Senang cakap, Malaysia adalah negara berkemudahan kelas pertama dengan rakyat bermentaliti kelas ketiga. Jangan cepat marah baca statement ni ye. Dah memang betul pun, perangai ni kita sendiri pun buat sama. Jom buat senarai semak. Kalau kita pernah buat lebih dari 10 perkara...bam! kita lah rakyat yang bermentaliti kelas ketiga itu.
Let's check it out!
Suka merokok tak kira tempat, ada bayi ke ada orang tua ke,kita hentam saja kan?
Bila keluar/masuk kat pintu kaca, kalau ada orang lain pun sama, kita tak mau pegang pintu tu untuk memudahkan orang tu masuk/keluar.
Suka melecak-lecak kan tandas yang kering. Kita ni species suka ber'kubang' agaknya.
Suka cangkung atas tandas duduk. Phewww! Saje nak cop tapak kasut dia kat toilet bowl tu.
Makan mulut berbunyi-bunyi. Kelicak kelicak mulut berbunyi. Sedap sangat agaknya.
Bila masuk lift tak nak bagi orang keluar dulu. Sibuk berhimpit padahal kalau bagi mereka keluar dulu kan senang?
Suka drive di emergency lane. Kalau ada accident kat depan kan naya bila ambulans tak boleh lalu.
Suka buang puntung rokok dalam toilet bowl untuk dibuat hiasan. Kebiasaannya lelaki.
Singaporean suka cop tempat duduk dengan tisu. Source
Suka letak tisu yang dikeromotkan dalam pinggan. Kecian kat tukang basuh pinggan.
Buang sampah merata-rata. Buang sampah keluar dari kenderaan. Alasan mengong "nanti tukang sapu nak cari makan macamna kalau dah bersih?"
Lepas shopping, trolley bersepah kat tempat parking.
Bila masuk dalam train atau bas, berdiri kat pintu. Tak mau masuk dalam.
"My beg need chair.." Letak barang atas kerusi. Tengok orang lain berdiri tengah panas, kita buat "don't know" je.
Tak masukkan semula kerusi ke bawah meja makan. Bersepah sepah.
Kalau pergi Singapore jangan sesekali ambil tempat ini. Source
Panggil waiter macam bunyi cencorot. Shuwiittt shuwiitt..
Waiter pulak suka duduk sekali dengan kita masa ambil order. Sungguh tidak sopan.
Korek hidung dalam kereta atau kenderaan awam. Adalah satu bangsa tu suka sangat buat benda ni.
Tak lipat/sangkut telekung selepas digunakan. Muka je cantik. Kita dok berkejar sangat nak mekap depan cermin.
Suka tenung orang lain lama lama. Sungguh tidak selesa. Macam kita je ada mata.
Memenuhi eskalator dengan puak-puak kita je. Sepatutnya berdiri ke kiri kalau tak mau jalan.
Berborak kuat kuat dalam public transport. Geram nak sound "Hey makcik, do i look like i care?"
Tidak pam tandas. Kena tambah 50 sen kot kalau nak flush "barang" kita tu.
Meludah di tangga, pejalan kaki dan lain lain tampat awam. Berlendir.
Jadi tukang komen kat dalam panggung wayang. Kalau boleh kita nak jadi pelakon cerita tu.
Tak reti beratur. Kabanyakannya pendatang asing.
Dan lain lain sila lah tambah di ruangan komen.
**Jom cuci mata tengok selipar yang menarik klik sini
**Jom cuci mata tengok selipar yang menarik klik sini
XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom Share
10 ulasan:
haha betul jugak tu..
yeah! and finally tak lupa...
suka mengata dan mencari kesalahan orang lain. hakikatnya diri sendiri tak serupa bikin. ex. like this blog owner. huhu. sorry if terrasa
tak salah menegur kan :)
hehe cik feisha... memang tak salah pun. tapi cuba kamu baca balik ayat di atas, saya menggunakan "KITA" so habit buruk itu termasukkan saya sendiri. Peace yo!!
aah..x pasan..lagi 1 x reti jage kebersihan
memang terbaik la. haha
Sangat setuju.Tambah satu lagi boleh?Suka menokok tambah cerita pada berita2 sensasi.Contohnya kalau ada kes kena bunuh ke apa, nanti adalah yang cerita konon mimpilah apalah.
yang meludah tu memang takleh tahan. maaf cakap. :(
setuju sangat2...dan mmg betul pn...
byk betul habit buruknya...paling tidak 1 habit mesti ada kat smua org...
feisha: mungkinkah anda? hahaha...
Catat Ulasan