Salam,
Come on, jangan blur sangat. Kesesakan Lalu Lintas tu sama lah maksudnya dengan Traffic Jam ataupun Traffic Congestion. Semua tau kan macamana keadaan lalu lintas jalan raya kat Malaysia ni terutama KL dan bandar besar yang lain. Saya tak mau cerita mengenai traffik jam dalam skop yang besar, cukup untuk satu area sahaja iaitu dalam kawasan Universiti.
1. Pihak universiti tak menggalakkan pelajar membawa kenderaan sendiri. Di U saya, pelajar 3rd year ke atas sahaja yang dibenarkan membawa kereta itu pun kena ada geran kereta, surat kebenaran penjaga dan surat recommendation dari principal asrama.
2. Kalau bawak jugak, pelajar akan ditahan, disaman atau dikunci tayar kereta. Maksimum saman rm50. Ada kawan pernah kena saman sampai 7 kali. Saya tak tau awat dia ketegaq sangat tak nak amik sticker kereta. Mungkin sebab leceh.
3. Baguslah, pihak universiti buat macamni sebab tak mau ada kesesakan lalu lintas. Kalau semua nak bawak kereta, tak cukuplah tempat parking. Jalan yang sempit tu akan menjadi mangsa, tetiba jadi tempat parking kereta. Jalan sempit, kenderaan jadi slow, slow tu lah punca trafik jam.
4. Ini bermakna pihak universiti mengalakkan pelajar berjalan kaki. Dari sibuk nak besarkan jalan, atau membina bangunan tempat parking kereta bertingkat, Solusi "jalan kaki" yang lebih efektif, lebih efficient, lebih economi dan menyihatkan.
5. Malangnya, kemudahan pejalan kaki selalu dipandang enteng. Bukan di peringkat Universiti sahaja, malah di kampung mahupun di bandar besar.
@ Ruang pejalan kaki sangat sempit. Kalau bertembung dengan orang hadapan, kene turun ke bawah (rumput atau jalan besar).
@ Kemudahan pejalan kaki hanya terdapat di sebelah jalan sahaja. Bagaimana dengan pejalan kaki di seberang sana?
@ Tiada zebra crossing. Kalau ada pun, pengguna kenderaan buat buat tak nampak. Sangat benci mereka.
@ Tiada atap bagi melindungi pelajar dari terik matahari dan hujan. Kasihan kami!
@ Tidak bersambung. Kejap jalan atas pejalan kaki kejap kejap kang kena lintas padang tak pun tetiba ada longkang.
@ Tidak strategik. Kawasan tidak dilalui pelajar banyak pulak kemudahan jalan kaki.
@ Kurang selenggara. Berpasir, berair, batu bata timbul, dan simen pecah.
Pengguna berkenderaan haruslah mengutamakan pejalan kaki. Berhenti bila nampak orang melintas. Serius, kat London tak yah angkat tangan pun, walau sorang je nak melintas, 10 kereta berderat pun berhenti dan tunggu. Keadaan ni macam automatik.
Taman di celah celah bangunan memberi rasa 'rehat' dan 'nyaman' kepada pejalan kaki.
Melintas tanpa dakwa dakwi lagi. Seronok bukan? Kalau bukan kat bandar besar pun, at least kat dalam kawasan universiti sendiri harus mewujudkan perasaan senang bila melintas jalan.
Boleh berjoget bila kaki penat. Tak ada sapa nak kacau, tak ada siapa nak buat bunyi shuit shuittt ala tikus mondok.
Ruang pejalan kaki sama besar dengan ruang untuk kenderaan. Barulah adil...
Dengan tersedianya tempat duduk setiap seratus meter, kanak-kanak, orang tua pun suka jalan kaki. Kalau abang macho ajak tumpangkan kereta Audi pun tak nak sebab seronok jalan kaki. Muahaha!
6. Berdasarkan pemerhatian saya di atas, nampak macam "eh mengadanya kau macam tuan puteri". Tapi percayalah kalau kemudahan pejalan kaki mantap, sure tak de trafik jam lagi. Semua bersenang lenang nak jalan kaki.
7. Mintak pihak universiti menimbang untuk menaik taraf kemudahan pejalan kaki. Duit saman macam banyak je, baik disalurkan kepada pelajar miskin macam kami ni. Tsk tsk tsk.
8. Bukan dalam kawasan universiti je, dalam kampung ke bandar besar ke, kemudahan pejalan kaki hendaklah diambil berat.
9. Tempat yang boleh dicapai pejalan kaki atau "in walking distance" sangat-sangat membantu kami yang berjalan kami. Berjalan kaki di tempat macamni sangat menyeronokkan.
Err gambar tak ada kaitan. Huhu.
10. Sekian laporan dari bekas pelajar degree Bachelor of Town Planning. Habis.
Hik hik hik. Maaf entry sedikit membosankan. Inilah yang saya telah hadapi selama 5 tahun. Bosan bukan.
XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE