20 September 2011

Apesal Bagi Banyak Sangat Trafik ?

Salam, 


Tengok tajuk macam ayat tanya. Tapi tidak. Sebenarnya, itu fakta. Iya fakta! 


Apesal.Com adalah satu laman web yang terbukti berkesan dalam menyumbangkan traffik ke blog awak walaupun awak tak bukak blog selama seminggu. Haha. Saya cakap berdasarkan pengalaman tau. Contohnya, raya haritu langsung tak peduli kat blog tapi traffik tetap maintain.


Blogwalking itu penting, tapi kita blogger ni paham paham jelah kan. Mana ada masa nak berjalan selalu. Banyak komitmen lain lebih penting kan? Penyelesaiannya, daftarkan blog awak di Apesal.Com ! Kalau tak, rugi oii...


Tentang Apesal.Com...
@ Boleh menjana traffik capai seribu sehari.
@ Entry mestilah tidak bercorak peribadi ehem ehem.
@ Hanya boleh submit dua entry dalam masa sehari, banyak dah tu.
@ Perlu memasang widget Apesal.Com di blog awak, di tempat strategik.
@ Pilih gambar yang menarik semasa submit entry kamu, nanti ramai tertarik untuk klik.
@ Hasilnya berbaloi-baloi!


Macamana caranya...
@ Masuk link Apesal.Com.
@ Daftar sebagai ahli baru.
@ Tunggu sehari untuk pihak admin luluskan penyertaan awak.
@ Cek inbox email awak keesokkan harinya. Dia akan umumkan penyertaan awak
@ Hafal username dan password yang diberi.
@ Mula submit entry anda yang menarik!





Faham tak ni? Kalau tak faham meh la saya bagi link berkaitan. Banyak sangat tips yang boleh awak semua apply kat blog terchenta korang. 


Antara link berkaitan..
3 Sebab Kenapa Anda Tidak Menerima Traffik Dari Kami
5 Sebab Kenapa Post Anda Lambat "Approve" di Apesal.com
Apesal.com Tiada Kena Mengena Langsung Dengan GengCyber
@ Belajar tentang Onpage dan offpage SEO

@ Ruangan Support Apesal diwujudkan
Tutorial Meletakkan Gambar Di Apesal.com
@ Tips Untuk Tingkatkan Kualiti Post
Kami Akan Memperketatkan Syarat Untuk Menghantar Post Blog di Apesal.com
Exchange Ratio Bawah 100% Mendapat Keistimewaan
Perhatian Kepada blog yang exchange ratio hampir mencecah 300%
Tips Untuk Memasang Widget Apesal.com


 Disebabkan malas nak tulis lebar-leber, saya tepek je gambar ni. Apesal.Com selalu contribute referring site tertinggi.

Diingatkan sekali lagi, entry yang hits bukan entry peribadi tau...so pelbagaikan jenis penulisan.


Traffik 1000 sehari bukan lah dapat hari-hari kalau kita malas. Tapi akan selalu tercapai kalau kita usaha sungguh-sungguh. Mereka suke penulisan yang fresh dan original. Tak pun kalau kita kreatif guna gambar menarik. Tajuk pun memainkan peranan.


Dah dah dah...banyak sangat dah tu. Kalau masih tak paham juga, boleh tanya direct je ke admin@apesal.com Selamat mendaftar! Itupun kalau blogger biasa macam saya ni nak merasa traffik 1000 sehari. Adios amigos!



XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

100 Sebab Korang Mesti Tengok RAYA TAK JADI



Salam, 


Kui kui kui, lenguh sangat dah pipi ni ketawa memanjang, rasa perlu makan Panadol Advance akibat lenguh berlebihan. Sedar tak sedar dah habis.Uwa...! Tengok cerita Raya Tak jadi ni memang berbaloi-baloi.


Terus terang saya cakap, mula-mula rasa macam malas nak tengok Raya Tak Jadi sebab pengalaman pahit tengok Hantu Bonceng tu. Tapi ikut jelah kata orang yang nak belanja. Itulah orang dah cakap, kalau belum tengok jangan komplen lagi, tengok dulu baru tau. Hasilnya, perghh!!!




Saya dah cakap dah, saya ni bukan anti filem Melayu. Ramai yang ingat saya macam tu berdasarkan entry 10 Sebab Korang Tak Payah Tengok Hantu Bonceng. Dah cerita tu memang hampeh tak kan nak tipu kan. Raya Tak Jadi lain, best lah pulak rasanya.


Oh ya, ada juga yang kata, kalau tak bagi tengok Hantu Bonceng kenapa saya bagi link download? Hehe saya terlupa nak cakap yang maksud saya korang tak payah bersusah payah tengok Hantu Bonceng kat panggung wayang. Membazir dan tak berbaloi. Tengok kat TV atau download okay je. Sekarang saya rekomen, sila pergi tengok cerita Raya Tak Jadi sebabnya....


1. Cerita ni menghormati Agama Islam dan Budaya Melayu. Ada satu scene, sorang penjahat tu suruh bos dia orang Jepun, bukak kasut sebelum masuk rumah Melayu. Terbaik! Pastu, botol arak pun dibalut surat khabar. Genius!


2. Johan sangat lawak okay. Saya tak tau lah dia ikut skrip ke tak tapi memang tak kaku. Mimik muka dia pun dah buat saya tersengih macam kerang busuk. Adeh nak pecah perut bila ingat dia marah Apek sebab beli arak.




3. Apek pun masih best agi. Rasa macam segar je lakonan dia. Dah tak berulang lawak-lawak lama. Bukan stok lawak bodo & basi lah kiranya. Syabas Apek.


4. Walaupun cerita ni arahan Razak Mohaideen, saya rasa dia dah buat come back lah sejak cerita Mami Jarum dulu. Skrip terbaik tak tau sapa penulis. Even pelakon Jalaluddin Hasan pun lawak dalam cerita ni.




5. Pelakon tambahan fresh dan tak kaku. Pandai gak diorang pilih pelakon. Noreen Nor pun ada. Lawak gak gedik-gedik dia tu. Huhu.


6. Tak perlu nak reka reka sangat lawak-lawak baru. Buat skrip sempoi je udah. Tak de pun perkataan tag line baru macam... Ape Celoppp... Tokkk...


7. Plot cerita tersusun. Sebab tu tak rasa boring. Scene masa Johan berimaginasi terbaik dan tak bosan. Teruk betul imaginasi dia masa Jalaluddin tengah cerita, senget!




8. Cerita ni berlatar belakangkan kehidupan orang kampung biasa yang susah  di kota pastu kumpul duit untuk beraya. Semangat raya pun kuat dalam cerita ni. Buat saya nak beraya lagi hujung minggu ni yeah!


9. Kepelbagaian watak, buat saya tak cepat meluat. Ada orang tua, adik perempuan, polis hensem, penjahat 3 suku, orang jepun.... tak delah nak mengadap mat rempit je 24 jam yang bergaduh kesana kemari macam tak ada tujuan hidup. 




10 - 100. Raya Tak Jadi sangat lawak, lucu, sempoi, selamber, kelakar habes!!!


Banyak lagi nak cerita tapi tak nak jadi spoiler kat sini. Baik korang tengok je sendiri. Kepada peminat Johan, supporters filem melayu, rasanya tak rugi kot kalau korang melabur sikit untuk 'rasa' Raya Tak Jadi. Tak mau kasi korang link download... hehehe..



XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

17 September 2011

Pasal Kecik Pun Nak Bengang

Salam, 


Sebenarnya gua bengang beb! Eh tersyasyul, sebenarnya saya bengang ni, hal kecik je tak ada isu pun. Bengang-bengang-manja sebab saya tak suka sangat dengan konsep satu iklan tu...


Ini kek yang anda buat...
Ini kek yang Makcik Rozy buat...
Ini kek yang Master Chef buat....


Ek eleh bajet gila. 
First, kami buat kek tak delah seburuk tu. Nampak bebenor menipunya.
Second, kami buat kek dengan penuh kasih sayang untuk gembirakan perut suami&anak.
Third, kami buat kek bukan untuk dijual. Kami buat ikhlas tau hehe. Saya pun benci nak sebut >Ikhlas< ni.


Huhu tapi tu perasaan saya je. Suka hati diorang lah kan nak buat iklan lagu mana pun. Biarlah mereka masuk bakul, angkat sendiri. Saya pun tak leh bayangkan macamna sebenarnya peribahasa ni boleh tercipta. Pelik jugak tak berat ke angkat badan sendiri... Ah melalut, okay sebenarnya saya nak sampaikan pesan dari Nuffnang ni...(yang saya sebut nuf-nang bukan naf-neng).


Hei Nuffnangers! Lu suka gila tak apa apa tentang makanan? Lu selalu tak lepat kat dapur? Member dengan mak pak lu ada gaya happy tak bila lu tawarkan diri untuk masak dinner malam semalam?  Kalau jawapan lu olang semuanya "a'ah betullah tu, asal lak..." gua kan ada berita panas untuk lu olang! :D


Well, sebenarnya  Astro nak tayangkan Masterchef bulan 10 ni. Korang ada can tau nak masuk dan menang Malaysia’s First Ever Blogger MasterChef!” Nak tau hadiah dia apa? Perghh hadiah utama dia untuk pemenang Best MasterChef Blogger adalah: 


@ RM3,000.00 in cash
@ Panasonic IH Cooker (Model: KY-C227B) worth RM2, 799
@ BHPetrol Cash Voucher worth RM 500.00
@ Ipad1 (16GB) with WIFI
@ Masterchef Pendrive (4GB)
@ Mitten
@ Nestle Hamper worth RM 300.00



Erk ini baru hadiah pertama, ada lagi 50 pemenang yang akan dipilih untuk macam-macam kategori. So peluang untuk menang pun tinggi dan hadiahnya berbaloi-baloi !  Kalau nak tengok senarai hadiah lain lagi boleh cek kat >>LINK INI<<


Cara nak join mudah je, tulis entry tentang kenapa kamu layak ditabalkan sebagai pemenang Blogger MasterChef Yang Pertama”. Beritahu mereka dalam entry tu kenapa korang layak dapat tittle pemenang serta dengan menulis resepi istimewa korang. Letak gambar atau video masakan korang tu. Kalau ada dua dua (video & gambar) lagi bagus. 


Mereka akan pilih entry yang paling kreatif, entry copy paste tak main ye dik. Syarat penyertaan ada >>DI SINI<<. Masuk jangan tak masuk. Kalah memang belakang cerita, buat je entry tu bukan susah pun. Hari-hari korang update entry jugakkan. Kali ni kongsi je resepi turun temurun korang tu. So gud luck ye kengkawan semua!



XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

15 September 2011

10 Sebab Korang Tak Payah Tengok Cerita Hantu Bonceng

Salam, 




First sekali saya nak minta maaf lah ye kepada orang yang minat kat cerita ni, tapi masing-masing ada pendapat kan? Lebih lebih lagi yang buat preview baik punya sebab dapat tiket premier yang Nuffnang bagi free tu. Dah free mesti lah angkat melambung tinggi kan.




1. Bagi saya yang peminat tegar Zizan ni rasa lakonan dia buat buat lah. Bukan diri dia lagi. Mungkin terikat dengan pengarah kot.


2. Tak de Johan. Kalaulah watak kunyit tu Johan yang bawak comfirm meletop.




3. Meluat dengan panggilan TO'KKK. Tak tahulah memang bahasa bohsia @ mat rempit atau sengaja direka dalam skrip filem untuk cipta trend baru. Macam CER CITER & LU SIAL LAH dalam cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah & KL Gangster.


4. Cerita ni terlalu ringan sampaikan jalan cerita pun dipandang ringan. Saya rasa penulis cerita ni buat skrip sepintas lalu je pastu ajak Zizan berlakon sebab Zizan tengah hot sekarang ni.




5. Banyak babak cliche contohnya babak mat rempit beratur di tepi jalan, pastu scene gaduh dalam club, scene mat motor dalam rumah sewa diorang dan scene accident.


6. Sebab korang boleh tengok kat astro first je nanti. So tak yah penat-penat tengok kat wayang.



7. Sebab ada budak perempuan anggota kumpulan The Fabulous Cats ... tah tak tau kenapa tak boleh terima bila dia berlakon. Pelakon Cat Farish pun ada. Bosannya. Dengan gaya lawak dia yang saya tak pernah terfikir untuk senyum sedikit pun.
 

8. Kalau nak tau scene yang lawak yang korang tengok dalam trailer, dan itu jelah scene yang lawak dalam keseluruhan filemnya pun.




9. Cerita dia tak kuat, saya tak tau apasal abang Halimaton benci sangat kat Zizan, kenapa kembar tu benci sangat dengan kembar dia. Pastu macam biasa filem remaja sekarang suka buat tak ada watak keluarga. Semua anak yatim kot haha! 


10. Akhir cerita yang..... erk macam mana ek last cerita ni? Serius tak ingat.


So kalau korang semua tak nak pengalaman macam saya ni, tak payah lah tengok. Tapi terpulang lah kan. Ingat lagi satu, tak payah percaya sangat kata-kata saya ni jugak, tengok sendiri kalau boleh tau. Pastu boleh bangkang entry saya kat komen nanti. Hik hik hik! Jangan cakap saya menghasut pulak tau. Larikssss.....!


**Benda yang saya paling nak tengok, rasa dan beli  sekali adalah >>BENDA INI<< Arghhh!


**Siapa nak download Hantu Boceng sila ke >>SINI<< untuk download percuma.


XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE