10 Julai 2013

Masyarakat Kita Bila Menasihat

Assalamualaikum,


Mesti semua dah tengok video budak perempuan yang couple seminggu tu kan? Lepas tu semua marah marah dan tak kurang jugak yang ketawakan perempuan ini. Iya saya memang tahu geli hati juga. Dengan selamba kita kutuk perempuan ni padahal kita hanya kenal dia melalui video itu sahaja. Mana mak-mak joyah tu gigih pula selak blog budak perempuan ni. Trafik free, dik...


Bukannya apa, saya kesal la dengan komen komen yang diberikan kepada budak ni. Iya memang dia buat tu salah. Tetapi bukan jenayah besar. Wajarkah kita yang dah besar panjang dan yang dah tua matang ni kutuk-kutuk dia. Nasihat elok elok tak boleh? Cakap je, "Dik tak elok perpegangan tangan bukan muhrim", atau "Dik, janganlah bercinta sebab adik muda lagi..." dan bla bla bla...


Saya sedih tengok yang komen dari kakak kakak yang pakai tudung, cantik manis, putih melepak jual aura white barangkali, sekali bagi komen macam ni "NI KALAU AKU JUMPA BUDAK NI MEMANG KENA PELEMPANG SEDAS DUA, BUKAN DENGAN TANGAN TAPI DENGAN KAKI". Amboi ko kak, semangat nak menerajang anak orang, siapakah kakak nak lempang anak orang? Dalam komen berkobar kobar ye kak nak ajar anak orang...sekali kena kat batang hidung sendiri baru tau. Hihihi.


"Bukan ke dia sendiri yang buka aib dia, rasakanlah..." Dah kalau macam tu perlu ke kita sebarkan pulak aib dia tu? Seronok yek kita sebarkan aib orang. Actually tak aib mana pun tapi bila bercampur dengan segala cacian kutukan benda ni jadi lebih syok, pedas berapi. Orang kata lagi pedas lagi syok...tambah lagi minyak dalam api ha curah curahhh... sedapkan? Meh saya pulak bukak aib korang sebab sapa suruh korang komen hehe... :p



Tak baik cakap family orang lain sampah sobssssss. Family dia bagi support bukan suh couple la kot, family dia bagi support untuk bertenang dah muhasabah diri. Ita dari pemahaman saya. Ko nak ke family dia buang dia halau dari rumah lepas tu dia lari dengan mana mana lelaki, lepas tu apa jadi? 




Seronok ko bashing bashing orang dik, nanti klu ko terkena kat ko sendiri ke mana nak pergi dik oi.. bila satu Malaysia marah kat ko apa perasaan ko?


Suka hari je cakap pasal bulu orang, bulu awak tah sempat jaga ke tidak. Jaga bulu sendiri dulu dik... Lagi sorang nak pegang anjing pulak, baiknya kak boleh le apply veterinar lepas ni. Penyayang giteww...




 Dah pulak satu lagi fitnah kat mak bapak orang. Seronok cik abang ye..



Dalam seratus orang ada la sorang je sama macam aku pemikirannya... Dari gaya bahasa ada "Ouh" , "Dyowang", "Dye" tukang komen ni budak lagi. Mesti dia cubamnyelmi perasaan budak yang couple 7 hari tu. 



 Zaman dulu, dating bawah jambatan dik oi, tak de youtube lagi. Saya tengok satu Malaysia dah tegur dia dik tak cukup lagi ka?




 Jom bash reramai, semoga kita dapat pahala mencegah kemungkaran! 






Itu ler dik oi, ko dah berani buat video ini, ko rasakan sendiri hukuman dari manusia manusia ni. Tanpa hakim, tanpa peguam. Nasib nasib... Tapi tu la yang akak perasan sekarang, tak kurang la yang couple ke kawen ke sama je, semua nak menunjuk nunjuk sangat lovey dovey kat Facebook, Youtube segala bagai. Yang dah kawen tunjuk gambar atas katil, gambar love bite, gambar macam macam lah, print skrin gurau jenaka suami isteri letak kat Instagram, link kan pulak kat Facebook, Twitter, hah heboh satu Malaysia suami ko sayang kat ko. Kes ko sama je dengan kakak kakak ko yang dah kawen. Tapi nasib la, ko budak sekolah lagi. Lagi pun ko pakai tudung, pegang tangan pakwe ko, tu memang lagi cepat ler tersebar.


Alasan diorang nak sebarkan...kalau biar je nanti makin menjadi jadi. Kalau tak sebarkan bebudak tak tau yang perbuatan ni salah. Ceh wah, amalan tegur menegur gitu, tapi bukan dengan cara PM ko ye dik, tapi sebarkan kat kengkawan semua sambil kutuk ko, malukan mak ayah ko, kutuk lelaki tu dan serang bagai... concern betul yek orang Malaysia ni. Bak kata AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR gitu...


Tak apa lah dik jadikan pengalaman ni sebagai pengajaran... Lepas ni fokus lah dik kepada pelajaran. Mana la tau kalau bercinta bukan tak pandai tapi fokus tu boleh lari sikit. Kalau bercinta dapat 5A kalau tak bercinta mungkin dapat 8A. Percayalah suatu hari nanti adik akan rasa marah sangat pada lelaki ni sebab dia yang buat adik jadi macam ni. Lelaki ni memang pikir senang je, lepas kat diri sendiri je lagi lagi lelaki yang adik cintakan tu tak matang lagi. Akak dah rasa dah, ambillah pengajaran. 


Anyway, mana tau adik dapat pahala ke sebab  tindakan adik ni buat adik adik yang lain lebih berhati hati ke lepas ni. Semua takut dah nak bercouple sebab adik. Bagus jugak gitu ye. Dah jangan hiraukan komen komen lagi ye, sila fokus kat pelajaran okay. Exam akhir tahun dah nak dekat...


Ni pengakuan dari adik ni..


"Assalamualaikum , Mesti tengah panas dengan cerita video Puteri kan ? Hmm , sebenarnya video tu di uploadkan lama dh tapi di privatekan dan video tu takdak sapa yg view. Memang niat taknak publickan tapi masa hangout last week ramai pulak yang nk view , Mulanya kami *saya dengan ery* terima komen yang baikbaik daripada anda semua. Kami ingat benda ni akan okay, Puteri ada mintak nk private balik vid tu tapi ery tak kasi sbb dia kata semua orang suka dan dia nk download masuk note II dia. So tak jadik lah nk privatekan semula.

Puteri tahu ini semua salah Puteri buat vid mcm tu . Puteri nak mintak maaf kalau ada buat koqang rasa sakit mata ka sakit telinga ka apa. Allah uji Puteri ni bersebab. Mungkin atas apa yg dah Puteri buat selama ni. Mmg dari dulu lagi Puteri ramai haters, tapi selepas buat vid ni lagi bertambah lah kan? Malah seluruh malaysia mugkin seluruh dunia. 

Allah maha mengetahui apa yg akan berlaku disebalik semua ini. Mungkin Allah rindukan doa daripada hambanya yang bernama Syazwani :') Allah rindukan solat taubat dari hambanya. Dia lebih tahu daripada segalanya. Puteri hanya mampu berdoa dan melihat. Korang ramai namun ? Puteri seorang diri , Nasib ada kawankawan yang sangat baik dan selalu sokong wani dari belakang . 

Puteri mohon , orang yg upload vid puteri kt youtube, tlg lah delete. Puteri baru tahu saat dan ketika ini siapa yang bergelar kawan dan bergelar musuh . Mungkin cerita ini akan terus tersebar tapi, Puteri redha dengan dugaan Allah malah Puteri bersyukur diatas apa yg berlaku ini mengakibatkan Puteri selalu mendekatkan diri dengan Allah. 

SubhanaAllah, Semalam lepas tengok apa yg terjadi , Hati gelisah sangatsangat. Walaupun kawankwan, family dah ckp sabar semua tapi ttp tak okay . Lepas buat solat solat semua, baca alquran , rasa betapa tenangnya hati ni. Allah maha berkuasa . 

Mungkin setakat ini sahaja post saya buat kali ni. Tapi ini mungkin post terakhir dari saya. Assalamualaikum :')"

XOXO, Azza Azman
peluk cium dari azza muah!

2 ulasan:

muhammad naim Abdullah berkata...

Assalamualaikum Azza, pertama sekali, selamat menjalani ibadah puasa. :)

:)

kesian dekat adik tu, maybe teruja dapat couple .. Smeoga adik tu insaf.. :)

http://pemudattbc.blogspot.com/2013/07/doa-senjata-orang-mukmin-dataran-rabiah.html

Hanie berkata...

emmm.. dh tgk jugak video tu, harap dia/puteri/farah dapat belajar dari kesilapan. Sesama la kite menginsafi diri di bulan yg mulia ini.

terkenangzamanjahilkudulu,astagfirullahalazim.

http://rujukvitaminku.blogspot.com/