07 Oktober 2011

Dear Nuffnang...

Dear Nuffnang, 




Dengarlah luahan rasa hati ini, dah tak ada sapa atau tempat saya nak mengadu. Mungkin dengan menulis macamni boleh lah kot mengubati hatiku yang lara. Biarlah depa nak kata apa. Depa nak baca ka tak baca, sama saja. Apa yang berlaku tetap berlaku.




Tahukan encik, saya ni susah sangat nak dapat metered campaign. Nak harapkan orang click iklan, memang tak lah kan. Tapi sebab azam yang kuat, saya tetap berblog. Letak jugak iklan Nuffnang dari tak ada pendapatan langsung. Dapat 25 sen sehari cukuplah, walaupun saya tau yuran broadband je RM200 sebulan, maknanya 6.66 sen sehari modal untuk online sahaja. Phui...




Baru ni saya mengadu kat sahabat-sahabat blogger yang lain. Apalah malang sangat blog ni tak melekat satu pun BE. Pastu baca petua yang sorang bloger, Namee, cara cara mendapatkan BE. Saya buat semua sekali lagi. Benda benda tu saya memang dah selalu buat tapi buat lagi. Alhamdulillah, melekat dua metered campaign. 




Hari-hari saya dipenuhi dengan mood ceria. Bangun pagi tak buat apa dah kecuali bukak laptop, masuk akaun nuffnang. Hari hari buat macam tu. Tak pernah miss. Seronok tengok duit bergerak. Ka-ching! Bunyi duit cash out. Tapi kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari.




Hari ini saya cek akaun, pendapatan di BE saya berkurang menjadi separuh. Iya separuh. Paham tak separuh? Maknanya kalau kalau RM50 jadi RM25, kalau RM10 jadi RM5. Wuwuwuw... Saya kaget.




Dengan kadar segera takat sederhana sebab tangan terketar ketar, saya cepat mengalihkan kursor ke 'Contact Us', untuk menghantar tiket. Saya menyakinkan diri saya. Ini kesilapan teknikal je, ini kesilapan teknikal je, ini kesilapan teknikal je, ini kesilapan teknikal je. Berulang ulang kali...




Beberapa jam pastu, tiket saya direply... pihak Nuffnang membalas dengan mengatakan status Gliterati saya telah diberhentikan. Huh? Saya cek balik akaun saya. Eh iya benar deh, status  saya ordinary sahaja. Bukan Gliterati lagi. Terkejut saya. Tak pernah pernah dapat status ordinari sejak mula-mula daftar Nuffnang kecuali dua hari pertama tempoh percubaan tu.




Saya baca lagi tiket yang direply tu, pihak Nuffnang kata saya telah tidak mempamerkan iklan Nuffnang di blog lagi satu (blog peribadi je). Saya cek blog itu (blog peribadi je pun) rupanya layout telah bertukar , automatik iklan Nuffnang tu hilang tanpa disedari. 




Tapi kan, Dear Nuffang, kenapa sekarang isu ini baru timbul? Sedangkan blog itu tidak pernah mendatangkan satu traffik pun. Adakah pihak Nuffnang baru menyedari tentangnya dan terus memotong pendapatan saya. Pihak Nuffnang tak perasan kah sebelum beri metered campaign itu? Lagipun, saya percaya, pendapatan saya adalah dikira daripada pencapaian blog Chempaka Sari sahaja kan. Tsk tsk tsk...




Dear Nuffnang, percayalah kepada saya bahawa, ini sangat tidak adil kepada saya.
@ Blog itu hanyalah blog peribadi tidak ada traffik pun.
@ Iklan yang 'hilang' itu telah lama hilang, lama sebelum Metered Campaign diberikan.
@ Saya percaya BE berjalan berdasarkan prestasi Blog Chempaka Sari.
@ Blog baru saya Tips Belog sudah menampakkan hasilnya.
@ Paling penting, saya tak pernah berpaling tadah dari Nuffnang.




Jadi dengan ini, saya memohon kepada pihak tuan/puan untuk mengembalikan status Gliteratti saya dan memberikan semula hasil titik peluh dari Blog Chempaka Sari ini. Tambahan lagi pagi tadi juga saya terus 'membaiki' atau memansang kembali iklan Nuffnang dalam blog peribadi yang tak seberapa itu. 




Sekian.




Yang Setia XOXO, 
Chempaka Sari..


* Kadangkala Allah bagi  kita hujan untuk bagi kita pelangi. Alhamdulillah, mood happy tak lama pastu sebab dah 2 hari trafik blog Chempaka Sari cecah 1500 pageview (800 UV) setiap hari.  Alhamdulillah.. 

19 ulasan:

Muhammad Naim Abdullah berkata...

Biar betoi? nuff ni x jujur le

p/s: lama x log in nuff..

Unknown berkata...

dpt setengah jeke? mmg kcewa la ni...tulah sian kamu...sy BE pn ssh lekat...sedih! xpelalah rejeki ade dmana2

EyA edamanhatiku berkata...

nuffnang ne mngelirukan la..eya xfham n xpena dpt papa pn byaran p xksahla..xda rzeki kot..cian u

Niza Romli berkata...

sabar azza...tak lama lagi nuff bagi balik la tu. K.niza dulu pun penah ilang jgk status gliterati tp akk biar je...tak lama tu nuff bagi balik gliterati :)

Azim Aris berkata...

biasalah dik..dlm khidupan ni ada pasang surutnya...sbar ye...ia adalah kejayaan yg tertangguh sbnarnya...

Azza Azman berkata...

Nuffnang betul... azza yang salah wuwuwuw....

Tanpa Nama berkata...

humanghaii mahalnya yuran broadband dia...

Ahmad Uzair berkata...

belanja la cik CS

-atiQah- berkata...

sy pun pernah kena hri tu. bkn dgn nuffnang, tp dgn churpchurp. dh dapat la income sket, tiba2 kosong. dia ckp sbb hri tu kesilapan teknikal diorg. jd yg dikira tu tak menjadi. sedih betul. pastu trus merajuk dgn churpchurp.

sue perbs.. berkata...

huiyo.. bnyknye pageview.. sy ni BE pon tk paham2 lgi ape bende.. suke2 je wat akaun nuffnang.. hehe

FaKArePa!n berkata...

kesian nya.. ade jugak ea kes camni..

... berkata...

saye pon x pham sgt ngn nuff ni sbnanye..yg tao daftr je..status gliteratti tu cmne??materad campaign tu plak??hope cik azza dpt terangkan..hehe

Teha Nur Fateha berkata...

kalo nk gliterai mmg kne ltk kt semua blog even xde org dtg pn.kalo x mmg ditarik balik gliterati tu.kalo nk ltk tu kne letak kat tiga3 tmpt xleh ltk kat 1 tempat je.

Azza Azman berkata...

ye la tapi nak hilangkan status gliterati u tak kesah, tapi jangan la potong duit yang dulu dulu. Aci ke tak aci?

Namee Roslan berkata...

eh sebab apa azza ? sbb azza ada dua blog ke > ey peliknya. tapi kalau letak apesal.com tu agak2 dia tarik balik ke glitterati tu ? namee bru je regis apesal.com..hehe. nk cuba gak. dah azza kata bagus. :D

Azza Azman berkata...

Namee, xpe apesal.com tu bukan advertiser punya syarikat. Letak apesal.com tak tarik balik gliterati tu, cuma ni sebab blog azza yang lain ads nya hilang. 4 hari bekerja baru dapat balik katanya. Rugi trafik byk duit tak masuk huhu.

Nurul Ashikin berkata...

sedihnya...sabarya CS.. mesti dapat balik nanti

sabree hussin berkata...

rasa macam kena benda yang sama jugak sebelum ni hhu

Unknown berkata...

banyaknya pageview. T.T