17 November 2011

Marilah Undi Cepat

Salam, 




Pencarian Nuffnang Blog Award dah bermula kelmarin, mesti nominees nebes kan u all? Huhu I tak nebes pun cuma, disebabkan I ni berbintang Capricorn, bersifat patriotik sikit. Pantang ada kena mengena dengan pahang, sokong pahang, Dengar Malaysia bertanding, sokong lah Malaysia. Even Malaysia lawan MU sekalipun, I sokong Malaysia. U all semua berbintang Popcorn sebab tu u all tak kesah. Hik hik hik.




Geli lah cakap macam ni (i u i u), okay terus terang saya cakap, saya nak menyeru penduduk Malaysia sekalian meluangkan 30 saat untuk mengundi 2blogger yang saya kenal, yang sudah pastinya mereka orang Malaysia iaitu Hanis Zalikha dan Abang Nara


the angelic face of hamis jalikha


Yang lain semua dari Thailand dan Singapore, sah sah lah Thailand penduduk ramai, so ramai yang undi dan blogger bloggernye seksi. Yang Singapore pulak, mestilah peratus penduduk menggunakan internet tinngi. Hujung minggu tak kan diorang nak hiking atau mandi pantai pulak. Mengadap komputer pastu undi XiaXue yang hot giler babeng tu.




Dari itu, saya menekan sekeras-kerasnya, apa kata kita undi Hanis Zalikha dan Abang Nara? Suka tak suka lain cerita ye dak. Yang penting kadar patriotisme tinggi...




Hey, u all boleh undi mereka setiap dua jam tau....banyak tu. Kat side bar blog saya ada widget undi tu, senang je kan. Kalau tak nak undi blogger dalam kategori lain boleh tekan NEXT sampai jumpa Hanis Zalikha dan Abang Nara




Bye, selamat mengundi!




XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

16 November 2011

Perihal Facebook

Salam,




Desperado
Sibuk add sana sini, kawan tak sampai 2000 dah buat fan page. Nak kata ada blog tak ada pulak. Pastu trend budak sekarang add family list walhal semua tu kawan kawan je. Rasa macam pelik pulak bapak dia muda cam 16 tahun. Ada jugak tag kawan dia sebagai 'grandmother' lah. bersepah-sepah menengoknya.




Nama Pena
Depa guna nama pena, nama pensel dan nama stapler. Pelik lak tu susah nak eja, ApEx oH5eM. Bila remove depa marah lak. Sorry lah bai, ingat sapa tadi, Kasman Suhasrin rupenya. Member sekolah dulu. Hik Hik Hik.




Faker
Faker ni tak tau apasal suka add orang. Nama fake, gambar pun fake. Ada yang kenal ada yang tak kenal. Yang kenal tu, rasa nak siku je bila dia cakap macam ni  "azza sombong sekarang eh, tak ingat ke aku, approve lah" Lempang nak? Kau guna muka Naruto sape suruh.




Chat
Suka chat dengan orang tapi bila tak reply, marah pulak. Hehe. Ala kawan, kengkadang kita bukak FB tu bukan makna kita duk depan skrin tu mengadap. Tu dah jadi FaceSkrin bukan FaceBook lagi. Eg:
Hai
Ape kabar?
Lama tak dengar cerita?
Eh ko dah kawen belum?
Jom borak.
Ko mane?
sombong nyewww diewww...
shiall lah ingat aku nak sangat ke kat ko.
Ni berdasarkan pengalaman sebenar. cuma tambah perkataan shiall tu sebab trend sekarang sebut shiall... Rupanya dia budak yang dok kacau saya masa Form2 dulu. Orang approve dia sebab ramai mutual friend. Tah pape. Pastu terus block. Tak nak jiwa terganggu.




Hater
Add orang lain supaya boleh dijadikan bahan untuk mengumpat. Sat lagi esok dia post gambar seksi dia, boleh jadi hot isu dengan kawan lain. (-_-)'




Suruh Like
Saya pernah masuk benda ni dulu. suruh orang like sebab nak menang. Tapi sekarang macam banyak sangat lah contest ni. Penuh page sebab undi orang lain je. Tu yang jadi penuh notification tu. 




Sekian.




XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

Ara Lee Gadis Bulan November

Salam,




Kalau bulan bulan lepas ada Erwina Balqish, Fatin Suhana, Wang Jia Yun, dan Ain Abd Salam, kali nak nak bagitau tentang lagi sorang gadis yang cukup manis, muka baby face macam baby.  Yelah kan, baby face takkan lah macam gorilla pulak. Comel!




First first tau pasal dia, masa kecoh pencarian Gadis Melayu TV9 dulu. Saya pun search lah pasal Gadis Melayu. Jalan-jalan kat sebuat blog, ada seorang budak uia ni dia cerita pengalaman dia masa pergi audition. Dia cakap, dia duduk sebelah sorang peserta lain yang muka comel kemain macam baby. Pastu saya tengok gambar dia. Eh comel gak. Saya pun search kat facebook dia. Dapat!


Jom tengok gambar Ara Lee ni. Saya suka tengok dia bila dia bersantai je. Yang modelling korang boleh search kat internet. Sebab apa, saya rasa dia lebih neutral masa bersantai macam ni. Muka dia memang mulus putih berseri. Ni lah antara motivate saya supaya jangan malas nak jaga muka. Hik hik hik.


Ara Rara @ Ara Lee ni model sambilan yang selalu photoshoot dengan butik butik high class (butik muslimah ler) u ollzz. Selalu bekerjasama dengan photographer hebak seperti Annas Easkey jugak. Dia ni low profile je sebab tu korang tak kenal lagi. Walaupun begitu, dia posing persis model popular tau.



Antara gaya Ara Lee bila hangout. Suka. Gambar modeling saya tak sertakan. Korang cari lah sendiri hik hik hik. 



Kalau nak kenal Ara Lee, singgah lah di ARATHELADY. Korang jangan lah salah paham pulak. Saya suka tengok wanita wanita cantik ni bukan apa, saja nak jadi sumpe inspirasi je, Dah nature manusia suka tengok kecantikan, kan? Melihat keindahan pun dapat melahirkan rasa syukur juga apa.




Mulai bulan ni nak cari cover girl setiap bulan, amacam? Tapi janji tak nak yang seksi macam Wang Jia Yun dan Ling Ka Tong dah, nak yang muslimah je. Okay bye!




XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

14 November 2011

25 Sen Sangat Berharga

Salam, 




Saya tak tau lah korang setuju ke idak, ini tentang permasalahan umat yang membawa kerugian. Dunia saya sekarang sangat dikaburi oleh kebahagiaan palsu. Sedangkan ada lagi yang lain dibutakan kenikmatannya.




Hoho, intro saya ada nada pujangga tak?




Sebenarnya nak cakap, saya atau korang semua mesti rasa berbunga-bunga kan bila Nuffnang bagi RM0.25 untuk setiap interest click. Pernah tak? Rm0.25 sen tu membawa kebahagian selama sehari, manakala dapat metered campaign pulak (even 0.01 sen je) boleh membawa kepada senyuman selama seminggu. Woah!




Sebab apa saya kata saya buta..
@ Tadi maxis potong rm3.00 untuk Facebook Mobile. Sedangkan saya tak pernah guna.
@ Pergi KL habis rm16 (pergi balik) untuk Tol sahaja, padahal ada jalan lama tak yah tol.
@ Semalam beli esen vanila rm1.80 padahal kat rumah dah ada. Saja buat spare.
@ Topup Broaband Maxis sampai rm28. Hekau hakal hada? (engkau akal ada?)
@ Tersinggah kat Hot&Roll beli Crispy rm5.90 dan Paratha rm3.90, 2 ketul je pun mau rm10.00
@ Ah macam-macam lagi lah pembaziran berlaku. Menyampah mak. (-_-)'




So, pe citer sekarang? Engkau dok happy sangat dapat rm0.25 tapi galak membazir ke arah lain. Cuba bayangkan sebanyak mana di bazirkan tu masuk jugak akaun Nuffnang, beribu dah kot... tsk tsk tsk.




Main point nya, 25sen terasa sangat dah happy nya, tapi membelanja 1.80 tak rasa apa pulak.
Nak dapat duit ni susah, nak habis duit senang kemain.




XOXO, Chempaka Sari 
 Jika Suka Jom LIKE

13 November 2011

Pekerja yang Tak Disenangi

Salam, 




Straight to the point, melalui pemerhatian dan pengalaman sekeliling, tanpa dakwa dakwi lagi saya menyenaraikan perangai pekerja yang tak digemari oleh pelanggan/pengguna.




Pelayan restauran
Ambik order sambil duduk atas kerusi di meja kita. Tak senonoh. Masa bila dia jadi kakak aku ni?


Ahli farmasi
Bagitau informasi deskripsi laju macam kereta api seolah olah klinik akan meletop dalam 5 saat. Kang keracunan ubat pulak sebab tak faham pebenda arahan dia.


Pekerja Counter
Susah nak senyum dan marah kalau soalan kita terlalu mudah sehingga malas dia nak ulang-ulang.


Doktor
Tanya sakit apa, pastu terus tulis ubat. Saya suka doktor yang mendengar aduan saya dulu, pastu dia nasihat lah pebenda yang saya boleh buat dan tak boleh, dan bagitau gak punca penyakit tu. Grr..


Pekerja delivery cake yang tak ikhlas nak senyum, hahaha!


Kedai
Mengekor belakang kita dengan jarak dekat. Ada masa rasa tak selesa lah. Sibuk je kau.


Butik
Memilih pelanggan. Kalau selekeh buat muka nak halau je kat kita. Esoknya kalau pakai cantik cantik elok pulak layanan. Padahal kita bawak duit banyak masa tengah selekeh tu. Padan muka dia.


Super market
Kemaskan barang yang kita pegang tadi. Macam kita buat bersepah sangat. Tunggu lah kita jauh sikit baru betulkan kedudukan barang tu. Eii..




Tu je, sekian.
Busy, rakan-rakan sekalian, nantikan lawatan saya di blog korang ye. 




Wassalam.




XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE