18 November 2013

Besederhana Yang Macamana?

Assalamualaikum,


Whatever advice you asked for, there will be the word "bersederhanalah..." Tapi besederhana yang macamana tidaklah dijelaskan dengan baik. Saya sendiri tertanya tanya sederhana bagaimana yang sederhana itu? Kalau banyak, banyak mana. Kalau sedikit, yang macamana? Kalau kaya, adakah dia kaya di kampungnya sahaja atau di seluruh dunia.


Bagi sesetengan orang, sederhana adalah ALA KADAR. Ala kadar je? Tak kaya sangat tak miskin sangat. Ala kadar. Tapi macamana tu. Dah macam suruh kita selesa apa yang ada sahaja. Macam tak perlu berusaha. Tak perlu ada peningkatan diri. Sampai bila nak ber'ala kadar.


Sebaik baiknya, bersederhana bermaksud melakukan perkara yang baik dengan sebaik-baiknya bagi mendapat hasil yang baik seperti yang dianjurkan dalam Islam. Usahalah yang terbaik setakat yang kita mampu. Yang penting kena seimbang dengan antara dunia dan ahirat.

Jadi saya buat keputusan sendiri yang ianya (bersederhana) berdasarkan empunya diri dan keadaan sekeliling diri dia sendiri.


Sebagai contoh majlis perkahwinan. Saya lihat majlis perkahwinan di Kelantan dan Terengganu (masyarakat biasa yang saya kunjung) kendurinya ringkas (pada pendapat saya) cukuplah dua khemah, kadang kadang meja buffet sahaja diletakkan, lepas ambil makanan kita cari la tempat duduk di kerusi (tanpa meja) kalau ada kosong. Kalau tak ada sila cari akar akar pokok atau makan di tangga tangga. Ini sederhana bagi pengantin itu, keluarganya dan penduduk setempat.


Majlis di bandar besar lain pula cerita. Tak kata mewah mana, kaya mana. Tapi tidak lah pulak dbiarkan tetamu duduk di kerusi plastik tanpa meja, alas pinggan dengan tapak tangan kiri. Mungkin ada yang mengambil inisiatif menyewa kerusi banquet, kerusinya berspan selesa diduduk, khemah arabian siap bertirai berscallop dan beberapa kuntum bunga hidup untuk menghias suasana. Mewahkah? Membazirkah? Siapa kita nak menasihati pengantin "oii sederhana sudahlah membazir je sewa sampai 10 khemah".


Sebenarnya ikut lah taraf hidup seseorang itu sederhananya bagaimana. Handbeg RM2K, kalau gaji awak RM1.8 K memanglah mengundang nestapa. Tapi kalau gajinya RM11K biarlah dia. Dia dah bersederhanalah tu bagi tahap dia. Kalau dia beli handbeg RM38K iya mencari nestapa juga. Mungkin handbag RM38K untuk yang bergaji RM50 K. Tapi ingat, akhirat pun kena kejar juga. Kalau handbag mahal, sedekah pun pastilah "mahal" juga kan.


Jadi bersederhana ikut poket sendiri, tenaga sendiri dan sesuai dengan keadaan semasa ya.


psstt : Islam menggalakkan umatnya berlumba-lumba, tekun dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu. Bukan secara sambil lewa mahupun semberono/kucar kacir asalkan siap. Allah SWT berfirman bermaksud, "Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)." - surah Al-sharh 94:7.

XOXO, Azza Azman
peluk cium dari azza muah!

1 ulasan:

alyff berkata...

wow..
nice thought..
tq for shared..