Cerita pasal kahwin ni memang seronok. Sebab biasanya majlis kahwin ni melibatkan benda yang cantik cantik. Walaupun bukannya nak kahwin lagi tapi mulut suka cerita pasal kahwin sedara kecik lagi. Perasan tak dulu masa kecik kita pernah main kahwin kahwin? Hehe..
Kekdahnya sekarang ni bukan kahwin je ada pelamin, tunang pun berpelamin bagai. Jangan kata tunang, Rozita Che Wan merisik pun ada pelamin engko. Yela nak bergambar kan. Sebenarnya bagi pemahaman saya, pelamin ni backdrop. Untuk bergambar. Kahwin tunang merisik kan sekali seumur hidup, so pasanglah backdrop untuk bergambar kenang-kenangan.
Dulu dulu tunang hias bilik. Kalau tak silap la. Tapi sekarang rumah dua tiga tingkat. Kesian mak si lelaki nak kena naik tangga semata mata nak sarung cincin dalam bilik. Dah kenapa mekap lawa lawa dok berkurung dalam bilik je... pfttt...
Sekarang trend bertunang dah berubah. Semua kat ruang tamu je. Dari hias bilik bertukar ke hias pelamin. Jom tengok tengok pelamin.
Saya suka pelamin yang simple dan main warna tak lebih dari dua color sahaja. Color pun tak suka yang striking striking dan menyerlah sangat. Nak yang humble humble sahaja. Yet cosy. Orang tua kata tak berserilah nanti. Tak apa lah tak berseri. Saya tak nak la too colorful.
Saya tak suka bunga bunga sangat. Tapi yang atas ni sangat sangat acceptable dan cantik. Mungkin seperti yang saya cakap tapi dia guna bunga, color yang sama sahaja. Satu tone gitu. Cantik. Dan kalau nak banyak bunga, biar lah banyak betul. Tak suka yang jarang jarang macam musim luruh. T___T
Pelamin kat atas ni pulak cantik sebab pakai draping yang color putih tu. Berseri sangat. Tapi saya lebih suka kalau guna kerusi cleopatra atau kerusi sampan. Sebab bila nak bergambar sensorang tak la kekok sangat. Lagipun saya ni rendah gila. Kang nampak bantut sangat duduk kat kerusi tinggi macam ni. Haha.
Saya tak suka juga dengan konsep panel kerawang ke, bunga 3D besar besar ke. Tapi yang atas ni okay lah jugak. Sebab color dia menarik. Bunga yang dia gubah pun perfect. Dan penggunaan tidak lebih dari 2 color sangatlah bijak :)
Oh, saya sangat jatuh hati dengan pelamin putih hijau sakarang ni. Haritu nampak dalam majalah pengantin. Memang cantik sangat. Guna tumbuhan hidup. Tapi bukan lah yang atas ni. Hijau daun nampak segar sangat. Tak silap pelamin Namee Roslan pun color hijau. Cantik!
Tengok, simple kan? Just nice la. Suka! Saya buka peminat pelamin merah tapi kat atas ni memang cantik dia buat. Tak serabutttt..... Oh ya, Gambar pelamin yang saya tak suka tidaklah saya upload di sini demi kebaikan semua pihak. Entah entah esok saya pun tak merasa pelamin idaman sebab ogkos yang mahal, mungkin.
Perasan tak semua pilihan saya dari Google Picture ni ada pengcahayaan yang cantik. Penting gak ye lampu kuning tu. Lagi berseri dan nampak grand. Lagi satu kan, nak bagtau ada satu vendor ni pelamin dia superb. Kalau saya cakap mesti ada yang tak pernah dengar sebab dia baru lagi kot. Tapi pelamin dia MasyaAllah cantiknya... Tengok la sendiri.
Perghh boleh dikatakan ini lah pelamin idaman iolssss... Draping yang besar, simple tak serabut, dan warna yang lembut je. Ruang luas ni baru berst bergambar dengan family. Atuk nenek moyang semua boleh masuk. Jadi apa tunggu lagi, jom LIKE page dorang, DI SINI------> WEDDING BULB
XOXO, Azza Azman
peluk cium dari azza muah!
2 ulasan:
memang rambang mata tengok pelamin cantik2,hihi....suka yang no.3 & last sekali:)
kalau ade wedding ke ape ke,mesti gelabah tengok pelamin.gelabah sbb nak bergambar wiieeeee =)
Catat Ulasan