Taiwan yang ada tanda halal Jakim besar besar kat depan tu orang melayu tak makan pulak, sebab tak ada pelanggan orang melayu.


6. Pelajaran dan Pengajaran
Yang ni saya amat memahami pihak tuan. Kengkadang pening jugak dengan rakyat malaysia yang tak senonoh ni. Lepas 'melepas' tak reti nak pam, tisu buang dalam lubang tandas, suka lecakkan lantai tandas. So dengan ini tak salah kalau pihat tuan tampal poster yang mengajar customer macamana nak menggunakan facility yang berhemah. Contoh boleh dilihat seperti di IKEA (contoh je) yang setiap tempat tidak putus putus menasihat pelanggan begitu begini.

Tapi guna lah bahasa lembut.

Kebiasaannya : Jangan buang sisa tisu dalam lubang tandas. Anda bakal didakwa rm2000

IKEA : Terima kasih kerana tidak membuang tisu ke dalam lubang tandas. Keprihatinan anda, kebanggaan kami.
 


Akhir kata, sudilah kiranya jika pihak tuan pertimbangkan permohonan kami ini. Labih lebih lagi bab surau tu. Sekian terima kasih.


XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

7 ulasan:

zacky786 berkata...

dlm bab ni ., isu pengotor la paling xthn.. yerla kan pernah sekali nak buang hajat masuk2 toilet hah seketul terapung xpam ! haduh..

ecadwinkyasha berkata...

pjng benar ulasan...eca setuju yg surau tu...xmenahan betul tandas jauh dri surau....kt sbah ne,klu kat CP,surau kecil je,,then tmpt wuduk pun xselesa sgt.

vivana berkata...

setuju betul especially bab surau. Kenapalah terpesok jauh sangat. kalu sorang sorang tu, rasa juga takut ke sana.

yana halim berkata...

betul tu azza. bab surau tu paling mengecewakan. katanya mesia ni negara Islam. Patutnya Islam didahulukan, syariat diutamakan. Biar la elok sikit tempat solat tu.

yana halim berkata...

betul tu azza. bab surau tu paling mengecewakan. katanya mesia ni negara Islam. Patutnya Islam didahulukan, syariat diutamakan. Biar la elok sikit tempat solat tu.

maszull berkata...

assalamualaikum azza....betul2 suka bab macam ni...:)

Namee Roslan berkata...

surau sangat sempit dan mengecewakan.dulu namee design surau besar then the architect said...bazir space la. bukan ramai pun nak solat. i was like..hmmm. :/